Ahad, 19 September 2010

Gempar!! Kredibililiti Sam Ketot selaku ketua AMK telah digugat?

    9:42:00 PG   2 comments


Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata beliau kesal sikap yang ditunjukkan oleh Abdul Shukor Idrus kerana dilihat menghalang usaha murni TV Selangor membuka ruang diskusi berhubung bukan sahaja berhubung kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga rakan beliau tetapi juga mengenai masalah jenayah berat yang semakin membimbangkan masyarakat.

"Ketika saya ditemubual oleh TV Selangor apa yang saya katakan selari dengan komen Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Ismail Omar iaitu sekiranya pihak polis sedari awal lagi telah menyiasat beberapa kes yang berhubungkait dengan peguam yang menjadi suspek utama kes pembunuhan Sosilawati sudah tentunya beliau tidak dibunuh. Apa yang saya persoalkan sama seperti apa yang dikatakan Tan Sri Ismail.

"Media hanya timbulkan persoalan samada ada 'cover up' atau wujud elemen rasuah mengapa kes-kes terdahulu tidak disiasat secara mendalam dan terperinci walhal laporan polis adalah terhadap suspek yang sama yang didakwa terlibat dalam pembunuhan Sosilawati," tegas Shamsul ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau berkata pemimpim Umno dan media milik parti itu, Utusan Malaysia seolah-olah ingin mempolitikkan kes pembunuhan usahawan wanita tersebut dan bukan megambil peranan pro-aktif sebagaimana TV Selangor untuk mereda atau menurunkan kadar jenayah.

Abdul Shukor yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang mendesak TV Selangor disiasat kerana didakwa menyiarkan laporan mempersoalkan kewibawaan pihak polis berhubung siasatan terhadap suspek utama pembunuhan Sosilawati.

Beliau mendakwa kenyataan Shamsul yang disiarkan portal berita itu telah menjejaskan imej Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta mengganggu prosespenyiasatan.

Sehubungan itu laporan akhbar yang sama pada 16 September juga memetik kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang bercadang memanggil Shamsul berhubung komen beliau yang disarkan TV Selangor.

Namun Shamsul berkata pihaknya sedang menimbangkan untuk menyaman Khalid kerana kenyataan beliau telah mencalar kredibililitinya sebagai Ketua AMK dan seorang peguam.

Petikan dari Suara Keadilan Online

Wak J say

Perghh!! bukan main galak lagi abg sam ketot kita ni..Semenjak menawarkan diri untuk bertanding jawatan naib presiden PKR, makin teserlah segala ketokohan si ketot nih. Demi mangambil hati Bang Nuar, semua isu dibalunya. Kalau ada sahaja hal yang tidak berkenan di hati si Ketot ni semua hendak disamanya, tak kira siapa jua termasuk ketua polis sendiri. Kes pembunuhan kejam Dato Sosilawati dan rakanya belum masuk mahkamah lagi  dah sibuk nak cari publisiti murahan. Ada apa-apa ke bang Sam?. Oh! lupa pula wak, tak lama lagi akan diadakan pemilihan dalam parti, mungkin inilah masa yang paling sesuai untuk menonjolkan diri, supaya para perwakilan PKR dapat lihat si ketot ni mampu dan berupaya menjadi seorang pejuang keadilan yang tulen dan boleh diharapkan dalam parti apabila sudah memegang jawatan nanti.

Statment yang paling kelakar dan tak boleh tahan sekali keluar dari mulut si ketot ni, bila dia merasakan kredibelitinya sebagai ketua AMK dan peguam yang hebat tercalar dek kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua polis Selangor iaitu Khalid Abu Bakar. Gelak sebentar KAH..KAH..KAH..KAH..Apa la malang nasib PKR mempunyai ketua AMK yang sebegini rupa. Hentam saja la labu. Sekarang ni tengah ada peluang nak jadi HERO, tibai dulu cukup-cukup. Mana lah tahu ada chance menang masa pemilihan akan datang. Selamat berjaya  dari wak.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Samsul ayam serama nie dah ketandusan modal. Nasib sendiri sebagai peguam pun belum tentu lagi, bila-bila masa lesen guaman pun nak di tarik. Nasib sebagai katua AMK dah hampir ke penghujung, al juburi pun dah tak nak guna lagi...nasib lah kau si ayam (rakan-rakan masa kat "U" dulu panggil dia nie ayam aje).

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.