Jumaat, 26 April 2013

Macam Mana Ni PAS.. PKR Pun Tolak Hudud.. Jatuh Kafir Tak?

    12:00:00 PTG   4 comments

khalid-kafirkah-aku

"Kita mesti menerima hakikat bahawa dalam Islam, hudud itu dianggap sebagai salah satu cara pemerintahan Islam. Tetapi saya rasa ia tidak boleh dilaksanakan dalam keadaan sekarang," demikian tegas Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim berhubung isu perlaksanaan hudud.

Menurut Khalid lagi, sebarang usaha merealisasikan perlaksanaan hudud menuntut sokongan majoriti rakyat termasuklah mengambil kira peruntukan perlembagaan dan suasana semasa sebelum ianya dapat diimplementasikan dalam perundangan negara.

Kenyataan Khalid itu mencerminkan pendirian PKR dan ia adalah respons kepada ura-ura yang ditimbulkan oleh Timbalan Mursyidul Am PAS, Dr Haron Din yang menegaskan PAS akan tetap melaksanakan hudud sekiranya PRU-13 dimenangi oleh PR dan yakin ia tiada halangan dari rakan sepakatan.

Andainya bait kata penolakan terhadap hudud seperti diucapkan oleh Khalid Ibrahim itu dilafazkan keluar dari mulut pemimpin UMNO, nescaya tujuh hari dan tujuh malam PAS akan keliling kampung menghambur kata-kata kejian sambil mengkafirkan pemimpin UMNO.

Apa yang diperkatakan oleh Khalid adalah senada dengan pendirian UMNO yang sedari dulu sentiasa mempertimbangkan suasana semasa, komposisi kaum dan agama serta ruang lingkup peruntukan perlembagaan negara.

Tapi kenapa sampai sekarang satu kejian hatta kenyataan mempersoalkan keIslaman pemimpin PKR Selangor itu sekelumit pun tak kedengaran, meskipun pendirian Khalid amat jelas hudud tidak akan dilaksanakan sekiranya PR memerintah di peringkat pusat.

Alang-alang UMNO dikatakan anti Islam serta menolak hukum Allah S.W.T berikutan kegagalan PAS merealisasikan hudud, bukankah sepatutnya kenyataan yang sama terpakai juga ke atas Khalid. Jika UMNO dianggap kafir, maka patutnya PAS perlu juga berani mengkafirkan Khalid, bukan begitu?

Agaknya ada double standard dalam menghukum barangkali bila melibatkan rakan sendiri, jika benar begitu maknanya tiada keadilanlah jawabnya.

Hakikatnya soal perlaksanaan hudud yang sering diwar-warkan oleh PAS hanyalah isu di musim pilihan raya semata-mata untuk meraih undi dari orang Melayu Islam. Itu sahaja nawaitunya sedari dulu.

PAS cuma bertanding di 73 kerusi Parlimen sahaja sedangkan untuk menggubal Perlembagaan bagi memberi laluan perlaksanaan hudud memerlukan minima 148 kerusi dalam Dewan Rakyat, maka tampak jelas PAS sebenarnya tidak serius pun untuk melaksanakannya.

Hujung-hujungnya kelak, selepas PRU-13 isu hudud akan kembali di sapu ke bawah karpet kemudian hilang dari peta isu semasa dan hanya timbul semula seandainya ada pilihan raya kecil atau pun menjelang PRU ke-14 pula. Itulah realitinya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. tak dosa pun. kalau dosa pun najis boleh maafkan. kalau najis tak maaf mintak ampun dengan dengan Allah. kalau Allah tak ampun mintak dengan anak Allah. Kan Allah ada anak. Nauzubillah himin zalik.

    BalasPadam
  2. Nak kasi pakatan tumbang pd pru13 bukan susah sangat ,guna wartawan jolok isu hudud dah cukup?pasti goyang punya.almaklumlah dlm pakatan ni banyak yg tak cerdik mcm org umno?RAPUH......tiada semangat setia kawan.kalau bercakaran......lebih baik undi BN?kata nak tumbang BN,kalau mcm ni punya dok ada biar kalah selama-lamanya.

    BalasPadam
  3. para penyokong pas atas pagaq.sila beralih kepada bn. lain kalilah tukar

    BalasPadam
  4. Tulis biar penuh.

    Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Abdul Samad semalam yang menjelaskan bahawa pelaksanaan hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran Putrajaya tetapi "bukan dalam tempoh terdekat".

    Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin: "Jadi menjadi tanggungjawab kementerian penerangan dan agama yang ada sekarang untuk mula menyampaikan maklumat, penerangan mengenai hudud kepada orang bukan Islam dan negara kita. Jika perkara ini dilakukan sekarang, mungkin lagi 4-5 tahun kita akan laksanakan hudud (jadi) orang-orang ni dah faham dan tidak ada tentangan dan sebagainya. Itu yang sepatutnya dilakukan, tidak kira siapa PR mahupun BN," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.


    Pemahaman harus ada di dalam pemikiran rakyat jelata sebelum pelaksaan, demi mengelakkan ideologi penindasan rakyat.

    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WocZlf

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.