Ahad, 25 November 2012

PKR Semakin Terdesak, Cubaan Sabotaj BR1M Untuk Rakyat Gagal

    11:31:00 PTG   No comments


Tindakan PKR Selayang mengedar borang Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang dilampirkan bersama dengan flyers propaganda parti itu yang bertujuan untuk mengaburi mata rakyat adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Perbuatan ini juga disifatkan sebagai satu tindakan terdesak Pakatan Pembangkang untuk mengsabotaj usaha murni Kerajaan Persekutuan yang diterajui oleh Barisan Nasional (BN).

Dalam satu sidang media baru-baru ini, Pengerusi Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan Pemuda UMNO, Dato’ Sohaimi Shahadan berkata, PKR telah mengambil kesempatan dengan mengedarkan borang BR1M ini bersama-sama denga flyer maklumat dari kerajaan negeri, satu perkara yang kita nampak mahu mensabotaj BR1M ini kerana mahu mengumpulkan boring-borang yang siap diisi oleh pemohon.

“Perkara ini telah berlaku sebelum ini, dan borang yang dikembalikan hilang di tengah jalan. Kita tak tahu ke mana pergi borang ini (borang yang dihantar kepada pihak PKR). Ini merupakan satu unsur sabotaj dan bertujuan untuk mengelirukan rakyat kononnya mereka yang membantu rakyat dengan memainkan peranan PKR membuat gerakan mengedarkan borang ini (dengan kepala surat PKR Selayang),  ke seluruh pangsapuri-pangsapuri di Selangor.

Oleh yang demikian, diminta kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak menerima bantuan BR1M ini agar peka dengan keadaan semasa agar tidak tertipu oleh agen-agen dari Pakatan Pembangkang yang sedaya upaya untuk mengambil kesempatan di atas usaha murni kearajaan ini.

Diingatkan juga bawahawa, Kerajaan Pusat tidak pernah melantik mana-mana agen dari PKR atau Pakatan Pembangkang untuk mengedar borang bantuan BR1M ini. Sekiranya berlaku perkara seperti ini, sila laporkan kepada bihak yang berkenaan.

Jika perkara ini tidak dipantau dengan lebih berkesan, dikhuatiri masalah besar akan timbul kelak apabila terdapat golongan yang layak tetapi tidak menerima bantuan BR1M seperti yang telah dijanjikan dan sudah tentunya ia akan menimbulkan salah faham sekaligus peluang yang ada itu akan digunakan oleh Pembangkang untuk memburukkan Kerajaan.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.