Ahad, 17 Ogos 2014

PAS 'U Turn' Disaat Akhir Bimbang Hilang Undi Cina di Selangor

    1:38:00 PTG   No comments

pas-uturn-mb-selangor

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini (Ahad) telah membuat keputusan  mengekalkan pecalonan Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru.

Namun, dalam mesyuarat yang berlangsung di ibupejabat PAS itu juga turut mecadangkan nama Azmin Ali sebagai 'backup' sekiranya Tuanku Sultan Selangor menolak pencalonan Wan Azizah.

Mat Sabu dalam satu kenyataan medianya sebentar tadi telah menyatakan bahawa keputusan memilih Azmin Ali dan isteri kepada kepada ketua Pembangkang Pakatan Rakyat itu telah dibuat secara sebulat suara termasuk dari Presiden PAS sendiri, Hadi Awang.

Dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat itu juga, Mat Sabu menjelaskan kedudukan empat Exco Selangor dari parti itu yang masih berkhidmat dalam pentadbiran kerajaan negeri dikekalkan dan menjalankan tugas seperti biasa.

Menurut beberapa analisis politik yang mengikuti perkembangan terbaru ini mendapati PAS tidak mempunyai banyak pilihan dalam membuat keputusan. Samada keluar Pakatan (PR) jika menyokong Khalid Ibrahim kekal menjadi menteri besar atau hilang sokongan (undi) dari kaum Cina.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.