Rabu, 23 Januari 2013

Penyokong PAS Kecewa Najib Dan Rosmah Berjaya Jejak Kaki Di Bumi Gaza

    12:30:00 PG   No comments


RAFAH (Palestin): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Gaza pada Selasa untuk lawatan kemanusiaan bersejarah ke Palestin.

Mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama melawat kawasan yang diduduki pengganas, lawatan itu merupakan sebagai sebahagian daripada lawatan kerja selama tiga Najib ke Kaherah, Mesir serta Gaza, yang berjiran dengan Palestin.

Melalui perjalanan darat dari Lapangan Terbang Antarabangsa El Arish di Mesir dekat sempadan Gaza, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor melalui sempadan melintasi Rafah dan memasuki bilik menunggu sementara menunggu pasport mereka untuk pemeriksaan.

Najib dan isteri memasuki Gaza selepas pemeriksaan pasport dan berjumpa dengan Perdana Menteri Gaza, Ismail Haniyeh.

Najib disambut dalam satu majlis rasmi yang mengalu-alukan kedatangan mereka.
Perdana Menteri kemudiannya akan menuju ke bandar Gaza, yang mengambil masa 40 minit dengan menaiki kereta.

Sumber: Mstar

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.