Isnin, 18 November 2013

Jika PAS Betul-Betul Nak Tubuh Negara Islam..Mahfuz Omar Wajib Dimenangkan!

    12:36:00 PG   1 comment

mahfuz-omar

Wak J: Selain dari Mat Sabu, Pesuruhjaya Pas Kedah, Mahfuz Omar juga wajar dikekalkan jawatanya dalam kempimpinan Pas melalui pemilihan parti yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Oleh itu, wak ingin menyeru kepada seluruh perwakilan Pas yang bakal memilih nanti dapat membuat pilihan yang tepat dengan memenangkan Mahfuz Omar.

Sesungguhnya, Mahfuz Omar merupakan seorang pemimpin yang berkaliber serta memliki tahap keintelektualan yang sangat tinggi berbanding dengan pemimpin UMNO.

Sekiranya perwakilan tidak memilih Mahfuz Omar, Pas akan berada dalam kerugian yang amat sangat. Jangan diulang kesilapan lalu Pas yang pernah tenggelam, di mana hampir semua ulamak menjadi pemimpin.

Sekali lagi wak merayu agar perwakilan tetapkan tekad untuk memenangkan Mahfuz Omar dan Mat Sabu.

P/S: Wak nak minta tolong pada anda semua KLIK SINI bagi membantu dan memberi sokongan terhadap kempen 'Jangan Beli Rokok Tidak Sah'....Terima kasih

Nilai Kemampuan Saya - Mahfuz
 
YAN - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar, menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan nasibnya sempena Muktamar Pas ke-59 pada 22 November nanti.

Beliau berkata, kebijaksanaan perwakilan diperlukan untuk membuat pilihan bukan atas dasar sentimen sebagai kawan sebaliknya berasaskan kemampuan beliau sendiri.

“Pemilihan mestilah melalui perkiraan kebolehan dan kemampuan saya untuk menerajui kepimpinan parti untuk terus menyambung khidmat yang saya berikan sebelum ini bagi membantu parti meningkatkan keupayaan di masa akan datang.

“Kita perlu menerajui perubahan. Pas berjaya mencetus perubahan dan memimpin perubahan itu,” katanya yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Pusat Khidmat Adun Sungai Limau dan kenduri kesyukuran atas kemenangan Pas dalam PRK baru-baru ini.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

    ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

    YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

    Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

    Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

    DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

    Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur
    This Datuk will suffer more if many people know about his bad deeds...you cannot cover up what has been done
    Shared by Lim….Taman Desa Jaya, Kepong

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.