Sabtu, 27 September 2014

Azmin Beri Jawatan Tim. Speaker Pada PAS Sebagai Ganti Jawatan Exco Yang Diambil PKR

    4:06:00 PTG   3 comments

PKR-SELANGOR-EXCO

Pengurangan jumlah ahli Exco PAS yang baru dilantik bagi menganggotai kabinet baru Azmin Ali di Selangor dirumus oleh pemerhati politik sebagai satu senario yang tidak wajar kerana parti Islam itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding PKR dalam PRU13 lalu.

Keputusan Menteri Besar (MB) Selangor, Azmin Ali mengurangkan jumlah Exco PAS kali ini mendapat bantahan  dari PAS Selangor kerana telah melanggar  perjanjian yang dicapai antara ketiga-tiga parti politik dalam Pakatan Rakyat (PR) sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Selangor berhubung isu pembahagian jawatan exco.

Tindakan Azmin Ali memberikan jawatan Timbalan Speaker Dun Selangor yang sebelum ini disandang oleh PKR dianggap PAS sebagai tidak adil kerana 'nilai' untuk jawatan timbalan speaker yang diberi itu tidak membawa apa-apa erti selain hanya menjadi pengendali ketika dewan bersidang.

Setiausaha PAS Selangor, Khairuddin Othman ketika bercakap kepada media telah menafikan kenyataan Azmin Ali sebelum ini yang mendakwa kononya PAS bersetuju dengan pengurangan kerusi exco tersebut.

Jelas Khairuddin lagi, PAS baik di peringkat pusat atau negeri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan bersetuju dengan keputusan yang dibuat Azmin.

Menurutnya lagi, pengusiran dua Exco PAS yang berjaya mencatat prestasi memberangsangkan semasa pentadbiran Khalid Ibrahim adalah tidak berasas sambil menyifatkan ia bermotikan dendam.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

3 ulasan:
Write comments
  1. Timb Speaker tak buat keputusan dasar. Ini berbedza dgn exco. Tapi gaji dan elaun mantap...susah nak buka mulut.

    BalasPadam
  2. PAS dah jadi kaldai tunggangan.

    BalasPadam
  3. hal ni sama lah bila berbagai pergolakan dalam pr yang disalahkan umno, itu alasan budak2 politik yg makin tua tapi biulnya menjadi2, dari awal sikuda kayu hadi awang main2 bila bercakap mb adalah hak pkr, sekarang jgn u-tern lah, kesempatan terbula luas pas kenapa tak mau jadi mb?? kerana bodoh dan bacul berani cuma depan umno saja, bila pkr dan dap kencingkan muka pas terus senyum tak tau keputusan apa yg hendak dilakukan balik.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.