Jumaat, 12 November 2010

Made In Malaysia : Jom Rembat Sebiji..Proton Inspira

    6:14:00 PG   4 comments


Dah sehari model terbaru kereta keluaran PROTON dilancarkan. Fuhh!! memang dahsyat gila dia punya design, sipi-sipi je nak sama dengan kereta keluaran Jepun iaitu Mitsubishi versi Evolution. Dengan kemunculan model terbaru dari Proton, yang canggih dan setaraf dengan harganya, sudah pasti ia akan menenggelamkan populariti kereta nasional yang lain seperti Myvi, Waja, Satria Neo dan lain-lain lagi.


Dua kali telan air liur dibuatnya sambil pandang kereta sendiri, bila la agaknya dapat tukar Waja CamPro kepada Inspira. Harap-harap lepas tiga tahun, impian nak pakai kereta model terbaru keluran Proton tercapai. InsyAllah. Bagi pemggemar dan pengkagum barangan Made In Malaysia sudah tentu tidak akan melepaskan peluang pasang agan-angan untuk memliki model Inspira ini. Rembat jangan tak rembat..


Selepas ini tak perlu pening-pening kepala dan banyak kumpul duit kalau nak angkat kereta Mitsubishi Evo.Kini Proton Malaysia pun dah keluarkan model yang hampir serupa. Tak sampai RM100,000 pun harganya kalau nak dibandingkan dengan harga Evo sebenar. Bagi anda yang banyak wang dan cintakan barangan buatan tempatan terutama sekali kereta nasional sudah tentu tidak menjadi masalah untuk beli sebiji untuk diguna atau simpan dalam garaj buat koleksi. Sekali sekala dapat lari kat highway pasti syok..


Tahniah kepada PROTON kerana berjaya menghasilkan produk automotif yang setanding dengan jenama-jenama kereta dari luar negara. Banyak perubahan telah dilakukan oleh pihak Proton terutama sekali berkaitan dangan rekabentuk luaran dan dalaman kereta serta prestasi enjin yang lebih menyakinkan. Dengan kemunculan model baru ini, semoga ia akan dapat menarik minat serta memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia terutama sekali generasi muda yakin menggunakan produk keluaran Malaysia.

Semoga dimasa hadapan pihak Proton dapat menjalinkan lebih banyak lagi hubungan dua hala dengan pembuat kereta luar negara bagi manghasilkan produk automotif yang bermutu dan berkualiti disamping itu juga dapat melonjakan nama Malaysia di persada dunia sebagai sebuah negara pengeluar automotif yang disegani..Cayalah...

Wak J: Tanggapan segelitir rakyat Malaysia selama ini yang mengatakan bahawa Proton hanya mengeluarkan kereta kotak atau kereta roti, kini sudah tidak relevan lagi dengan kemunculan Proton Inspira.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. wakkk!!jom jv beli proton inspira sejibik nak??share2 la guna nnti..dah terliur ni..haha

    Gambar Rasmi Proton Inspira Selepas Pelancaran Penuh
    http://www.zuarxpdc.com/2010/11/gambar-rasmi-proton-inspira-selepas.html

    BalasPadam
  2. Salam bro..

    wak cilok sikit gmbar hang..huhuhuhu

    BalasPadam
  3. sokong lah barangan buatan malaysia...1,2,3!

    BalasPadam
  4. GT kene setelkan myvi kesayangan GT dulu. Pastu bru bleh belek2 inspira nih..huhuhuh...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.