Ahad, 18 November 2012

Doa Hancur Sesama Islam Boleh Bawa Perpecahan Dahsyat

    11:03:00 PTG   1 comment


KUALA LUMPUR - Tindakan Pas mengadakan solat hajat dan doa supaya Umno dihancurkan boleh menyebabkan perpecahan lebih dahsyat antara umat Islam di negara ini, kata Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor ini berkata, tindakan Pas itu lahir daripada pemikiran sempit dan dikhuatiri akan dicontohi anggota parti yang taksub dan mengamalkannya di tempat masing-masing.

"Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindungi dan dipertahankan," kata beliau yang juga Presiden Jalur Tiga dalam kenyataan di sini, hari ini.
    
Beliau mengulas tindakan Pas yang mengadakan solat hajat dan berdoa - 'KO BN' supaya Umno dan BN hancur di Stadium Sultan Muhammad IV Jumaat malam lepas yang dipimpin adik kepada Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat sempena perhimpunan anjuran parti pambangkang itu.

Hasan turut bimbang akhlak yang ditunjukkan pemimpin Pas yang bergelar ulama itu dicontohi generasi muda Muslim dan generasi akan datang dan membawa kesan buruk berganda kepada umat Islam di negara ini.

PAS patut sedar kemenangan mereka pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008 didokong bukan sahaja oleh anggota mereka, tetapi atas sebab-sebab tertentu, oleh penyokong dan anggota Umno, katanya. - Bernama

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. apa yg dr hassan blh buat? dia sendiri pun xtolong umno malah masih sayangkan pas, sudah pasti nanti waktu pru 13 dia akan tolong jg pas...klu betul dia jijur n cintakan keamanan, cintakan perpaduan dia bw pengikut dia n pujuk mrk semua sokong umno...ini ckp byk pun xguna sbb diri sendiri pun masih beejiwa pas lg...xde guna satu sen pun pd umno...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.