Selasa, 28 April 2015

Elaun Guru Kafa Selangor Akan Ditambah Jika Ada Keperluan

    9:00:00 PG   3 comments

guru-kafa-selangor

Kerajaan Selangor tidak akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) untuk tahun ini, dan sekiranya ada keperluan, elaun itu akan dinaikkan tahun depan.

Perkara itu sedang diteliti semua pihak termasuk perbendaharaan negeri, kata Menteri Besar Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata kerajaan negeri buat masa ini sedang mengkaji keperluan menaikkan elaun itu agar bersesuaian dengan bebanan tugas yang dipikul guru berkenaan. 

"Kerajaan negeri pada prinsipnya telah bersetuju menaikkan elaun itu, tetapi persetujuan tersebut mesti diasaskan kepada keperluan bilangan guru dan peruntukan terlibat.

Juga adakah adil kita naikkan elaun sehingga RM1,500 dalam keadaan mereka (guru) ajar antara dua hingga tiga jam.

"Perkara ini mesti diteliti sebab ini wang rakyat yang perlu dibelanjakan dengan berhemah," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Maahad Tarbiyah Islamiah Al Ansar di Kampung Kuantan di sini, yang rosak akibat angin kencang pada 17 April lepas.

Azmin berkata demikian ketika diminta mengulas desakan seorang guru Kafa, Ekhsan Bukharee Badarul Hisham yang menuntut kerajaan negeri Selangor segera menaikkan elaun itu seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada PRU13.

Pada PRU13, kerajaan gabungan DAP, Pas dan PKR dalam manifesto mereka berjanji menaikkan elaun guru Kafa di Selangor daripada RM1,300 kepada RM1,500 sebulan.

Dalam perkembangan lain, Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR, berkata keengganan Dewan Pemuda Pas Negeri Pulau Pinang membantu gerak kerja pakatan pembangkang dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh tidak menimbulkan masalah.

Katanya ini kerana keseluruhan pimpinan Pas pusat termasuk timbalan presiden dan setiausaha agung menyatakan sokongan kepada calon PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pemuda Pas Pulau Pinang bertindak demikian kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan Angkatan Muda Keadilan negeri itu yang masih enggan memohon maaf kerana didakwa menghina Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhubung isu hudud.

Mengulas mengenai kenyataan Adun Hulu Klang Shaari Sungib bahawa pakatan pembangkang perlu menyingkirkan Pas jika kajian bebas mendapati parti itu tidak lagi sesuai berada dalam gagasan itu, Azmin berkata pimpinan Pas yang perlu membuat ketetapan berhubung perkara itu. - Bernama

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. elaun para yb2 naik xpe.yg mana yb2 banyk mbohong dp bkeje tmskla tdo waktu sidamg DUN!bgos sgt la tu..

    BalasPadam
  2. Salam...

    Mohon jasa tuan link kan blog :

    http://suaramelayubaru.blogspot.com/

    dalam bloglist tuan sebagai tanda sokongan kepada matlamat yang satu, memenangkan calon UMNO BN di Permatang Pauh dan Rompin.

    Terima kasih...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.