Jumaat, 28 Jun 2013

Apa Ni! Berjanggut Tapi Perangai Macam Setan!

    12:49:00 PG   3 comments

Mohd Yahya Mat Sahri-janggut.jpg

Wak J: Paku dulang paku serpih, mengata orang tapi dia yang lebih. Itulah perumpaan yang sesuai untuk mengambarkan bertapa jeliknya sikap pemimpin Pembangkang. Sekarang terima lah akibatnya kalau suka menipu, pasti berbirat punggung bila kena sebat.

Hukuman yang dikenakan terhadap Yahya Shari telah membuktikan bahawa pemimpin PR bukanlah baik sangat macam Malaikat seperti yang disangka oleh penyokongnya.

SHAH ALAM - Bekas pegawai khas kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dihukum penjara dua tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan menipu bagi mendapatkan sumbangan Majlis Sambutan 100 Hari Pakatan Rakyat, lima tahun lepas.
  
Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah membuat keputusan itu terhadap Mohd Yahya Mat Sahri, 46, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen di sini membebaskan tertuduh pada Mei 2011.
  
Abdul Alim bagaimanapun membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid, yang mewakili Mohd Yahya, untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Rayuan.
  
Hakim kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin.  

Timbalan Pendakwa Raya Nor Azah Kasran hadir bagi pihak perayu.  

Pada 20 Mei 2011, Hakim Azhaniz Teh Azman Teh melepas dan membebaskan Mohd Yahya daripada tuduhan itu selepas mendapati pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.
  
Mohd Yahya dituduh menipu Presiden Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Datuk Abdul Karim Munisar untuk mempercayai bahawa Sekretariat Pakatan Rakyat  memohon sumbangan bagi menampung pembiayaan majlis sambutan itu di Gardenia Coffee House, Quality Hotel di sini pada 4 Jun 2008.
  
Tertuduh, selaku pengarah program acara itu, dituduh dengan curangnya mendorong Abdul Karim untuk menyerahkan RM50,000 kepadanya sebagai sumbangan, sedangkan Abdul Karim tidak akan melakukannya sekiranya tidak diperdayakan sedemikian.
  
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan sebat dan boleh juga didenda.   

Seramai 28 saksi pendakwaan termasuk Menteri Besar Selangor dan lapan saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Elok pun dia kena...semasa kempen tahun 2008 ... Berjalan dengan angkuh dan sombong di Shah Alam. Riak iras muka penuh mencurigakan. Bertaubat lah... Jangan sombong.

    BalasPadam
  2. Setan itu ada dalam berbangai bentuk dan rupa...Ada yang berserban dan berjubah....

    BalasPadam
  3. Berjanggut, berserban n berjubah dkt2 akhir zaman ni mmg susah nak dipercayai..

    Cerita bab Islam bukan main lagi, tapi dia lah bapak setan no.1

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.