Ahad, 19 September 2010

Nicky Ajis frust...Media tak sokong demokrasi 'bull shit' ala PAS

    5:46:00 PG   2 comments

KOTA BHARU, 18 Sept: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, demokrasi di Malaysia berat sebelah dan tidak sepatutnya disokong pengamal media termasuk kaum wartawan.

Bahkan, katanya demokrasi yang berlangsung di negara ini adalah ‘mengarut’ apabila teori demokrasi itu sendiri tidak sama dengan amalan.

Justeru beliau yang juga Mursyidul Am PAS menambah, kaum wartawan tidak wajar memberi sokongan kepada Umno Barisan Nasional.

“Demokrasi di Malaysia memang langsung berat sebelah.

“Perdana Menteri Malaysia tidak datang merasmikan jalan dan Jambatan Sultan Yahya Petra, mereka tidak mengundang Menteri Besar, tahu-tahu jalan dan jambatan itu sudah pun selesai dibuka.

“Semasa Pak Lah menjadi Perdana Menteri dahulu pun, dia tidak mengundang Menteri Besar pada majlis rasmi yang diadakan.  Ini demokrasi apa seperti itu, demokrasi mengarut. Belajar di universiti lain, yang buat lain.

“Oleh itu tidak patut kaum wartawan menyokong Umno, tidak patut sokong barang salah. Biar mapus gi lah. Tidak patut wartawan sokong BN,” katanya pada Majlis Dialog Menteri Besar Bersama Wartawan di sebuah hotel di sini malam tadi.

PAS, katanya memohon supaya diberikan lesen radio dan televisyen sejak lama dahulu tetapi hingga kini masih tidak ditunaikan.
“PAS tidak ada radio dan tv, sedangkan negara dikatakan mengamal demokrasi. Demokrasi apa macam itu.

Beliau menambah, terdapat pebezaan kandungan akhbar Sinar Harian berbanding Utusan di mana dalam Sinar menyiarkan berita orang PAS dan Umno. Ekoran itu, beliau melihat sebahagian besar orang kampung sekarang ini jarang membaca Utusan. “Wartawan yang benar-benar ‘wartawan’ mereka tidak perlu berpihak kepada Pusat. Sepatutnya wartawan turut mengempen sama supaya Pusat memberikan lesen radio dan tetevisyen kepada negeri Kelantan,” katanya.

Wak J say

Alahai Pok Nik...dah nama demokrasi ciptaan manusia, mana ada yang 100% adil dan tidak berat sebelah. Kalau dapat 95% demokrasi yang adil dalam Malaysia ni pun dah kira bersyukur, jika nak dibandingkan dengan sistem demokrasi di negara lain. Wak rasa tak perlu  Pok Nik bersusah payah merayu pada pengamal media dan wartawan supaya menyokong Pas dalam sistem penyampaian berita mereka. Lagi pun bukan Pok Nik yang membayar gaji mereka semua. Ada mereka kisah. Wak percaya setiap wartawan yang ada di Malaysia telah tersemat dalam diri mereka tentang etika kewartawanan apabila menceburi bidang ini.

Kalau Pok Nik rasa demokrasi di Malaysia ni mengarut, apa kata Pok Nik pindah sahaja di Singapura atau Indonesia. Nak yang paling dekat sekali pindah duduk Siam. Baru lah Pok Nik tahu bahawa sistem demokrasi yang dilaksanakan di Malaysia lebih baik berbandingkan dengan negara lain.

Berdasarkan petikan berita yang wak cedok dari Haprak Daily, Pok Nik sebenarnya kecewa dan jeles kerana kurangnya publisiti yang diberikan oleh pengamal media dan para wartawan terhadap dirinya. Pok Nik merasakan standard dirinya sebagai Menteri Besar dan Mursyidul AM Pas telah jatuh paras buku lali. Sebab itu diungkitnya hal-hal yang dah lepas. Itu la Pok Nik kita, gila galmour juga ya.

Nampaknya  PAS dah mula bimbang kerana segala penipuan, keburukan dan kekalutan yang sudah lama bersarang dalam parti tersebut serta rakan pakatanya telah mula tersebar ke seluruh pelusuk negara melaluli penyampaian berita arus perdana dan media alternatif. Pok Nik tak perlu nak bandingkan antara akhbar Utusan Malaysia dengan Sinar Harian dalam bab keseimbangan penyampaian berita mereka. Wak sarankan supaya Pok Nik rajin-rajinlah lihat sendiri segala informasi yang terkandung dalam akhabar nyamuk yang dimiliki oleh Pas iaitu Harakah Daily. Boleh pening lalat jika membacanya, kalau nasib tak baik boleh kena demam denggi. Segala macam berita tak betul serta fitnah terkandung di akhbar tersebut. Iklan bab ubat kuat seks jangan cerita la.

Pada kerajaan pusat, wak rasa tak ada faedahnya kalau diberi lesen radio dan televsyen pada kerajaan negeri Kelantan yang ada sekarang ini. Tak pasal-pasal digigitnya kembali tangan tuan yang memberikan segala kemudahan dan kesenangan pada mereka ni. Bukanya kita semua tak tahu juak-juak Pas ini jenis manusia yang tak pernah mengenang budi dan hati penuh hasad dengki walau jubah labuh menyapu lantai dan serban setinggi mangkuk tingkat. Buat sebahagian besar orang kampung yang tak baca Utusan, malam ni jangan lupa kita tengok TV3, ada cerita Jin Notyy..Huhuhu

PEACE NO WAR!!

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak..Demokrasi mengarut ke Orang Tua dah nyanyuk ..takde cerita lain dah..kalau dijemput lain pula dalilnya..semua tetap tak betul.

    BalasPadam
  2. salam Udanggalah..

    Orang tua tu mmg dah nyayuk..sbb tu bila cakap semuanya mengarut..

    BalasPadam

Tak nak ada masalah dikemudian hari, sila komen yang murni-murni je di sin..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.