Jumaat, 2 Ogos 2013

Betul Ke Mat Sabu Terpaksa Solat Jumaat Sebab Nak 'Cover Line'?

    1:06:00 PG   5 comments

mat-sabu-syiah
Bukan nak tuduh-tuduh tapi sekadar ingin bertanya kepada siapa yang rapat dengan Mat Sabu, betul ke apa yang didakwa oleh sahabat Mat Sabu sendiri iaitu Syed Azman bahawa Timbalan Presiden Pas itu hanya bertaqiyah dalam mengerjakan solat Jumaat bagi mengaburi mata penyokongya?

Sebelum anda sambung baca artikel di bawah, apa kata baca sini dulu untuk mengetahui fahaman syiah jenis apakah yang menjadi pegangan Mat Sabu - Wak J
Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.  Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak.

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.  Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran.

Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.  Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.  Itu belum  lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.   

Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.  Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS.

Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.  Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka.

Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah.  Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana.

Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah.

Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau.

Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.  Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.

PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui.   Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah.  Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan?

Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.  Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.  Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti.

Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.  Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri.

Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil.    Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
5 ulasan:
Write comments
  1. PAS - Parti Ahlul Syiah

    BalasPadam
  2. Anda juga boleh membaca kupasan saya bertajuk,"Syiah di Malaysia : Satu ancaman keselamataan negara dan akidah islam".

    http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/08/syiah-di-malaysia-satu-ancaman.html

    BalasPadam
  3. Fatwa Ulama pada 5 Mei 1996 menetapkan semua ajaran syiah adalah sesat dan menyesatkan termasuk syiah Zaidiyah dan Jaafariyah yang sebelum ini boleh diamalkan.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.