Isnin, 27 Januari 2014

Rakyat Selangor Tidak Kisah Kaki Zina Dipilih Jadi MB

    10:03:00 PTG   4 comments

anwar-mb-selangor

Wak J: Kepada pemimpin dan penyokong BN Selangor, jangan rasa teruja sangat dengan berita perletakan jawatan Adun Kajang seperti yang dilaporkan di media massa.

Jika benar sekali pun pilihanraya kecil (PRK) akan diadakan, peluang untuk BN menang di Kajang sangat tipis kerana hampir 90 peratus pengundi di sini tidak kira Melayu, Cina dan India, mereka tetap akan mengundi Pakatan.

Nama Anwar Ibrahim kini disebut-sebut sebagai pengganti untuk mengisi kekosongan jawatan ADUN yang ditinggalkan sekaligus membuka laluan padanya untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Menurut tulisan blogger TFK, kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor telah bermula semenjak pertengahan penggal pertama Pakatan Rakyat memerintah Selangor. Bagaimanapun, Azmin Ali gagal mendapat persetujuan untuk dijadikan Menteri Besar Selangor membuatkan dia berputih mata. Selepas PRU13, Khalid Ibrahim yang dijangkakan akan kalah setelah dipindahkan dari Ijok, ternyata telah menang dan sekali lagi mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Satu-satunya cara untuk memastikan PKR terus menang sebagai Menteri Besar Selangor adalah dengan meletakkan Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar atau Wan Azizah Wan Ismail yang telah selesai menjalani proses 'pengharaman' lima tahun selepas meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suaminya pada tahun 2008.

Tahniah! Kepada rakyat Selangor kerana bakal mendapat MB baru seorang kaki zina dan peliwat tegar yang akan memimpin anda menuju ke pintu syurga.

Adun PKR Kajang Letak Jawatan Secara Mengejut Tanpa Sebab

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat hari ini

Perkara itu diumumkan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh petang ini dan akan dimaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) esok.

Yeoh berkata, beliau menerima surat peletakan jawatan pada hari ini.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan kerusi DUN N25 Kajang dikosongkan dan SPR seharusnya menjalankan pilihan raya kecil dalam masa 60 hari," kata Yeoh.

Berhubung sebab peletakan jawatan itu, Yeoh berkata perkara itu harus diajukan kepada Lee (kanan) sendiri.

Dalam pilihan raya umum lalu, Lee sebagai calon PKR menang dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, BERJASA dan tiga calon bebas.

Kawasan itu mempunyai 38,965 pengundi dengan 48 peratus Melayu, 41 peratus Cina dan India sebanyak 10 peratus.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Nak ajak semua umat islam dalam negeri Selangor membuat solat hajat untuk melindungi negeri Selangor dari pemimpin yang mungkar lagi munafik dan jauhkan dari ditimpa bala,

    BalasPadam
  2. Kotey dah terjuntai ....dpt jd mb x tau la nak ckp apa....

    Rakyat slgor wajib btjawab di dpn Allah swt nnt...

    BalasPadam
  3. kalau jadi MB nanti, aku nak tengok air muka Anuar Ibrahim bila baca ayat ayat suci al quraan mengajak umat islam melakukan kebaikan dan mengekalkan ajaran islam dalam kehidupan harian di setiap kali majlis keagamaan di selangor.......umpama ayam jantan yg kokok berderai derai, ekor penuh dgn taik......

    BalasPadam
  4. Kasihan cacai PR, masih lagi dikencing oleh si peliwat ni..

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.