Sabtu, 4 September 2010

Bila si Jahil buat lawak..semuanya nampak bodoh & kelakar..

    11:08:00 PTG   8 comments


BESUT, Meski pun Barisan Nasional (BN), khususnya Umno begitu beriya-iya menjatuhkan imej dan kredibiliti PAS menerusi manipulasi isu-isu berkaitan agama dan sentimen Melayu kebelakangan ini, kegelojohannya berbuat demikian sebaliknya lebih mendedahkan kejahilan parti itu terhadap ilmu Islam sebenarnya.

Di masa sama, kebijaksanaan dan keikhlasan PAS menerangkan kedudukan sesuatu isu berlandaskan ilmu Islam yang sebenar akhirnya berjaya menambat hati rakyat negara ini menjadikan parti itu sebagai alternatif kepada Umno/BN.

“Rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan agar PAS menerajui dan mendidik mereka dengan ilmu Islam, yang sentiasa membawa sinar kebenaran yang tak boleh dipertikaikan,” tegas Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Menurutnya, para pemimpin PAS telah menunjukkan kematangan dan kebijaksanaan yang amat mengagumkan masyarakat, terutama kalangan bukan Islam, dalam menangani beberapa isu berkaitan Islam dan Melayu kebelakangan ini.

“Kita tidak mudah melatah, bukan macam para pemimpin Umno yang bagaikan hilang akal, dibantu surat-suratkhabar yang dikuasai mereka memainkan isu-isu agama secara ekstrem dan mengapikan isu perkauman yang sempit secara tidak bertanggungjawab,” katanya. Lanjut Di Haprak Daily



Wak J say

PUDURAYA TUNGGU KAU!!..Kenyataan lawak di atas wak ambil daripada petikan majalah "UJANG" versi PAS. Memang boleh pecah perut kalau anda membacanya. Kalau hari tu watak Mr Bean Pas dengan kebimbanganya terhadap ketua polis negara yang bakal dilantik tidak lama lagi. Kini tiba giliran Naib presiden Pas yang seterusnya iaitu Salahuddin Kuyub pula menjadi pak lawak untuk mengamatkan suasana politik tanah air dengan gelak ketawa..Kah..kah..kah. Gelaran apa agaknya yang sesuai untuk diberikan kepada mamat sekor ni. Mr Bean dah ada..Apa lagi ek yang belum?

Kalau kita baca petikan dari akhbar nyamuk tersebut memang rasa bangga dibuatnya, lagi lah bagi sesiapa yang menjadi ahli Pas, pasti lubang hidung mereka kembang kuncup tak henti-henti. Apa yang dicakapkan oleh si Kuyub ni seolah-olah hanya Pas serta ahli-ahli di dalamnya sahaja yang mempunyai kefahaman tentang agama Islam tinggi sampai mencecah langit.  Demi nak cover malu akibat di serang atas bawah oleh blogger yang pro pada kerajaan, dikatanya pula Umno jahil tentang agama islam. Lantak lah nak cakap apa.

Sebenarnya yang nampak lebih jahil pada pandagan wak ialah parti Pas itu sendiri termasuk-lah si Kuyub ni. Jahil sampai dah tak boleh nak diajar. Oleh kerana Pas ini terlalu pandai habis semuanya dipukul rata depan belakang sama sahaja. Kalau dulu mana hal-hal yang tidak boleh atau perkara itu tidak biasa dilakukan oleh mana-mana pihak, setalah Pas mendapat sedikit kuasa, kini semuanya jadi green light jalan terus, tanpa perlu peduli apa orang lain nak kata. Kalau ada sesiapa yang berani menegur tindak tanduk Pas ini pasti orang itu akan diberi gelaran sebagai orang yang jahil. Ada yang lebih teruk lagi, barang siapa menegur Pas ibarat menentang syariat Islam dan tak masuk syurga Pas.

Kenyataan yang paling wak tak tahan sekali, apabila si Kuyub ni mendakwa rakyat seluruh negara menunggu dengan penuh harapan dan impian supaya Pas dapat menerajui kepimpinan negara tanpa dipertikai oleh siapa pun. Mari gelak sebentar KAH..KAH..KAH. Ibarat bermimpi disiang hari, berani ke Pas nak langkah mayat Karpal Sink, Lim Kit Sial dan Brother A . B . I bila dia orang kojol nanti. Wak berani potong kuku kalau dalam hal ni. Alangkan member dalam Pakatan sendiri Pas gagal nak tarbiah, inikan pula satu negara.Boleh tergolek dog jadinya.

Menurut si Kuyub ni lagi pemipin Pas sudah matang dan mempunyai kebijaksanaan yang boleh mengangumkan masyarkat dalam menangani bebrapa isu yang berbangkit sebelum ini. Sebentar wak nak buang kahak hijau dimuka Pas dulu..Haaakk Tuihhhh!. Tak ada satu apa pun yang kita hendak kagumkan dengan Pas ini. Semuanya hampeh belaka. Satu sen haram pun tak guna. Segala tindakan yang diambil oleh Pas ini hanya sekadar untuk menutup rasa malu serta kejahilan sebilangan pemimpin mereka dari diketahui oleh masyarakat umum. Pas tak ada sumbang apa-apa pun di Malaysia ni melainkan ceramah maki hamun siang sampai malam dan mengutip derma dari lembu-lembu peliharaan Pas. Pesanan dari wak untuk Salahuddin Kuyub, lain kali bila bercakap tu pandang-pandang, bukan semua orang di Malaysia ni mudah termakan dengan kata-kata manis anda itu dan jangan nak samakan orang lain dengan lembu-lembu yang sedia ada dalam Pas dan Pakatan..Salam

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
8 ulasan:
Write comments
  1. Begitulah bila mereka rasa dah kuat sikit..mulalah riak timbul dan mengenepikan orang lain ..hanya PAS yang tahu dan maksum...boleh blah.

    BalasPadam
  2. blog wak J sekarang lebih fokus kepada politik ek?


    sj nak tanya. hehe.

    BalasPadam
  3. Salam semua

    Udanggalah
    sebab tu wak tak percaya pas dari dulu klu mcm ni lah perangainya.

    Gadis comel
    Jgn la tanya mcm tu. segan wak tau. sebenarnya jiwa wak mmg jiawa politk, dlm blog je wak luahkan, tp klu kat luar wak jarang ckp bab politik. sekarang ni wak tgh kumpul bahan untuk segmen engnering (cad cam). jgn risau blog wak jengkol tak kan lari dari matlamatnya. tp klu ade isu politik yg berbangkit wak balun dulu..

    BalasPadam
  4. Salam,nmpknya blog wak da tersasar dr tujuan asal iaitu utk berkongsi ilmu..blog politik da bnyk la wak...

    BalasPadam
  5. salam. Wak pinjam gambar wak !!

    BalasPadam
  6. Whаt i don't understood is if truth be told how you'гe no longer reallу much
    more neatly-аppreciated than you might bе nоw.
    You're very intelligent. You already know thus significantly on the subject of this topic, made me personally imagine it from so many numerous angles. Its like women and men don't
    ѕeem to be interеѕteԁ unlеsѕ it's one thing to do with Woman gaga! Your individual stuffs great. At all times handle it up!

    Also visit my website :: Have to Review Hotels Costs?

    BalasPadam
  7. I visited mаny web pagеs eхcept the auԁіο featurе for audio songs present at thіs website іѕ
    in fact fabulouѕ.

    Take a look at mу web blog - Thailand Phuket Hotels

    BalasPadam
  8. For hottest news уοu havе to ρay a visit web and on wοrld-wide-web ӏ found this web pаge aѕ а mοst eхcellent wеb site for newest updateѕ.


    my blog facebook resorts & travel

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.