Rabu, 9 Januari 2013

Takut Hilang Undi, Hadi Arah Pemimpin Pas Tutup Mulut Isu Kalimah Allah

    8:00:00 PG   No comments


Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang didakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu suaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.

Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin, dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.

Difahamkan, arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Rawa.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas, disini semalam, turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.

Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Johor, berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat. Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini. Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi. Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.

BH semalam  memetik Harun sebagai berkata, agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah, manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu.

Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai, Pulau Pinang, dua tahun lalau turut dilaporkan berkata, beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam.

Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata, isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

Terdahulu, Salahuddin berkata PAS akan membantu penduduk 10 kampung di pengerang yang terbabit dalam pengambilan tanah projek RAPID untuk memohon semakan kehakiman bagi menghentikan sementara projek itu esok. Beliau mendakwa projek itu menyebabkan 249 kubur orang Islam di empat kampung sekitar Penggerang yang dipindahkan selama 7 hari mulai 21 Disember lalu, tidak memenuhi syarak.

Bagaimanapun, Kadi Daerah Kota Tinggi, Mohd Taufik Shamsuddin menafikan dakwaan itu.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.