Jumaat, 18 Mei 2012

Tak Merasa Nikmat Air Percuma, Pengguna Meter Pukal Tuntut Kerajaan Selangor Bayar Subsidi Sebagai Ganti

    10:28:00 PTG   No comments


Menteri Besar, Khalid 'Gagap' telah menegaskan bahawa kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang tuntutan yang dibuat oleh rakyat Selangor berhubung isu pemberian air percuma.

Baru-baru ini, beberapa badan NGO bersama penduduk Selangor telah bangkit membuat tuntutan agar air percuma yang sepatutnya mereka nikmati empat tahun dahulu, dibayar kembali dalam bentuk subsidi oleh kerajaan negeri.

Sebelum menang PRU12, Pakatan Selangor yang diwakili PKR, PAS dan DAP melalui slogan 'negeri kebajikan' telah berjanji akan memberi air percuma  kepada SELURUH rakyat Selangor sekiranya menang tanpa mengira jenis meter air yang digunakan.

Selepas menang pilihanraya, janji air percuma untuk seluruh rakyat Selangor telah ditukar. Hanya pemilik meter individu sahaja layak menikmati air percuma, itupun setelah desakan bertubi-tubi oleh pelbagai pihak agar kerajaan negeri menunaikan janji air percumanya.


Sudah empat tahun kerajaan Pakatan mentadbir negeri Selangor. Selama itu jugalah rakyat Selangor yang tinggal di kawasan rumah flat dan pangsapuri yang masih menggunakan meter pukal ditipu hidup-hidup oleh kerajaan negeri setelah memangkah undi Pakatan Pembangkang.

Penindasan dan penipuan kerajaan negeri Pakatan terhadap rakyat Selangor yang masih menggunakan meter pukal melalui skim air percuma perlu dihentikan.

Oleh itu, rakyat Selangor perlu bertidak lebih agrasif, bangkit menuntut agar kerajaan negeri menunaikan janjinya dengan apa jua cara sekalipun, samada menukar meter pukal yang ada kepada meter individu atau air percuma yang tak dapat dinikmati oleh pengguna meter pukal, dibayar kembali dalam bentuk rebat tunai.

Sebagai rakyat Selangor, tiada istilah pilih bulu atau pilih kasih dalam pemberian air percuma. Seluruh rakyat Selangor berhak merasai segala nikmat dari janji-janji yang ditabur oleh Pakatan semasa pilihanraya.

Baca juga di KitaGempur.com

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.