Rabu, 25 Ogos 2010

Bahana Main Mercun

    3:41:00 PG   4 comments



KOTA BHARU: Tindakan berani seorang murid prasekolah menyalakan mercun botol ditemui ketika bermain bersama adik perempuannya di kawasan rumah mereka membawa padah apabila dia melecur di muka akibat letupan mercun itu dalam kejadian di Kampung Bilut Banggul dekat sini, pagi semalam.

BERBALUT...Mohd Haziq cedera dua jari tangan kanan akibat terkena mercun ketika bermain bersama kakaknya Nurin Imani yang turut cedera di lengan kiri. Dalam kejadian jam 9 pagi, mangsa, Raja Afzan Raja Zakaria, 6, bersama adik perempuannya, Raja Hayati, 5, bergegas pulang ke rumah sambil meraung kesakitan apabila mukanya cedera teruk.Ibunya yang dikenali sebagai Che Nab, 30-an, kemudian meminta bantuan sepupu anak saudaranya, Eddy Sofian Li, 21, untuk membawa anak ketiga daripada enam beradik itu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini untuk rawatan. Sumber Harian Metro



Wak J say

Ini lah bahananya akibat bermain dengan mercun, tak kira samada mercun itu kita beli sendiri atau terjumpa di mana-mana tempat sekali pun. Sempena musim hari raya ini, ibu bapa harus lebih peka dalam mengawal pergerakan anak mereka samada di luar atau dalam rumah. Pantau segala tingkah laku dan hal-hal yang anak kita sedang lakukan. Lebih-lebih lagi apabila anak-anak ini bermain dengan mercun.

Wak tumpang simpati atas apa yang berlaku kepada adik kita ini, baru berusia enam tahun sudah ditimpa malang akibat mercun. Apa boleh buat benda sudah jadi. Kepada ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih kecil beringtlah dengan peristiwa ini. Saban tahun bila setiap kali musim hari raya pasti kejadian seperti ini berlaku. Putus jari, buta mata dan baru-baru ini kanak-kanak mati akibat mercun,

Terdapat segelintir ibubapa menggalakkan anak mereka bermain mercun tanpa memikir bahaya yang akan menimpa jika tersilap langkah. Sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli mercun. Alangkah baiknya sekiranya duit yang lebih itu digunakan untuk sesuatu yang bermanfaat. Ada juga terdapat bapa-bapa yang turut sama bermain mercun bersama anak-anak mereka, ini adalah satu contoh yang tidak baik, dan tidak seharusnya ditunjukkan didepan anak-anak dikhuatiri akan menjadi ikut-ikutan.

Wak pun sudah lama meninggalkan kegiatan bermain mercun ini, bila difikir kemabali tidak ada satu faedah pun yang wak dapat, duit hangus terbakar ada la. Mamang tak dinafikan bermain mercun ini amat seronok sekali, lagi-lagi ketika usia kanak-kanak, keseronokan itu jelas terasa apabila menjelang hari raya. Orang kata kalau tak ada mercun nanti hari raya tak meriah. betul ke tidak wak tak pasti apa yang orang kata itu.

Untuk mencegah masalah ini pihak berkuasa harus melakukan pemantauan yang kerap terhadap premis-premis yang disyaki ada  menjual mercun, gunakan peruntukan undang-undang yang ada unutk menahan penjual mercun atau menyita barang-barang mereka. Dengan penguatkuasaan ini permintaan terhadap mercun akan berkurangan, Sebagai masyarakat perihtin kita juga boleh turut sama membantu pihak berkuasa dalam membentras penyeludupan dan penjualan mercun yang kian berleluasa apabila tiba musim perayaan. Akhir kalam dari wak "beringatlah  sebelum anak kita terkena"

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak..Peliknya hari puasa pertama lagi mercun dah berdentum.Kemana pergi penguatkuasaan.Nak cerita tahun lepas ada budak tempat aku main meriam,bila dicucuh meriam tak meletup agak lama dia pun jengak ke muncungnya..apa lagi meletup..nasib baik tak kuat..asap je..pun begitu kehospital juga dengan muka hitam legam....ish..ish.

    BalasPadam
  2. WJ: ada jerk mangsa mercun every year kan! x tau nk ckp pe dh....

    BalasPadam
  3. ....yg buat mercun orang Cina...yg putus jari orang Melayu...budak2 Melayu rajin buat eksperimen....tapi mase belajo sains x nk pulak serius...
    Papepun...sy teringat mase zaman2 sy kecik...sy xberani nk main mercun....main bungapi jer...skrg mercun paling selamatialah mercun bawang ....hahahaha

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.