Rabu, 25 Mac 2015

Hasan Malek Tubuh 'War Room' Pantau Harga Barang

    10:42:00 PTG   2 comments

hasan-malek-war-room

Kementerian Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menubuhkan 'war room' atau bilik gerakan bagi memantau aduan pengguna dan menyelaras tindakan susulan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini.

Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, bilik gerakan yang bertempat di bangunan kementerian itu di sini akan beroperasi 24 jam dengan dikendalikan 40 petugas secara bergilir bagi mendapatkan situasi kesan pelaksanaan cukai berkenaan.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan penerbitan semula Buku Kod Etika Perniagaan Malaysia (EPM) di sini hari ini, beliau berkata bilik gerakan itu akan memastikan setiap aduan diberi perhatian untuk ditangani segera oleh 2,000 anggota penguatkuasa kementerian yang bersiap siaga di seluruh negara.   

"Dalam war room itu kita tempatkan segala kemudahan dan peralatan yang membolehkan setiap laporan yang diterima berhubung tindakan peniaga dikumpul sebelum disalurkan kepada bahagian penguatkuasaan di negeri atau kawasan berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.   

Pelaksanaan GST pada kadar enam peratus adalah bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkadar keseluruhan 16 peratus.   

"Kita lakukan demi kebaikan rakyat dan kementerian memerlukan kerjasama daripada pengguna untuk menyalurkan laporan bagi membolehkan tindakan diambil," katanya, sambil menambah bilik gerakan yang akan dilancarkan dalam masa terdekat itu boleh dihubungi di talian 03-88826245.  

Hasan berkata, beliau yakin hubungan dan kerjasama erat yang diterima pihaknya daripada semua peringkat perniagaan memberi isyarat majoriti peniaga sudah sedia untuk bersama-sama kementerian menjayakan pelaksanaan GST.

Katanya 'engagement' yang dibuat kementerian dengan semua peringkat peniaga telah menghasilkan banyak kebaikan dan manfaat kepada rakyat seperti Kempen Penurunan Harga 2015 yang disertai beberapa pasar raya besar di seluruh negara.   

"Selain itu, kita juga telah melancarkan Buku Panduan Harga, melaksanakan Op Catut dan terkini menerbitkan semula buku EPM...ini semua dibuat untuk pastikan pelaksanaan GST tidak dijadikan alasan untuk menaikkan harga barang," katanya.   

Mengenai EPM, Hasan berkata, buku yang mengandungi 10 prinsip etika dalam perniagaan itu merupakan terbitan semula daripada buku kod etika perniagaan Malaysia yang pernah dikeluarkan kementerian pada November 2007 dengan ditambah baik supaya lebih 'mesra pembaca' serta disesuaikan dengan semua jenis perniagaan.   

Beliau berkata, antara tujuan Kod EPM adalah bagi menggalak dan memberi bimbingan kepada peniaga dan pekerja agar mengendali perniagaan secara beretika dan berintegriti.   

Buku tersebut diterbitkan dengan kerjasama Institut Integriti Malaysia (IIM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan. - Bernama

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Tolong PANTAU restoran/gerai-tepi jln. yg. makin BIADAP meletakkan harga-melambung-tinggi sesuka hati! Hari ni makan pasemboq kat kedai mamak sampai dekat $5; telur masin kat kedai Melayu pula separuh saja - $1! GERAMnya!!!!!!! Ikan MASIN kurau kering kat pasaraya pun sikit saja hampir $10!!!!! Dan aku jumpa dua budak mentah jual goreng pisang abu - lima-punya-kenit sampai $2!

    Dahlah tu, banyak restoran bukan main kotor lagi -pi saja Wangsa Maju; apahal restoran terutamanya yg. Bukan Bumiputera, boleh dibiaqkan MENGAMBIL ALIH jln-jln kat luaq kedai sampai kat jlnraya serta MENGOTORkan jln-jln ini dgn. MINYAK mahupun MEMASAK kat situ?! Mcm. "laws of the JUNGLE"!!

    GERAM betul dgn. peniaga-peniaga BIADAP/TAMAK mcm, ni!!!!

    Nek Tempoyak.



    BalasPadam
  2. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI.... KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.