![]() |
Bukan main seronok lagi gesel-gesel..hehehe |
Sekiranya Pakatan kalah di Selangor pada PRU13 akan datang, Khalid Ibrahim merupakan individu pertama sekali selepas Anwar Ibrahim yang harus dipersalahkan oleh penyokong mereka.
Inilah akibatnya jika menjadi pemimpin yang mempunyai sikap ego yang sangat tinggi apabila berhadapan dengan rakyat. Khalid Ibrahim mungkin terlupa segala apa yang dia ada hari ini semuanya datang dari rakyat Selangor yang memilihnya dan tidak mustahil rakyat yang pernah menyokongnya hari ini akan menjatuhkannya pula pada pilihanraya nanti.
Biarpun disanjung sebagai tokoh koprat yang hebat oleh penyokong sendiri, tapi malangnya MB Selangor ini tidak mempunyai sebarang pengalaman apabila berhadapan dengan masalah rakyat. Sepanjang lima tahun mentadbir negeri Selangor, rasa-rasanya tidak ada satu pun masalah rakyat berjaya diselesaikanya - Wak J
TANJUNG KARANG: Timbalan Pengerusi Barisan
Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar menasihati kerajaan Selangor
supaya menggunakan meja rundingan bagi menyelesaikan masalah atau
tuntutan rakyat daripada menggunakan saluran mahkamah.
"Untuk menyelesaikan masalah rakyat ni bukannya di mahkamah tetapi
rakyat ada hak untuk menuntut di mahkamah," katanya kepada pemberita
selepas menyampaikan bantuan awal persekolahan kepada hampir 1,000 ibu
bapa kepada pelajar Sekolah Kebangsaan Sungai Burong dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Sungai Burong di sini, Isnin.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata
demikian ketika mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini
yang menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besar
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengenepikan saman tuntutan pemberian
air percuma daripada lebih 700 pengguna meter air pukal di Selangor.
Beliau berkata jika kerajaan Selangor adalah sebuah kerajaan yang
ikhlas dan bertanggungjawab dan hendak menunaikan janji serta mengakui
manifesto itu satu janji sewajarnya mereka boleh berunding dengan
kumpulan rakyat yang membuat tuntutan itu di luar mahkamah.
Namun, nampaknya kerajaan negeri pakatan pembangkang daripada Parti
Keadilan Rakyat, DAP dan PAS masih mahu terus bermain politik sedangkan
mandat pemerintahan mereka akan berakhir beberapa bulan lagi sebelum
pilihan raya umum diadakan, kata beliau.
Noh berkata: "Kerajaan negeri kena bersedia bahawa kebangkitan rakyat
Selangor jelas mereka nak menuntut hak mereka kerana janji-janji manis
PKR masa kempen pilihan raya 2008 menyebabkan rakyat terpengaruh dengan
janji mereka, maka rakyat sokong mereka dan Barisan Nasional kalah di
negeri Selangor."
Beliau berkata setelah pengguna-pengguna air dan ibu-ibu tunggal
memfailkan tuntutan mereka terhadap janji kerajaan negeri yang tidak
ditepati di mahkamah, kumpulan warga emas yang masih tidak mendapat
caruman takaful RM2,500 dan peniaga yang tidak menikmati potongan cukai
pintu sebanyak 10 peratus sedang melakukan persedian untuk tindakan yang
sama.
Sementara itu, dalam ucapannya beliau berkata ekoran masalah
kekurangan bekalan air untuk jangka panjang di Selangor, sejumlah 450
projek kilang tidak dapat dilaksanakan dan ini mengakibatkan kehilangan
20,000 peluang pekerjaan kepada anak-anak Selangor.
Oleh kerana tiada jaminan bekalan air akan cukup bila kilang
berkenaan siap nanti maka projek berkenaan tidak dapat dilaksanakan dan
dikhuatiri para pelabur akan lari mencari peluang pelaburan di
negeri-negeri lain mengakibatkan Selangor menjadi mundur, katanya.
Faktor yang sama juga menyebabkan projek-projek perumahan baharu
tidak dapat dilaksanakan di Selangor dan bakal mengakibatkan kenaikan
harga rumah di negeri ini, kata Noh.
Bagaimanapun, Noh berkata sebagai sebuah kerajaan yang prihatin
Kerajaan Pusat telah melaksanakan projek mitigasi untuk mengatasi
masalah air di Selangor dengan peruntukan RM606 juta tahun lepas, di
mana RM354 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Negeri dalam bentuk
pinjaman bagi tujuan yang sama tetapi nampaknya tiada apa-apa kemajuan
atau perubahan di Selangor.Oleh itu minggu lepas, Kerajaan Persekutuan
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM125 juta lagi bagi projek
mitigasi untuk bekalan air di Selangor, katanya.
Pada masa yang sama Noh berkata walaupun ada pihak yang mengatakan
memang sepatutnya kerajaan memberi balik kepada rakyat duit hasil
kutipan cukai menerusi bantuan awal persekolahan atau Bantuan Rakyat
1Malaysia (BR1M), bukan semua kerajaan berbuat begitu.
Mungkin ramai yang tidak perasan sebelum ini Kerajaan Malaysia
memberikan subsidi bernilai RM25 bilion setahun agar rakyat Malaysia
membayar harga yang rendah untuk bahan api yang menggerakkan kenderaan
mereka, gas memasak untuk memasak makanan mereka dan bahan asas lain
seperti tepung, gula dan minyak masak, katanya.
Bahkan, katanya ada yang berkata kerajaan boleh bankrap kerana
memberi subsidi dan bantuan langsung secara tunai kepada rakyat tetapi
sebenarnya kerajaan mampu berbuat demikian kerana hasil kutipan cukai
yang meningkat di mana pada tahun lepas Lembaga Hasil Dalam Negeri
mengutip RM125 bilion.-BERNAMA
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..