Rabu, 6 Februari 2013

Persoal Batuan Kerajaan Pusat, Cubaan MB Sekat Hak Rakyat Selangor

    12:33:00 PG   1 comment

krisis-air-selangor

Memang jahanam betul si Khalid Ibrahim ni, kalau ye pun tidak mahu membantu menyelesaikan masalah air yang berlaku di Selangor, tak perlulah bakal bekas MB Selangor ini menyekat hak rakyat  untuk mendapatkan kemudahan bekalan air yang lebih sempurna.

Jika beginilah perangai Khalid Ibrahim, memang wajar bagi seluruh rakyat Selangor menolak Pakatan Pembangkang pada PRU13 nanti. Sudah lima tahun berlalu, tidak ada satu pun pembagunan dan penambahbaikan  dilaksana oleh kerajaan Pakatan Selangor untuk rakyat negeri ini.

Cukup sudah sengsara yang dialami oleh rakyat sepanjang Pakatan mentadbir negeri Selangor. Jangan ditambah adan diulangi lagi kesilapan lalu. Tiba masanya buat rakyat Selanngor bangkit melakukan perubahan dengan memimilih kerajaan negeri baru yang mana lebih stabil serta boleh diharap dalam menyelesaikan apa jua masalah yang timbul - Wak J

TANJONG KARANG: Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, membidas sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering mempersoal setiap usaha kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.

Beliau berkata terbaharu, Abdul Khalid mahu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) memberi penerangan secara terperinci tentang tindakan yang akan dilakukan menerusi peruntukan tambahan sebanyak RM120 juta yang disalur kerajaan persekutuan.

"Apa rasional Abdul Khalid mahu semua ini, sepatutnya mereka bersama-sama membantu menyelesaikan isu ini, kerajaan persekutuan salurkan (peruntukan) bagi mengatasi masalah air malah peruntukan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM345 juta turut diberi kepada kerajaan Selangor bagi menangani isu sama.

"Jadi tidak perlu persoalkan, sepatutnya sama-sama buat, Syabas dan kerajaan Selangor lakukan usaha masing-masing untuk menyelesaikan isu ini, bukan cari salah siapa dan memutar belit isu air ini," katanya pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata bukan semua isu boleh serta wajar dipolitikkan kerana ada perkara yang perlu diselesaikan dengan meletakkan kepentingan rakyat sebagai agenda utama.

Beliau berkata isu membabitkan keperluan asas tidak sepatutnya dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak sebaliknya bersama-sama mencari jalan penyelesaian terbaik sebelum keadaan menjadi lebih buruk.

"Cukuplah politikkan dan putar belit isu air ini, dulu heboh kerajaan persekutuan tidak benarkan penstrukturan semula air, bila kita benarkan timbul hal lain, kita mahu bina Langat2 juga mereka halang, jadi apa sudahnya," katanya.

Abdul Khalid menerusi satu kenyataan media Ahad lepas, mempersoal tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluluskan bantuan kewangan RM120 juta kepada Syabas bagi menyelesaikan isu air di Selangor.

Menteri Besar Selangor itu turut meminta Syabas memberi secara terperinci bentuk-bentuk perbelanjaan yang akan dibelanjakan menggunakan dana itu.

Terdahulu, Noh yang juga Anggota Parlimen Tanjong Karang menyampaikan Sumbangan Veteran Angkatan Tentera Malaysia Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) berjumlah RM1,000 seorang kepada 445 penerima dari Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Tanjong Karang. BERNAMA

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. salam wak. Tkasih kerana sudi senaraikan keadilanxsarawak.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.