Mampos aku..celaka ko Nuar...what the fcuk!! |
Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim nampaknya sedang berjuang mempertahankan kredibiliti pentadbirannya dalam keadaan keseorangan melawan serangan politik daripada Umno dan Barisan Nasional.
Pelbagai isu
menghantui menteri besar yang dahulunya dikenali sebagai tokoh korporat
yang disegani menerajui sebuah syarikat pelaburan Bumiputera terbesar
di dunia (Permodalan Nasional Berhad) dan kemudiannya memimpin sebuah
konglomerat perladangan (Guthrie Berhad).
Tatkala, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mencadangkan nama beliau sebagai calon menteri besar, Khalid di warkan-warkan akan memacu pembangunan ekonomi dan sosial negeri terkaya di Malaysia berbekalkan pengalaman luasnya di dalam sektor korporat.
Pelbagai
perancangan serta program di lancarkan di bawah dasar Merakyatkan
Ekonomi Selangor di mana kepentingkan rakyat adalah segalanya bagi
pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebagai
tanda persahabatan lama dan hutang budi kerana dilantik sebagai menteri
besar, Anwar pun dilantiklah sebagai Penasihat Ekonomi Selangor - satu
jawatan rasmi dengan gaji hanya RM1.
Begitulah
hebatnya Anwar dan Pakatan Rakyat yang dipimpinnya melakukan latihan
perhubungan awam (PR exercise) untuk menyakinkan rakyat bahawa mereka
jauh lebih baik daripada BN yang telah mentadbir Selangor berterusan
sejak merdeka hingga 2008.
Rakyat
berfikir sudah tentu gabungan mantap pengalaman luas Khalid serta
dibantu oleh bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, mustahil segala
apa yang dirancang Pakatan Rakyat akan menemui kegagalan.
Tetapi
itulah hakikatnya yang berlaku sekarang kerana setelah empat tahun
menawan Selangor, istana impian yang dibina di atas janji-janji yang
sungguh reformis sifatnya kini telah bertukar menjadi igauan paling
negri bagi pimpinan Pakatan Rakyat.
Program air
percuma yang dicanang siang dan malam oleh Khalid dan barisan exconya
kini bertukar menjadi krisis air yang bakal mengancam menamatkan karier
politik beliau serta menenggelamkan bahtera Pakatan Rakyat di Selangor.
Khalid
mengambil sikap berkonfrantasi dengan kerajaan pusat berhubung usaha
mengambil alih aset air di Selangor sehingga menyebabkan krisis air
menjadi semakin meruncing dan rakyat kebajikan rakyat diabaikan.
Skandal
hutang Talam Corporation yang kononnya dilabel sebagai pendekatan
revolusi cetusan idea Khalid kini bertukar menjadi satu skandal
melibatkan ratusan juta ringgit dana awam.
Khalid
berada dalam keadaan amat tertekan kerana tidak dapat mengemukan laporan
audir terperinci mengenai urusan menyelesaikan masalah hutang Talam
kepada kerajaan negeri.
Apatah lagi
dalam usaha Anwar memujuk golongan muda menyokong Pakatan Rakyat, Unisel
milik kerajaan negeri pula gagal menyediakan tempat penginapan bagi
lebih 3,000 pelajar yang telahpun memulakan sesi pengajian mereka.
Kini
kerajaan negeri bercadang menjual aset Unisel berupa 500 ekar tanah
untuk melangsaikan hutang sebanyak RM15 juta kepada syarikat yang
menguruskan kolej kediaman universiti tersebut.
Dalam lautan
politik yang bergelora bagi Pakatan Rakyat Selangor, persoalan pertama
yang tercetus di minda rakyat, di manakah Anwar ketika Khalid
benar-benar memerlukan pertolongannya.
Anwar boleh
dikatakan langsung tidak bersuara untuk mempertahankan kedudukan Khalid
sebagai menteri besar malah membiarkan beliau terumbang ambing seorang
diri mengemudi kapal Pakatan Rakyat di Selangor.
Anwar kini
amat malu kerana gagal menjalankan tugas beliau menasihati menteri besar
mengurus ekonomi Selangor malah tidak ada satu bukti pun ideanya boleh
digunapakai untuk kemajuan negeri.
Rakyat
mencemuh ego dan sikap angkuh beliau yang mendabik dada kononnya pandai
dalam selok belok mengurus kewangan negara satu ketika dahulu tetapi
kini terbukti ini adalah wayang dan silap mata Anwar yang pandai menipu
rakyat.
Barisan exco
serta pimpinan sekutunya dari DAP dan PAS yang dulunya berdiri teguh di
belakang Khalid kini satu persatu sudah menjauhkan daripada kemelut
politik yang membelit Khalid.
Seolah-olah
terdengar bisikan hati mereka jikalau Khalid tenggelam mereka tidak akan
turut sama menjadi korban penyelewengan yang berlaku.
Di satu
sudut pula, Azmin Ali yang menguasai PKR Selangor sedang bertepuk tangan
bersama-sama kroninya merayakan saat-saat kejatuhan Khalid.
Azmin juga
menjauhi diri daripada membela menteri besar dan kemungkinan besar
sedang sedia untuk memberi pukulan maut kepada Khalid pada bila-bila
masa sahaja.
Bagi Azmin,
inilah saat yang paling manis untuk membalas dendam politik dengan
membiarkan Khalid tercungap-cungap macam nyawa ikan.
Begitu juga
sekutu terkuat Khalid dalam PKR iaitu Wan Azizah Wan Ismail selaku
presiden parti tidak mampu berbuat apa-apa untuk membantu kerana tahu
Khalid sememangnya tidak lagi boleh diselamatkan.
Seperti
pepatah habis madu sepah dibuang, begitulah nasib diri Khalid yang
dahulunya menjadi idola dan tatangan Pakatan Rakyat tetapi kini pengemis
yang menagih simpati Anwar yang telah mengucapkan selamat tinggal
kepadanya.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..