Ahad, 5 Mei 2013

PRU13: Jangan Cuba-Cuba Undang Bala Allah Dengan Mengundi PAS, DAP dan PKR

    12:00:00 PG   No comments

Undi-bn-pru13
Hari ini merupakan malam terakhir untuk semua parti politik berkempen bagi pilihanraya umum yang ke13 (PRU13). Esok pula, 5hb Mei tepat jam 8.00 pagi kita semua sudah boleh keluar mengundi bagi yang layak sahaja.

Sepanjang tempoh berkempen selama 16 hari yang diberikan, macam-macam perkara kita semua telah lakukan untuk memastikan supaya parti yang kita sokong dan kerajaan yang kita dokong selama ini menang dalam PRU13 kali ini.

Untuk catitan terakhir pada malam ini, wak ingin menyeru kepada anda semua tak kira apa fahaman politik pun termasuk diri wak sendiri agar dapat membuat pilihan yang terbaik dan tepat dengan berpandukan pertimbangan akal yang waras semasa hendak memangkah kertas undi nanti. Sebarang kesilapan dalam membuat pilihan, segala akibat yang muncul kita juga yang akan menanggungnya kelak.

Seperti yang kita sedia tahu Pakatan Pembangkang (PR) bukanlah satu gabungan parti politik yang kukuh jika hendak dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) yang telah terbukti mampu menyatu semua kaum di negara ini. Gabungan dalam PR ini juga pada bila-bila masa sahaja boleh berpecah dek kerana ideologi parti yang sangat jauh berbeza. PAS dengan fahaman Islam liberal dan ekstrimisnya, DAP pula tebal dengan sikap perkauman (rasis) dan PKR pula lebih dikenali dengan amalan pluralisme, gaya hidup songsang, LGBT dan menyokong aktiviti murtad.

Semua ini telah jelas terbukti. Tidak ada satu pun yang mereka perjuangkan selama ini untuk membela nasib rakyat. Kalau ada pun, ia hanya sekadar tercatat di atas kertas yang mereka gelar 'Manifesto Bukan Janji'.

Oleh itu, sebagai peringatan kepada kita semua, jangan sesekali cuba-cuba mengundang bala Allah dengan mengundi PAS, PKR dan DAP. Sebelum semuanya terlambat, kita masih ada masa untuk mengubahnya dengan mengundi BN untuk masa depan yang lebih baik dan terjamin.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.