Khamis, 24 Januari 2013

Perbelanjaan Modal Syabas Disekat, Satu Lagi Malapetaka Buat Rakyat Selangor

    8:37:00 PTG   3 comments


TANJONG KARANG: Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor membekukan perbelanjaan modal (Capex) kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) disifatkan sebagai mengetepikan masalah rakyat.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri itu sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah bekalan air yang dihadapi rakyat bukannya mengambil tindakan yang jelas berkaitan politik semata-mata.

"Rakyat perlu menilai sendiri sikap kerajaan pakatan pembangkang ini yang ambil tindakan tidak munasabah bekukan Capex dan salahkan Syabas," katanya pada sidang akhbar selepas menyertai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Tanjong Karang di sini Khamis.

Noh berkata kerajaan persekutuan telah memperuntukkan RM606 juta untuk program mitigasi air serta kerja baik pulih paip dan membina loji air tambahan.

Malah, katanya kerajaan persekutuan turut memberi pinjaman kepada kerajaan Selangor untuk program mitigasi air bagi menyelesaikan isu air di negeri itu.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bagaimanapun,kerajaan Selangor terus berdolak dalih dalam isu itu dan cuba menyalahkan kerajaan persekutuan.

Anggota Dewan Undangan (Adun) Permatang Sulaiman Razak berkata isu Capex dibangkitkan sejak 2009 apabila kerajaan Selangor mahu Syabas memastikan supaya air tidak berhasil (NRW) dikurangkan dari 34 ke 15 peratus membabitkan pembaikan2,000 kilometer paip sehingga 2014.

"Bila bekukan Capex bagaimana kerja ganti paip mahu dilakukan, bila kerja paip tidak dapat diteruskan akan menyebabkan usaha untuk mengurangkan NRW gagal dicapai, kalau betul kerajaan Selangor mahu selesaikan isu air mengapa bekukan Capex," katanya.

Pada sidang akhbar selepas mesyuarat exco semalam, Abdul Khalid berkata kerajaan Selangor akan mempertahankan pendirian mereka untuk mengambil alih perkhidmatan industri air daripada syarikat konsesi air di Selangor.

Berikutan itu kerajaan negeri memutuskan untuk melaksanakan Pembekuan Perbelanjaan Modal (Capex) yang didakwa mereka untuk menjaga kebajikan rakyat. BERNAMA

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. kalau perjanjian langat pkr setuju. tgk la masalah air terus settle... umno punya taktik la ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masalah air settle, rakyat juga yg senang..skrg ni PR yg tak setuju...rakyat menderita rmh tak berair..

      Padam
  2. hahahaha....ni sorang lagi...!
    treler dah masuk jln ko....nak tunggu gak ke ?
    betul lah treler masuk lorong ko tu salah...?
    Elak lah .....ko pakai keta kancil je....
    nak maut ke...hehehehe..next tolak PR
    pandai cakap je..keja tak reti.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.