Jumaat, 3 September 2010

Kerajaan Pusat atau Kahild Gereja yang tak pernah rasional sebenarnya?

    3:00:00 PG   4 comments


SHAH ALAM, 1 Sept: Langkah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM934.65 juta dengan memberi RM500 bonus kepada setiap kakitangan kerajaan wajar dipersoal secara rasional.

Menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, langkah Najib itu seakan tidak selari dengan langkah rasionalisasi subsidi dengan menarik semula subsidi lima komoditi asasi yang bernilai RM750 juta demi mengurangkan beban perbelanjaan kerajaan.

"Bukan saya tidak setuju dengan pemberian ini, saya sokong rakyat diberi bonus, tetapi apa rasional Najib menarik RM750 juta subsidi dan berbelanja RM900 juta untuk bonus," ujarnya di Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Shah Alam. Baca seterusnya di HARAMKAH DAILY

Wak J say

Ada sahaja benda yang tidak kena dengan Khalid Gereja Samad ni. Kalau boleh apa jua kebaikan yang kerajaan buat untuk rakyat pasti akan dipertikaikanya. Kalau memang dasar manusia jenis berhati busuk, samapai bila-bila pun tetap macam itu. La ni bila kerajaan bagi bonus hari raya pada kakitangan kerajaan, itu pun nak dikonar baringkan dengan mendakwa apa rasional bonus raya itu diberi sambil mangaitkan dengan penarikan balik subsidi komoditi asas oleh kerajaan.

Kalau orang dah beri, kita ambil sahaja lepas itu ucap terima kasih. Habis cerita, setakat ini belum lagi kedengaran ada kakitangan kerajaan yang komplen pasal bonus yang diberikan kepada meraka. Kadang kala wak perhatikan orang politik seperti ini sahaja yang lebih-lebih dalam sesetengah isu, pada hal orang biasa-biasa macam wak ni tak kisah apa pun. Hidup tetap berjalan macam biasa.

Selain itu Khalid Samad tak perlu berbangga sangat apabila menyatakan kerajaan negeri bawah Pakatan Rakyat yang memulakan dulu pemberian bonus hari raya sebanyak RM500 kepada kakitangan awam kerajaan negeri kemudian mengatakan kerajaan pusat meniru idea mereka ini. Ah! macam lah kerajaan pusat yang ada sekrang ini baru sahaja memerintah dalam Malaysia ini, kita Merdeka pun dah masuk kali ke53. Tahun-tahun sebelum ini ada juga bonus yang diberikan oleh kerajaan pusat cuma jumlahnya sahaja yang berbeza mengikut keadaan semasa. Kalau baru berusia setahun jangung, bulu pun baru belajar nak tumbuh, usah mendabik dada dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan PR. Tak ada satu pun benda yang dibuat oleh Pakatan Rakyat melalui kerajaan negeri yang ditadbirnya yang kita rakyat boleh banggakan. Kalau makin nak kasi lingkup ada la.

Buat Khalid Samad cukup-cukup lah tu..hari raya pun dah nak dekat, usah bangkitkan perkara-perkara yang tak memberi apa-apa faedah kepada rakyat. Kalau ye pun nak menonjolkan diri sebagai pembela rakyat biarlah cari isu-isu yang bersesuaian dengan keadaan semasa. Yang pastinya keadaan sekarang semua orang tengah dalam mood bergembira sambil berbelanja sakan dengan duit bonus yang mereka dapat sempena hari raya tahun ini. Bila duit bonus habis baru sambung cerita lain pula..Wak nak tanya Khalid sikit...Bonus hari raya tahun ini berapa dapat?..

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Menjelang PRU12 pembangkang seronok dengar Paklah kata "saya masih belum pekak" kepada tuntutan cuepecs untuk bonus dan paklah tak bagi pun. Pandai pembangkang menjolok paklah dengan keadaan ekonomi yang merudum, hingga paklah berfikir "betul juga ye". Sedangkan pembangkang mengambil langkah yang berlainan dengan berjanji akan membayar bonus beberapa bulan jika pembangkang memerintah. Pilihan ketika itu ialah diantara yang memang tak mahu bagi bonus dengan yang berjanji akan bagi bonus. Bagi khalid dan pembangkang, mereka lebih suka kerajaan tak bayar bonus. Dan sememangnya pembangkang hanya pandai mengambil untung dari isu kesusahan rakyat tetapi tidak tahu berbuat apa-apa untuk menyelesaikannya, seperti di kelantan.

    BalasPadam
  2. wak, khalid dapat angin jelah...kat sana dah kena, kat sini dah kena...terbaru, Tan Sri Rozali dah bagi skit...

    sebab tu pikirannya runsing...kalau perangai macam tu, aku tak terkejut kalau Sharir dok terajang dia...

    BalasPadam
  3. biarkan je wak...tengok je kalau dia berani nak tanding kat shah alam...mau kalah teruk...

    malang betul shah alam dapat MP macam ni...

    BalasPadam
  4. apa2 pun, semoga ekonomi Malaysia lebih baik di masa akan datang.

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.