Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Isnin, 27 November 2017

Sanggup Cabut Gigi Tak Sakit Kerana Jururawat Cantik

    3:22:00 PTG   1 comment
Sexiest-Dentist-Ning-Chen-3

SEBUAH klinik pergigian kini tular dan diserbu ramai lelaki yang mahu bertemu dengan jururawat pergigian yang dilabel sebagai paling cantik di dunia.

Malah, ada antara mereka yang merayu kepada jururawat yang bertugas di klinik di Taichung, Taiwan itu supaya mencabut atau menampal gigi mereka walaupun gigi mereka sebenarnya tidak bermasalah.

Ning Chen, 25, menjadi perbualan warga internet di Taiwan setelah gambar-gambarnya memakai uniform merah jambu di tempat kerja tular dan menarik perhatian orang ramai.

Sexiest-Dentist-Ning-Chen

Laman Instagram miliknya yang kini mempunyai 29,000 pengikut dibanjiri dengan komen yang memuji kejelitaanya.

The Sun melaporkan terdapat lelaki telah pergi ke Taichung untuk membuat rawatan pergigian yang tidak perlu, semata-mata untuk mendekati dan bercakap dengan wanita itu.

Namun, lelaki-lelaki itu pastinya kecewa apabila mereka mendapat tahu bahawa Chen sudah memiliki kekasih.

Sexiest-Dentist-Ning-Chen-1

Bagaimanapun, Chen tidak melatah dengan tindakan-tindakan lelaki-lelaki 'nakal' itu dan tidak mengambil serius apa yang berlaku.

Menurut Chen, dia seakan tidak percaya dirinya adalah jururawat pergigian paling cantik di dunia.

"Saya gembira dengan pujian orang ramai. Saya juga syukur dengan perhatian yang diberikan oleh mereka semua.

"Saya menganggap perkara ini sebagai sesuatu yang lucu, tapi saya sangat gembira dengan kerja saya khsusnya melibatkan rawatan pemutihan gigi," ujar Chen.

Selasa, 27 Jun 2017

Tindakan DOJ Didalangi Rakyat Malaysia Sendiri

    3:01:00 PTG   No comments
Tindakan DOJ

KOTA BHARU - Tindakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengemukakan saman sivil terbaharu untuk merampas tambahan aset AS$540 juta yang didakwa diperoleh dengan dana yang diselewengkan dari 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah bersifat politik.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata ia berikutan DOJ tidak pernah membuat sebarang permohonan rasmi kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan atau maklumat lanjut terhadap tuntutan yang dikemukakan oleh mereka.

"Jika mereka minta (sebarang maklumat berkaitan 1MDB) adalah menjadi tanggungjawab kita untuk memberi bantuan. Jadi saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik.

"Tindakan DOJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Hari Keluarga Tok Awang Gagah di Salor, di sini, hari ini.

Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 anggota keluarga keturunan Tok Awang Gagah atau nama sebenarnya Awang Kamarudin yang merupakan salah seorang pendekar yang digeruni di Kelantan sekitar 1920-an. Mohamed Apandi merupakan cicit kepada Awang.

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam surat terbukanya baru-baru ini dipetik sebagai berkata sejarah mengajar bahawa campur tangan  asing dalam hal ehwal dalaman negara hanya akan membawa kerugian.

Beliau turut dipetik sebagai berkata mereka yang mahu orang asing campur tangan dalam hal ehwal Malaysia untuk mendapat keuntungan politik adalah ‘tidak beriman dan budiman’. - Bernama

Khamis, 31 Mac 2016

Banyak Pihak Lega Dr Mahathir Lepas Jawatan Pengerusi Proton

    11:15:00 PTG   1 comment
mahathir-undur-proton

Berita pengunduran mantan perdana menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Proton diterima baik semua pihak memandangkan negarawan itu tidak lagi menyokong kerajaan hari ini.

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, tidak kira siapapun yang menjadi pengerusinya perjalanan syarikat pengeluar kereta nasional itu tidak akan terjejas sama sekali.

Jelas beliau, Proton dikendalikan oleh pihak pengurusan dan ahli lembaga pengarah, oleh itu tidak timbul sebarang masalah sekiranya pengerusinya mengundurkan diri.

"Mungkin beliau menyedari bahawa tiba masanya untuk beliau melepaskan jawatan itu kepada orang lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Mengenai sama ada peletakan jawatan Dr Mahathir boleh membawa kepada perubahan persepsi syarikat itu, Hamzah berkata, perkara tersebut bergantung.

"Tetapi mereka (di dalam Proton) fikir ia adalah baik untuk syarikat," katanya.

Hamzah berkata, perletakan jawatan itu merupakan hak Dr Mahathir jika keputusan berkenaan adalah berdasarkan kepada isu politik.

Rabu, 30 Mac 2016

Prestasi Ringgit Semakin Mengukuh

    10:39:00 PTG   No comments
ringgit-malaysia-kukuh

Ringgit naik hari ini ke paras terkukuhnya pada 3.9385/9455, yang kali terakhir dicatatkan pada 11 Ogos 2015 setelah terdapat sokongan belian daripada pengeksport.

Ringgit menokok 575 mata asas untuk mencecah paras tertinggi dalam tujuh bulan berbanding 3.9960/9030 semalam.

Mata wang tempatan melepasi paras psikologi minggu lepas tetapi gagal mengekalkan momentum setelah tiada sokongan berterusan.

Sejak Isnin, mata wang mula naik setelah sokongan belian muncul kembali daripada pengeksport yang membeli ringgit pada penyelesaian akhir bulan.

Mata wang tempatan terus naik kepada 3.98 pada hari berikutnya selepas harga minyak mentah meningkat kepada US$40 setong.

Seorang peniaga berkata kenyataan Pengerusi Rizab persekutuan Janet Yellen berhubung dasar monetari juga membantu sentimen pasaran.

"Kenyataan beliau bahawa Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan berhati-hati dalam menyelaraskan dasar telah diterima baik pasaran," kata seorang peniaga, sambil menambah ini menunjukkan kenaikan kadar faedah AS perlahan pada masa depan.

Berbanding sekumpulan mata wang utama, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 2.9157/9215 daripada 2.9185/9257 semalam dan meningkat berbanding yen kepada 3.5087/5159 daripada 3.5133/5204 sebelumnya.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.4580/4667 daripada 4.4675/4770 dan naik kepada 5.6667/9776 daripada 5.6939/9059 berbanding pound pada Selasa. - Bernama

Isnin, 17 Ogos 2015

Justo Dipenjara 3 Tahun, Pembeli Maklumat Curi Masih Bebas

    10:16:00 PTG   2 comments
imdb-justo

Bekas eksekutif teknologi maklumat (IT) PetroSaudi, Xavier Andre Justo dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana cuba memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Pegawai mahkamah berkata, hakim Mahkamah Jenayah Selatan Bangkok memutuskan warga Switzerland yang berusia 49 tahun itu menjalani hukuman serta-merta dan dipenjarakan sepenuhnya di penjara Thailand.

Difahamkan hukuman penjara enam tahun dikurangkan kepada tiga tahun selepas mempertimbangkan pengakuan bersalah Justo.

Justo didakwa di bawah Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, yang membawa hukuman penjara antara setahun dan 10 tahun, serta denda antara 2000 baht dan 20,000 baht.

Pegawai mahkamah berkata, Justo mempunyai tempoh selama 30 hari untuk mengemukakan rayuan.

Peguam Lawyer, Pranot Kalanuson ketika dihubungi berkata, beliau akan mengadakan rundingan dengan anak guamnya mengenai langkah seterusnya.

Khamis, 4 Jun 2015

AirAsia, Malindo Air Sedia Bela Nasib Pekerja MAS

    10:34:00 PTG   1 comment
Tony-Fernandes-air-asia
 
Dua syarikat penerbangan tempatan iaitu AirAsia dan Malindo Air sedia menawarkan peluang pekerjaan kepada kakitangan Malaysia Airlines System (MAS) yang terlibat dengan pemberhentian kerja berikutan penstrukturan semula syarikat itu.
 
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, perkembangan positif itu adalah kesan daripada keuntungan yang diraih jika negara mempunyai lebih daripada satu syarikat penerbangan.
 
"Ini satu petunjuk baik dalam bidang penerbangan apabila kita ada banyak syarikat penerbangan yang boleh menampung keperluan kakitangan yang diberhentikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan perkhidmatan Malindo WiFi, Malindo Mobile dan majalah Malindomag di Lapangan Terbang Antarabangsa KL 2 (KLIA2) di sini hari ini.
 
Pada Isnin, Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Christoph Mueller berkata jumlah sebenar kakitangan MAS yang bakal diberhentikan hanya akan ditentukan dalam tempoh dua minggu lagi, kerana ia bergantung kepada keputusan 14,000 kakitangan syarikat penerbangan itu sama ada mahu menerima tawaran kerja baharu daripada MAS atau sebaliknya. 
 
Mueller berkata mengikut perancangan seramai 6,000 kakitangan MAS akan menerima surat pemberhentian pekerja dan 14,000 lagi akan menerima surat tawaran kerja bermula 1 Jun. 
 
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malindo Air Chandran Rama Muthy berkata syarikat penerbangan itu menawarkan sejumlah 500 peluang pekerjaan kepada bekas kakitangan MAS dalam pelbagai jawatan.
 
"Kami sudah dapat permohonan daripada kakitangan MAS untuk macam-macam jawatan termasuk juruterbang, pramugari serta jawatan bukan teknikal seperti pemasaran serta penjualan tiket," katanya.
 
Chandran berkata pada dasarnya Malindo Air mempunyai 600 kekosongan jawatan sehingga hujung tahun ini, namun syarikat itu memberi keutamaan kepada bekas kakitangan MAS untuk mengisinya.
 
"Adalah lebih baik untuk mengambil bekas kakitangan MAS kerana mereka sememangnya mempunyai kemahiran dan pengalaman," katanya.  - Bernama
Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Zoner. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.