Sabtu, 25 Oktober 2014

Anwar Arah Azmin Batalkan Perjanjian Air Selangor

    9:05:00 PG   No comments

anwar-arah-azmin.jpg

Ketua Umum PKR (KETUM), Anwar Ibrahim, semalam telah mengarahkan Menteri Besar (MB) Selangor Azmin Ali supaya tidak menerima perjanjian air kontroversi negeri itu, sekiranya benar ia hanya menguntungkan Kerajaan BN sahaja.

Anwar yang juga merupakan bakal banduan Penjara Sg. Buloh kerana didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, mahu Azmin memastikan bahawa perjanjian tersebut benar-benar telus.

MP Permatang Pauh itu berkata, perjanjian yang dimeterai antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor semasa di bawah pentadbiran Khalid Ibrahim sebelum dipecat dari PKR turut menasihatkan Azmin supaya meneliti semula terma dan syarat perjanjian sekiranya ia menyebabkan rakyat terpaksa membayar lebih.

blog gadis
Klik foto untuk besarkan
Anwar dalam satu wawancara khas yang dikelolakan oleh sebuah portal berita pro Zionis yang beroperasi di Malaysia, cuba mengaitkan masalah peribadinya dengan perjanjian air Selangor apabila mendakwa pemimpin tertentu dalam Kerajaan telah menghalangnya dari campurtangan dalam perjanjian ini.

Semalam The Star melaporkan Azmin sebagai berkata beliau tidak akan menarik perjanjian antara kerajaan negeri dan pusat itu untuk memastikan bekalan air yang efisien dan berkualiti di negeri Selangor

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.