Jumaat, 23 Julai 2010

Benci dapat baby perempuan.. Macam ini punya bapak pun ada?

    12:13:00 PTG   13 comments


AMPANG: Bagai hidup pada zaman jahiliah, seorang bapa tergamak mengasari isterinya disebabkan kecewa wanita itu melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung hasil perkongsian hidup mereka.
Sejak isterinya hamil dan diberitahu doktor anak dalam kandungannya dijangka perempuan, lelaki terbabit sering memukul isterinya.

Lebih menyedihkan, selepas bayi perempuan itu dilahirkan, dia menjadi mangsa perbuatan zalim bapanya dan perbuatan itu berterusan sehingga usianya kini lima bulan.

Dalam kejadian terbaru, dua beranak itu diperlakukan dengan kejam apabila lelaki terbabit memukul bayi dan isterinya selain turut mengurung wanita berkenaan apabila mangsa cuba melarikan diri.

Menurut sumber polis, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi, 7 Julai lalu apabila mangsa yang berusia awal 20-an ketika itu berada di rumah manakala suaminya yang bekerja sebagai pengutip barang lusuh baru pulang.

“Sebaik tiba di rumah, lelaki terbabit tiba-tiba menghampiri bayi perempuan mereka dan dalam keadaan naik angin dia melepaskan tendangan ke arah bayi itu yang berada dalam buaian. Baca seterusnya...

Wak J says..

Sedih bila baca berita ni kat Harian Metro, macam ni punya orang pun ada lagi kat muka bumi ni..wak ingatkan masa zaman Nabi je yang ada perangai jahiliah. Tak sangka zaman moden pun ada juga..Apa nak jadi la dengan dunia sekarang ni. Tak reti bersyukur langsung bila dapat zuriat. Kalau wak dapat baby perempuan, alangkah gembiranya hati. Semoga peristiwa yang berlaku dapat dijadikan iktibar kepada para ibu bapa termasuk wak sekali, Sayangilah harta dunia dan akhirat yang kita miliki sekarang. Bila dah kehilangan, nak rasa menyesal pun dah tak berguna lagi. Minta dijauhi perangai-perangai macam ni..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. sgt celaka ada manusia macam ni dalam dunia.




    .

    BalasPadam
  2. tu la pasal..harap diberi petunjuk oleh Allah..

    BalasPadam
  3. Ya Allah,So Sad...
    Kesiaan kat baby tu kang..
    Bayangkan baby sekecil tu d perlakukan sedemikian....
    errrrmmmm,manusia akhir zaman.;(

    BalasPadam
  4. salam ziarah...tuan tanah..semoga tuan tanah sihat hendaknya

    BalasPadam
  5. Linda

    Nak wat lagu mana tula hakikat yang kita kena terima..manusia akhir zaman. minta dijauhi diri kita dari perangai mcm tu..

    shahromnasrudin

    salam kembali..terima kasih sudi jengul blog wak..sihat untuk diri adan juga..

    to all..selamat berbloger..peace

    BalasPadam
  6. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
    DISINI

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

    BalasPadam
  7. Releks...jgn emo..doa2 la agar terbuka pintu hati terbuka tuk menerima rezeki dari Allah

    BalasPadam
  8. klu xnak anak tu bg la org lain bela..xyah la wat anak camtu..

    BalasPadam
  9. astafirullahalazim.... nape pemikiran bapak die cam tue... isk2... zaman dah semakin nak kiamat....

    BalasPadam
  10. ish...bengong betoi pak macam ni...ingat zaman jahiliah dulu ja ada...

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.