Ahad, 1 Ogos 2010

Atas nama cinta, ku ukir nama mu ditangan ku..Ada berani!!

    5:04:00 PG   13 comments


KUALA LUMPUR: Biarpun masih di bangku sekolah, ramai remaja perempuan kini dikesan mengelar lengan hingga berdarah untuk menulis nama kekasih masing-masing, kononnya atas nama cinta.Mereka melakukan perbuatan itu menggunakan pisau kecil atau mencucuk lengan dengan jarum bagi menghasilkan kesan parut seolah-olah tatu. Perbuatan itu yang menjadi ‘trend’ terkini di kalangan remaja perempuan didedahkan pakar motivasi dan kaunseling remaja, Ahmadi Din berdasarkan pengalamannya mengendalikan beberapa kes gadis bermasalah. Ahmadi berkata, baru-baru ini sepasang suami isteri meminta khidmatnya untuk mengatasi masalah anak gadis mereka yang sukar dikawal selepas terjebak aktiviti tidak bermoral dan dia mendapati tangan remaja itu ada kesan torehan nama teman lelakinya.“Ibu bapa gadis berusia 16 tahun mengadu anak mereka terjebak pelbagai kegiatan tidak bermoral termasuk menghidu gam, merokok, ponteng sekolah dan suka berfoya-foya di disko. “Selepas mendekati gadis itu saya mendapati lengan tangan kirinya yang mempunyai tanda parut tertulis perkataan yang bermula dengan huruf A. Apabila saya tanya, dia memberitahu tulisan itu nama teman lelakinya,” katanya.Menurutnya, gadis terbabit mengaku sengaja melukakan tangannya menggunakan jarum sehingga berdarah bagi mengukir nama kekasihnya yang berusia setahun lebih muda daripadanya.“Dia memberitahu perbuatan itu dilakukannya kerana terpengaruh perbuatan sama oleh rakan sebaya yang mengukir nama kekasih masing-masing pada lengan atau pergelangan tangan.“Tanpa berselindung, dia mendakwa perbuatan menoreh lengan itu dilakukan bagi membuktikan kesetiaan dan rasa cintanya yang mendalam terhadap kekasihnya yang belajar di sekolah sama,” katanya.Ahmadi berkata, remaja terbabit tanpa rasa bersalah mendakwa terlalu sayangkan teman lelaki menyebabkan dia hilang pertimbangan dan berani melakukannya. “Perbuatan itu juga tidak ubah seperti pertandingan bagi membuktikan siapa paling hebat dan berani di kalangan gadis sebaya. Mereka langsung tidak ragu-ragu melakukannya hanya untuk bermegah. Siapa yang mempunyai parut nama paling panjang dianggap paling berani. Baca seterunya di Metro


Wak J says

Wow...ada berani ka meniru aksi ini terutama bagi remaja-remaja perempuan di luar sana. Memag dahsyat beb..lukis nama boyfriend di tangan pakai pisau. Satu lagi kerja bodoh dan idiot yang dilakukan oleh segelintir remaja perempuan zaman sekarang. Macam dah habis cara lain untuk buktikan cinta pada seseorang. Cara tu juga yang dipilih. Mesti banyak sangat menonton cerita yang bukan-bukan dan terpengaruh dengan  kawan-kawan berperangai tak senonoh. Tubuh badan sendiri yang sakit, belah laki juga yang sedap-sedap.Wak harap kejadian ni dapat dijadikan iktibar kepada remaja perempuan di luar sana supaya tak terikut-ikut budaya yang macam ni. Nasihat wak pada remaja-remaja yang sedang hangat bercinta  sekarang ni, jangan buat sesuatu perkara yang tak masuk dek akal atas sebab terlalu sayang atau cinta pada seseorang. Jangan bagi cinta 100% pada lelaki yang belom lagi menjadi hak milik anda yang sah.Kelak badan yang merana.

Don't be a STUPID, because of LOVE

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. Saya Suka :)
    hahaha gila budak2 skrg =.=

    New Entry Prof-Hariz
    Cinta Terakhir Aiman

    BalasPadam
  2. Kalau berani, ukir di dahi...lagi sejati cintanya tu!




    Masalah mrid bercinta terlampau, adalah cabaran yg sering saya hadapi di sekolah. Lain bangsa, lain jenis gilanya.

    BalasPadam
  3. Salam to all

    Hariz

    Budak-budak zaman skrg mmg gila, hilang akal dibuatnya..

    CKlah

    Kalau ukir kt dahi nati len pulak jadinya..kalu wak berani potong kuku je. Murid cinta terlampau..aksi cinta terlampau pun ada versi budak sekolah..dunia nak kiamat kut...insaf

    BalasPadam
  4. budak zmn skrg dh xde otak kot..binatang pn lagi crdik drpd diorang..

    BalasPadam
  5. salam..

    Bukan masalah xde otak..ada..cuma kurang pakai je otak yg kt atas..biasa org mcm ni guna otak yg kt bawah...otak di kepala lutut..ssbb tu jd cam ni

    BalasPadam
  6. Ini sudah hebat..Cinta korban tangan..

    BalasPadam
  7. salam

    cinta monyet.. biasalah.
    pemikiran pun dah lebih kurang mcm tuh.. let say kalau tiba2 putus,
    tak ke naya nak padam nama tuh dan bubuh nama baru..

    seriously.. kalut

    BalasPadam
  8. haha.buduh punya budak2 zaman sekarang.jgn la anak2 kita nanti terfolo benda2 macam ni.

    BalasPadam
  9. WJ: Mmg mengong=bengong budk2 skrg ni....sume x leh dijangka kerenahnyer!!!

    BalasPadam
  10. Pe yang penting kite kena pandai jaga diri sendiri.. Insya Allah selamat dunia akhirat.

    BalasPadam
  11. salam
    dulu kwn sy penah buat...
    ngeri jerk tgk tp couple tak lama pn..
    setaun 2 then putos..
    rugi jerk bersakit2 buat mende tuh!!

    BalasPadam
  12. tskpe, beso nnt diorang nyesallah tu... tu pun kalau ada perasaan kemanusiaan.

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.