Isnin, 19 Julai 2010

Tip-Tip Bagi Yang Baru Nak Belajar Buat Drawing

    7:19:00 PTG   13 comments

Salam...

Wak nak berkongsi sedikit tip supaya kita pantas bila nak buat drawing guna AutoCAD. Tip-tip yang wak nak beri ni semua berdasarkan pengalaman wak, kalau ada tip-tip lain yang wak tak sebut, ingatkan wak yer.


Tip 1 : Mouse dan Keyboard yang baik serta selesa.
Dua benda yang wak sebut ni amat peting bila kita nak mula buat drawing, kerana ia menentukan kelancaran dan keselesaan semasa buat drawing. Pilih keybord yang sedap dan selesa semasa kita menekanya, begitu juga dengan mouse. Pastikan mouse kita tu versi terbaru yang ada scroll roller di tengah-tengahnya. Ia sangat berguna samasa kita hendak melakukan kerja-kerja ZOOM dan PAN. Untuk keyboard pula, cari la jenis butang-butangnya senang dan mesra bila ditekan, takde la selalu tersangkut-sangkut macam keyboard yang tak pernah dibersihkan, penuh daki..buat kerja biar smooth...


Tip 2 : Setting Up Right Click Customization
Untuk setting bendalah ni kita kena taipkan command OP (option) dan tekan enter. Nanti terkeluar lah window seperti dekat gambar atas tu. Anda setting ikut sebiji sama macam yang wak tunjuk tu. Wak suruh buat ni bukan pe, takde lah nanti setiap kali kita nak ulang command yang sama, dengan kaedah right klik asik keluar benda macam kat gambar bawah ni, memang leceh. Tapi kalau anda suka cara tu, apa salahnya, asalkan anda bahagia.


Tip 3 : Mengawal Pergerakan Jari & Kedudukan Tangan
Bagaimana rupa bentuk jari jemari anda? Panjang, pendek, kontot atau bengkok sikit. Semua tu tak menjadi halangan untuk anda menjadi sifu dalam AutoCAD. Kedudukan tangan dan jari kita mestilah sentiasa relax. Kalau boleh elakkan dari memakai jam tangan semasa buat kerja, kerana ia boleh mengganggu kosentrasi masa nak buat kerja..memang kacau betul..Sapa yang left handed tu wak tak tahu macam mana nak terangkan, sebab wak right handed..jgn mare yer..nanti kena jual..bab-bab jari ni wak tak dapat nak citer panjang lebar, sebab semuanya ikut keselesaan sendiri.


Tip 4 : Butang ESC
Kenapa butang ESC, tak butang lain yang ada pada keyboard..Butang ESC berfungsi untuk meng-CANCLE-kan segala command AutoCAD yang kita tidak perlukan. Setiap kali buat drawing, anda pasti akan setiasa menekan butang tersebut sampai hilang tulisan ESC yang ada kat butang tu..hehehe. Rajin-rajin la tekan butang ni..

Ada empat tip yang sempat wak berikan untuk posting kali ni..nanti kalau ada tip-tip yang lain muncul dalam ingatan, wak akan share this tips pada anda semua..selamat praktis..

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. salam..

    sori sbb nak komen takde kene mengena dgn entry.. eheh.. nk tulis kt shoutbox, xde.. huhu..

    thanx coz follow my blog.. dan.. eh, kite sekampung la.. asal belitong?? tp tak penah nampak pon.

    btw, salam kenal.. (^__^)v

    BalasPadam
  2. Salam kembali..

    Komen je asal boleh..kita sekampung ek..awk mmg x pernah npk pun..wak jarang de kt belitong..hidup merantau kt negeri org skrg ni..
    pepun salam perkenalan..

    BalasPadam
  3. dulu tak skola rendah kt belitong ke? saya skola rendah kat sne, tp skola menengah kt kluang. saya pon merantau gak nih.. skang da jarang pegi belitong coz kitorang da pindah dok ulu penggeli plak..

    BalasPadam
  4. dari darjah 1 sampai form 5 sekolah kt belitong.. patut pun sekolah kt kluang..mmg x pernah npk la..pindah dok penggeli? kawen ngan org sana ka?

    BalasPadam
  5. owh.. ye ke? x penah nmpk pon mse skola rendah? bkn kawen dgn org sane la.. lom kawen lg.. hehehh.. ayah kne pindah kje kat sane. da 2 thn gak la kt ulu penggeli.

    BalasPadam
  6. mmg x pernah npk, masa sekolah rendah dulu muka budak2 lg..lagi kan la skrg ni..oo lom kawen lg..anak peneroka ke ni..

    BalasPadam
  7. tak la.. ayah staf felda.. tu yang kene pindah..

    BalasPadam
  8. erm..patut pun..ank staf felda..
    klu awak anak peneroka mesti wak kenal..dulu x ramai kawan ngan anak staf felda..lg la klu yg pompuannye

    BalasPadam
  9. 2 la..tp sye rmi gk kwn dgn ank peneroka.. tp yg sme batch la.. batch lain tak npe knl..

    BalasPadam
  10. Salam Bro,
    Blog anda telah aku masukkan ke dalam Bloglist "Blog-blog Followers". Terima kasih mendaftar sebagai "Followers" di blog aku.

    Pengumuman:
    21/07/2010 jam 10.00 pagi. Dr Halimah akan berada di IKYS

    Aku yang bingai

    BalasPadam
  11. baca jugak entri ni walopun tak faham. ngaji takat sekolah pondok je. hmmmm...



    .

    BalasPadam
  12. Tak paham xpe..wat2 tambah ilmu..
    mana la taw 1 hr nt..ter..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.