Jumaat, 15 Ogos 2014

Khalid Beri Bayangan DUN Selangor Akan Dibubarkan November Ini

    10:50:00 PTG   No comments

khalid-bubar-dun

Menteri Besar (MB) Selangor yang dipecat keahlianya dari PKR gara-gara tidak menuruti nafsu serakah Anwar Ibrahim yang mahu melantik isterinya menjadi MB, hari ini telah memberi banyangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada November depan bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Negeri (PRN).

Melihat pada situasi sekarang, Khalid Ibrahim tidak mempunyai banyak peluang dan ruang untuk mengekalkan kedudukanya sebagai Menteri Besar Selangor jika benar dakawaan Wan Azizah sudah mempunyai cukup mejoriti yang membolehkan berlakunya proses undi tidak percaya terhadap Adun Pelabuhan Klang itu.

Khalid ketika menjawab pertanyaan pemberita menjelaskan, pembubaran DUN Selangor hanya akan menjadi kenyataan apabila mendapat perkenan dari Sultan Selangor. Jelas Khalid lagi, buat masa ini pentadbiran kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

Isteri kepada Ketua Umum (KETUM) PKR yang juga calon MB Selangor bagi menggantikan Khalid Ibrahim dalam satu sidang media semalam mendakwa dirinya layak dipilih sebagai Menteri Besar setelah mendapat sokongan mejoriti dari 30 Adun Pakatan Rakyat termasuk dari dua Adun PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kedudukan terkini Dun Selangor yang memiliki 56 kerusi ialah Pas dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), Barisan Nasional (12) dan Bebas (1).

Pada hari yang sama juga, Lajnah Politik PAS telah mengeluarkan ketetapan menolak sekeras-kerasnya pencalonan Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru kerana ia telah melanggar perinsip PAS yang menentang secara lantang sebarang bentuk amalan kronisme dan nepotsme dalam sistem pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.