Khamis, 25 September 2014

Boikot DAP, PKR Serta Mulut Celupar Nik Aziz Punca PAS Kalah Teruk PRK Dun Pengkalan Kubor

    11:55:00 PTG   1 comment

Pengkalan-Kubor-Bn-win

KEJAYAAN BN pada Pilihanraya Kecil DUN Pengakalan Kubur dengan menjoriti yang lebih besar kali ini sedikit sebanyak telah disumbangkan oleh faktor Nik Aziz dan kerja boikot yang dilakukan oleh PKR dan DAP.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kekal milik BN setelah calonnya, Mat Razi Mat Ail menang PRK N 01 menewaskan calon PAS, Wan Rosdi Wan Ibrahim, manakala calon bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary yang ditaja PKR kalah teruk serta hilang wang pertaruhan.

Antara faktor lain yang menjadi penentu BN menang bergaya  hari ini disebabkan oleh sikap pengundi yang sudah bosan dengan pergolakan isu menteri besar di Selangor dan kekecohan di Muktamar tahunan Pas kali ke-60 yang menjejaskan sokongan pengundi kepada parti itu.

Berdasarkan tinjauan pendapat yang dibuat melalui laman sosial seperti Facebook mengenai kekalahan teruk PAS di PRK Pengkalan Kubor, mejoritinya  menyalahkan DAP dan PKR kerana tidak membantu PAS sepanjang minggu kempen pilihanraya kecil berjalan.
Mengapa Penyakit Gangguan Jin Tak Sembuh-Sembuh? Klik sini
Turut dilaporkan, beberapa orang pemimpin PAS Pusat pro Anwar Ibrahim telah mengarahkan pengikutnya memboikot calon parti itu sehingga menyebabkan PAS tewas kerana hendak memberi peringatan kepada Presiden Parti, Hadi Awang supaya berundur.

PRK Dun Pengkalan Kubor terpaksa diadakan susulan penyandangnya Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar meninggal dunia ketika menerima rawatan di Guanzhou, China pada 20 Ogos lalu.

Beliau yang juga timbalan pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berjaya memenangi kerusi Dun Pengkalan Kubor semasa PRU13 lalu dengan majoriti 1,736 undi dalam saingan tiga penjuru mengalahkan calon daripada PKR dan Bebas.

Wak Jengkol

About Wak Jengkol

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments
  1. BN MENANG SEBAB BN PEMBANGKANG.PAS KALAH SEBAB PAS KERAJAAN.
    TRAND TERKINI PENGUNDI LEBIH SUKA PEMBANGKANG.
    BN KENA WASPADA DENGAN TRAND TERKINI TERUTAMANYA NEGERI-NEGERI YG DIPERINTAHNYA.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.