Khamis, 15 November 2012

Pendekatan Mesra Rakyat Melalui Radio BN Selangor Bikin Pembangkang Panas Telinga

    10:20:00 PTG   No comments


Dalam usaha untuk mendekati rakyat dan menyampaikan informasi terkini mengenai Barisan Nasional Selangor, BN Selangor sekali lagi mengorak langkah ke hadapan apabila mewujudkan Radio Internet yang akan memulakan operasi pada 17 Nov 2012.

Radio ini akan beroperasi selama 24 jam dan akses boleh di capai menerusi komputer, laptop mahupun telefon pintar.

Untuk mengakses melalui kumputer dan laptop, pengguna boleh melayari laman web www.selangorbn.fm

Melalui telefon pintar pula, pengguna boleh memuat turun aplikasi Tune In dan melayari Selangor BN FM melalui aplikasi tersebut.

Tujuan utama kewujudan radio BN Selangor ini adalah untuk memberi informasi yang jelas kepada rakyat khususnya di Selangor mengenai apa yang kerajaan Barisan Nasional sedang lakukan untuk kebaikan rakyat, berkongsi informasi dengan rakyat di Selangor tentang isu-isu semasa di Selangor.

Radio ini juga merupakan platform untuk rakyat memberikan pandangan dan mengutarakan aduan atau masalah mereka. Medium radio juga boleh digunakan untuk menangkis fitnah dan andaian dari pihak Pakatan dengan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
 
Setakat ini akan terdapat 10 segment yang disusun secara interaktif untuk pendengar-pendengar radio BN Selangor ini.
  1. Kapsul pagi- membincangkan tentang motivasi diri, tips sebelum memulakan hari yang ceria dan produktif.
  2. Bual Bicara – Membincangkan tentang isu-iisu di Selangor. Menjemput tetamu yang berkaitan isu ke konti radio.
  3. Lagu permintaan – Deejay akan memainkan lagu diselangani dengan celoteh dan info,
  4. Aduan rakyat –Aduan dari rakyat dan akan dijawap oleh pihak yang terlibat.
  5. Resepi selebriti – Menjemput artis, ahli politik, public figure untuk  berkongsi resepi kesukaan mereka dan perkembangan terkini mereka.
  6. Bersama Pemimpin – Membincangkan isu-isu Negara dengan menjemput tetamu yang arif dalam bidang tersebut.
  7. Bicara kesihatan (Setiap Selasa) –Temubual bersama pakar  mengenai topic kesihatan yang berlainan setiap minggu.
  8. Bicara agama (Setiap Jumaat) – segment membicarakan tentang agama dengan menemubual tetamu dalam bidang agama.
  9. Bakat Selangor – segmen yang membolehkan pendengar menonjolkan bakat nyanyian mereka dengan menghantar klip suara mereka ke FB, email atau CD kepada kami.
  10. Berita @ Info – segmen ini akan keudara setiap 30 minit atau 1 jam, dengan memberi berita kepada pendengar. Segment ini selama 5 minit.
Inovasi dari Barisan Nasional Selangor ini merupakan satu dari usaha berterusan BN Selangor untuk mendekati rakyat. Radio ini juga berbentuk dua hala iaitu pendengar dapat turut berhubung dengan pihak Barisan Nasional Selangor terutamanya apabila melibatkan segmen-segmen bersama pemimpin kelak.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.