Ahad, 24 Februari 2013

Datum Jelatek : Projek Halau Melayu Berimpak Tinggi Kerajaan Negeri Selangor

    12:23:00 PTG   2 comments

datum-jelatek-projek-halau-melayu

Masih belum terlambat! Itulah pesanan kepada penduduk sekitar kawasan Lembah Keramat yang mejoritinya terdiri dari orang Melayu agar terus bangkit membantah rancangan kerajaan negeri Selangor yang berhasrat ingin menjadikan kawasan tersebut sebagai sebuah penempatan super mewah untuk didiami oleh warga asing.

Bagi yang faham selok-belok berkenaan soal hartanah, Lembah Keramat dan Setiawangsa merupakan kawasan 'ekslusif' orang Melayu. Kawasan ini juga diberitakan mempunyai nilai hartanah yang cukup tinggi. Sekiranya projek ini diteruskan akan membawa kesan yang negatif kepada populasi orang Melayu yang telah sekian lama menetap di situ.


Projek yang dirancang kerajaan Pakatan Selangor ini melalui PKNS jika diteliti secara terperinci adalah bertujuan untuk mengusir penduduk tempatan secara halus dengan merampas tanah mereka secara terhormat agar orang Melayu di kawasan tersebut keluar perlahan-lahan apabila projek Datum Jelatik ini disiapkan.

Jumlah pampasan yang diberikan kepada penduduk asal Datum Jelatik ini juga tidak munasabah iaitu sekitar RM300,000 jika dibandingkan dengan harga sebuah kondominum mampu milik yang mempunyai 1 bilik seperti yang ditawar oleh PKNS dengan harga RM956,000. Biarpun pihak pemaju menurunkan harga kondominum yang hanya mempunyai 1 bilik itu kepada RM500,000 sekalipun, orang Melayu di kawasan Lembah Keramat tetap tidak mampu untuk membelinya.

datum-jelatek-harga-rumah-1

Usaha yang dipelopori oleh PKNS ini dilihat sudah terpesong jauh dari tanggungjawab dan matlamat asal mereka mereka yang sepatutnya menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan rendah dan sederhana.

Turut dipertikai ramai pihak ialah polisi perumahan kerajaan negeri khususnya PKNS yang dalam masa 5 tahun ini hanya menumpukan pembinaan rumah untuk golongan kaya dan jutawan sahaja sedangkan lebih 90% penduduk Selangor adalah terdiri dari mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Pembinaan Kondominium Datum Jelatik adalah contoh terbaik perlaksanaan polisi kerajaan negeri ini.

Apa yang dilakukan kerajaan Pakatan Selangor ini adalah tidak lain hanya untuk memperkayakan diri mereka tanpa memperdulikan nasib rakyat di kawasan tersebut. Mencari keuntungan melalui jalan singkat sememangnya sudah mejadi perkara biasa bagi Pakatan PAS,DAP dan PKR. Ia bukan sahaja di Selangor malah turut berlaku di negeri-negeri yang mereka kuasai.

Orang Melayu perlu sedar sementara semunya belum terlabat. Projek Datum Jelatek untuk warga asing ini harus dilihat sebagai cubaan untuk mencabuli hak orang Melayu dan warga Malaysia. Projek pembinaan kondominum super mewah ini harus dihentikan segera demi kepentingan semua. Orang Melayu harus bersatu dan berganding bahu untuk menghalang projek Datum Jelatik ini daripada diteruskan demi survival bangsa dan keluhuran negara.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. SAMA BERLAKU D K.TERENGGANU KG CINA DIKEKALKAN MANAKALA KG MELAYU SPT KG LADANG KG TANJUNG DLL HABIS D JUAL KPD TOKEY CINA UTK D JADI HOTEL 5 BINTANG.MELAYU JUAL MELAYU.HIDUP BN !

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ermm..tak pernah dengar pun ada bantahan...atau penduduk kawasan tersebut dah kenyang makan duit pampasan...itu soal bina holet 5 bintang...apa yg berlaku di lembah keramat ialah tempat kediaman super mewah yg beratus bintang tarafnya diberi kepada warga asing....

      Padam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.