Selasa, 10 Februari 2015

Minta Pengampunan Tuhan, Bukan Dengan Agong Lah Setannnn

    10:15:00 PTG   1 comment

anwar-liwat-penjara
 
Laluan perundangan untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim merayu berhubung hukuman penjara lima tahun terhadap kes meliwat bekas pembantu peribadinya telah sampai ke penghujung dengan pilihan terakhirnya ialah memohon pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong, kata pakar undang-undang. 
    
Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ini kerana Mahkamah Persekutuan merupakan badan perundangan tertinggi di negara ini dan apa jua keputusan yang dijatuhkannya tidak dapat dirayu.
    
Beliau berkata Anwar hanya boleh dilepaskan daripada hukuman penjara jika mendapat pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong. 
    
"Perkara ini tertakluk di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang menyebut pengampunan boleh diberikan oleh Yang di-Pertuan Agong," katanya kepada Bernama.
    
Mahkamah Persekutuan hari ini menolak rayuan Anwar untuk mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang diputuskan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas terhadap pertuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang ketika itu berumur 23 tahun, di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di sini antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.    
   
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, yang mengetuai lima anggota panel hakim, menyampaikan penghakiman itu dan mengekalkan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan.
    
Ahmad Marthada berkata Lembaga Pengampunan dianggotai oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Peguam Negara dan tiga ahli yang dilantik, dan dipengerusikan sendiri oleh Yang di-Pertuan Agong.
    
Pengampunan untuk pembebasan oleh Yang di-Pertuan Agong untuk seseorang pesalah biasanya dibuat pada hari keputeraan Seri Paduka selepas pihak kerajaan mencadangkan kepada baginda untuk berbuat demikian.
 
Berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan itu, Pensyarah Geostrategis Universiti Teknologi Malaysia, Dr Azmi Hassan berkata ia satu manifestasi bahawa semua rakyat adalah sama rata di bawah undang-undang.  
    
"Ia adalah adil tidak kira kepada rakyat biasa atau yang mempunyai kedudukan," katanya. 
    
Katanya, proses penghakiman juga mengesahkan bahawa mahkamah membuat keputusan atas dasar fakta yang dihujah dan bukannya kerana pengaruh luar misalnya seperti politik tempatan.
    
Penganalisis Politik, Dr Baharuddin Aziz keputusan tersebut merupakan satu keadilan kepada mangsa iaitu Mohd Saiful Bukhari yang selama ini berdepan tekanan hebat daripada masyarakat dan tohmahan pembangkang ke atas beliau.
    
"Ini soal maruah diri, tiada insan yang mahu mendedahkan keburukan yang terjadi kepada dirinya terutama yang berkaitan dengan kehormatan dirinya,    
 
"Tambahan pula dia merupakan rakyat biasa yang tidak punya sebarang pengaruh dan terpaksa berjuang selama tujuh tahun untuk membuktikan dirinya di pihak yang benar," kata bekas pensyarah kanan Jabatan Komunikasi Universiti Islam Antarabangsa itu. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

1 ulasan:
Write comments
  1. SETUJU WJ! ALLAH SWT itu memang MAHA ADIL!

    Syukur ALHAMDULILLAH kerana adik MALANG kita, Saiful dan isteri TERCINTAnya dah dapat PEMBELAAN yg. ADIL!

    Yg. si penyokong mamat-SODOM-kelawaq dari Islam/Melayu-BANGANG kan baik BERJUANG mcm. PERWIRA TULEN untuk nasib saudara se ISLAM kita, BUMIPUTERA PALESTIN; yg. benar-benar TERTINDAS oleh si PENJAJAHAN-amat-BUAS si Barat-Zionis-KEPARAT!

    Tapi si BANGANG-BANGANG ni tak sudah-sudah, dok asyik MEMUJA si puak PEROGOL SODOM pula - dahlah tu, yg. asyik MENJILAT kasut si puak Zionis! Dasyat betul!

    Nek Tempoyak.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.