Sabtu, 7 Februari 2015

Setiausaha Agung PAS Beri Amaran, Hadi Awang Bukan Anjing Suruhan DAP

    11:37:00 PG   1 comment

mustafa-ali-Setiausaha-Agung-PAS

PAS menegaskan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak perlu memberi kata dua kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menghadirkan diri dalam mesyuarat Pakatan Rakyat apabila rekod kehadiran beliau sendiri dipersoalkan.

"Lim juga tidak hadir dalam kebanyakan mesyuarat," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Mustafa berkata Hadi tidak bertanggungjawab untuk menjawab kepada jawatankuasa eksekutif pusat DAP apabila ia melibatkan soalan sama ada beliau akan menghadiri mesyuarat Pakatan Rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas amaran Lim bahawa mesyuarat Pakatan tidak akan diteruskan pada Ahad sekiranya Hadi tidak menghadirkan diri.

"Presiden PAS akan hadir tetapi bukan kerana desakan DAP," kata Mustafa.

Krisis dalaman Pakatan Rakyat timbul selepas insiden Langkah Kajang pada tahun lalu yang bertujuan untuk melantik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Selain itu, kemelut itu semakin meruncing apabila PAS Kelantan mahu meneruskan hasrat untuk membentangkan pelaksanaan hukum hudud di Parlimen dan keengganan PAS menyokong pilihan raya kerajaan tempatan yang diperjuangkan DAP.

Mustafa berkata beliau untuk menjelaskan kepada Lim bahawa PAS tidak pernah bersetuju untuk melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan.

Katanya, PAS juga tidak akan menyentuh mengenai hudud dalam mesyuarat pada Ahad walaupun Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggesa PAS untuk menerangkan berhubung agenda tersebut di Kelantan.

"Kami memerlukan sesi berasingan untuk membincangkan hudud," katanya.

PAS juga mengesahkan tidak akan menyertai mana-mana demonstrasi menyokong Anwar apabila Mahkamah Persekutuan mengumumkan keputusan rayuan kes liwatnya pada Selasa.

"PAS tidak akan turut serta walaupun kami menyokong Anwar. Kami akan serahkan (keputusan) kepada mahkamah," kata Mustafa.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.