Rabu, 14 Mac 2012

Kegiatan Rembat Pasir Di Selangor Jadi Semakin Mudah Dengan Adanya Bantuan Pakatan Haram

    2:00:00 PTG   No comments


Wak J: Tapak curi pasir bersaiz tiga padang bolesepak. Boleh jadi jutawan singkat kepada sesiapa yang terlibat membuat kerja haram ini. Rembat tanpa was-was dan tak perlu risau ditangkap kerana semuanya telah di kaw tim.

Pendedahan terbaru berkenaan penemuan tapak baru kegiatan mencuri pasir di negeri Selangor ini sekaligus telah membuktikan kerajaan Pakatan Haram di bawah pimpinan Khalid Gagap telah gagal melaksana tanggungjawab yang telah diamanahkan kepadaya.

Sadis, khazanah milik rakyat Selangor telah dirompak secara terang-terangan tanpa sebarang pengawalan dan penguatkuasaan dari agensi  yang bertanggunjawab di bawah pentadbiran kerajaan negeri.

Mungkinkah ada unsur-unsur penyelewengan di dalam sistem tadbir urus kerajaan negeri atau ada orang dalam yang terlibat mendalangi serta melindungi kegiatan curi pasir di Selangor sehinggakan lombong pasir haram seluas tiga buah padang bola tidak dapat dilihat dan dipantau oleh pihak yang bertanggungjawab di dalam hal ini.

Jika dibiarkan lama kerajaan negeri Pakatan Haram diberi peluang mentabir negeri Selangor, ntah apa lagi yang akan disamun oleh penyangak-penyangak yang telah diberi lesan besar untuk merembat segala apa yang berharga di Selangor.

Satu tidakan pantas perlu diambil sebelum penyamun-penyamun pasir ini bermaharajalela tanpa sekatan. Rakyat negeri Selangor terutamanya perlu bangkit menyatakan bantahan atau apa sahaja patut terhadap kerajaan negeri Pakatan Haram kerana sambil lewa dalam melaksanakan tanggunjawab mengurus hasil bumi milik rakyat negeri Selangor.


RAWANG: Kecurian pasir di Selangor menjadi bertambah buruk dengan penemuan terbaru satu lagi kawasan perlombongan pasir bersaiz tiga buah padang bola sepak.

Ianya dipercayai menjadi aktiviti perlombongan pasir haram terbesar di negeri ini yang dikesan oleh pihak berkuasa setakat ini.

Pejabat Tanah Hulu Selangor menemui aktiviti ini berhampiran SKC Kampung Timah di Bukit Beruntung semasa penguatkuasa mengadakan serbuan terhadap pencuri pasir minggu lepas.

Mereka yang melakukan kesalahan melarikan diri semasa serbuan itu, meninggalkan jengkaut dan lori.
Penolong Pegawai Daerah Mohd Rohib Misnan berkata aktiviti haram ini telah berlaku dalam tempoh enam bulan lalu, sambil mengakui bagaimanapun adalah sukar untuk menangkap pencuri.

"Kami telah menempatkan pegawai-pegawai kami untuk memerhatikan situasi yang berlaku ini," katanya.
Ketika serbuan, pegawai menemui platform terapung dengan pam penyedut di tengah Sungai Selangor untuk mengasingkan pasir dari dasar sungai.

Terdapat juga bukti yang menunjukkan pasir diletakkan di tepi sungai untuk dibasuh. Dua tempat pembersihan pasir telah dikesan.

Dipercayai pencuri menggunakan tiga mesin pengorek untuk mengaut pasir yang telah dibersihkan dan memasukkannya ke dalam lori.

Sumber dari pejabat tanah berkata kenderaan berat dilihat kerap berada di kawasan ini pada waktu petang atau awal pagi untuk mengelak dari pemerhatian. SUMBER MSTAR ONLINE

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.