Selasa, 21 September 2010

Mesti Tahu: Unsur Dajjal & ke-Syaitanan di sekeliling kita

    1:54:00 PG   2 comments

Bila sebut sahaja pasal Dajjal pasti ramai dari kita yang sudah tahu mengenainya. Seperti apa yang kita faham, Dajjal juga amat sinonim dengan simbol mata satunya. Apa jua bentuk tidak kira sama ada simbol, logo atau lakaran yang mempunyai unsur berbentuk mata satu ia pasti ada berkaitan dengan Dajjal, samada secara kebetulan atau sengaja di buat-buat.
Tanpa kita sedari terdapat unsur-unsur yang bersangkut paut dengan Dajjal dan unsur-unsur ke-syaitanan ini berlegar-legar di dalam kehidupan seharian kita. Malah ada juga yang menjadi ikut-ikutan para muda mudi pada masa kini. Sama ada apa yang menjadi ikutan mereka itu betul atau tidak, tepuk dada tanya lah iman masing-masing.

Unsur-unsur yang tidak baik ini juga telah mula meresap masuk secara halus ke dalam media massa, parti politik, teknologi perisian dan lain-lain lagi yang terdapat dalam negara kita Malaysia. Wak nak share serba sedikit informasi tentang unsur-unsur Dajjal dan simbol-simbol yang menjurus kepada pemujaan syaitan yang boleh dijadikan sebagai panduan berguna pada diri kita dan umat islam yang lain.

Unsur Dajjal yang terdapat dalam Teknologi Perisian (Software)



Gambar di atas merujuk kepada sebuah perisian AntiVirus yang biasa kita gunakan dalam komputer. Antivirus ini amat berkesan untuk melindungi komputer kita daripada serangan virus. Sekiranya komputer anda diserang oleh virus atau cecacing, mata Dajjal tersebut akan bertukar kepada warna merah sebagai tanda amaran serangan virus. Setelah virus dikesan antivirus ini akan delete virus tersebut dari komputer anda. Bagi anda yang 1st time user pasti akan terkejut beruk apabila tiba-tiba sahaja mata bewarna merah terpacul depan skrin komputer ketika anda sedang leka menggunakkan komputer.


Walaupun perisian antivirus ini didatangkan secara TRIAL VERSION. Cuba anda perhatikan betul-betul tempoh luput antivirus tersebut yang melebihi jutaan hari. Kalau di convert pada tahun ia boleh menjangkau sampai usia tua kita. Berbanding dengan antivirus yang lain biasa kita gunakan, tempoh tamat percubaan hanya 30 hari sahaja. Kelebihan lain antivirus ini ialah pangkalan data virusnya akan di kemaskini pada setiap hari sekiranya anda mempunyai sambungan internet. Setakat ini dah masuk 4 tahun wak menggunakan antivirus tersebut, Komputer wak jarang diserang virus. Kalau anda ingin cuba sampai mana tahap ketahanan antivirus ini, try la masuk laman web lucah yang mengandungi segala macam mak nenek cancing dan virus. Sekiaranya komputer anda shut down sendiri, wak tidak akan bertanggung jawab. Yang membuatkan perisian antivirus ini  nampak tak berapa molek ialah kerana menggunakan logo mata Dajjal itu sahaja. Kalau anda ingin mencuba antivirus ini, wak boleh beri secara percuma sahaja. Hantarkan email atau sms kepada wak dengan syarat menaipkan kata laluan "MOKHTAR" terlebih dahulu dan diikuti "CIFUT",akhir sekali "ARE YOU OK!". Baru masuk ayat lain..bla..bla..bla.

Unsur Dajjal yang cuba meresap dalam stesen TV di Malaysia


Pada sesiapa yang pernah tonton rancangan ini di TV1 pasti kenal siapa yang menjadi hos rancangan tersebut. Kalau ada diantara kita yang tidak kenal siapa mamat ni, wak sarankan minum air 7 longkang terlebih dahulu untuk mencuci otak yang dah lama berkeladak. Cuba anda lihat simbol mata satu yang digunakan bagi menggantikan huruf O dalam rancangan tersebut. Semacam ada unsur-unsur Dajjal bukan. Wak tak pasti samada ia tidak sengaja direka sebegitu rupa atau pencipta logo RESPON tersebut memang tidak tahu menahu langsung pasal Dajjal. Kalau ye pun yang mencipta logo tersebut bukan beragama islam, kita sebagai orang islam sepatutnya peka terhadap perkara-perkara yang ada kaitan dengan Dajjal.


Walau pun siapa wak untuk menegur stesen TV tersebut, tapi sebagai orang islam perihatin, wak sudah melaksanakan tanggung jawab untuk memperbetulkan keadaan ini supaya ia tidak menjadi ikutan stesen TV yang lain. Kalau dah tak boleh sangat nak guna simbol lain, mesti simbol mata juga, biarlah mata itu berpasangan. Ciptaan Allah itu maha indah dan tiada tolok bandingnya.

Simbol pengikut Syaitan yang menjadi trend zaman sekarang


Kalau kita sering perhatikan gerak geri muda zaman sekarang, pasti kita akan terpandang dan lihat perbuatan isyarat tangan seperti yang ditunjukan dalam gambar tersebut. Ia telah menjadi trend dan ikutan pada zaman sekrang terutama sekali pada golongan pelajar sekolah dan belia-belia remaja. Terdapat juga segelintir artis-artis di Malayasia menunjukan isyarat tangan tersebut apabila ingin memula atau menamatkan persembahan mereka. Mungkin artis-artis ini terikut-ikut dengan budaya artis dari barat suapaya ia nampak lebih ranggi ketika beraksi depan peminat. Budaya tidak sihat yang ditonjolkan oleh segelintir golongan artis di Malasia, sekiranya tidak dikawal pastinya ia akan merosakan pegangan akidah umat islam terutama sekali pada mereka yang menjadikan artis seperti ini sebagai idola kesayangan.


Kepada belia-belia serta remaja di luar sana yang kaki enjoy atau kaki seronok-seronok, berhati-hatilah atas setiap perbuatan yang kita laku atau tunjukan, dikhuatiri apa yang kita lakukan itu boleh memesongkan pegangan akidah kita. Tidak salah kalau nak enjoy tapi biarlah berpada-pada dan jangan anda menjadi pengikut syaitan yang dilakhnat oleh Allah.

Dajjal berpolitik Di Malaysia

Siapa kata Dajjal tidak pandai berpolitik? Tak payah kita tengok negara luar, dalam negara kita sendiri pun sudah ada contonhnya. Walaupun ahli serta pemimpin dalam parti politik tersebut tidak menyerupai Dajjal seperti yang kita sedia maklum. Kita sendiri boleh lihat perangai dan tingkah laku yang ditunjukan oleh segelintir ahli dan pemimpinya hampir menyerupai perangai si mata satu. Jika kita lihat lambang parti tersebut rata-rata akan berkata "tu PARTI DAJJAL"

Kenapa ramai yang berkata macam sedemikan? Kerana kerjanya tak kira siang dan malam asyik nak main Dajjal sahaja. Bila tak puas main Dajjal, satu lagi kerjanya ialah per-Dajjalkan orang lain pula. Pantang lihat orang senang atau negara aman sikit pasti akan dirosakan segala keharmonian yang ada. Lagi la sekarang ini dapat bantuan dari syaitan berketurunan KIASU, makin terbeliak la mata si anak Dajjal tersebut.

Ada juga golongan pak lebai malang  yang terang-terang tahu parti tersebut memang berunsurkan Dajjal. Dengan berpegang pada perinsip "AKU PEDULI APA" Dajjal pun Dajjal lah janji aku dapat kuasa, turut bersekongkol sama melaksankan agenda Dajjal tanpa memikirkan malapetaka yang akan menimpa mereka kelak. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Itu lah dia pak lebai akhir zaman yang tidak sesuai untuk dijadikan panduan sebagai pembimbing yang akan membawa kita ke jalan yang lurus. Makin jahanam lagi ada la. Kepada anda yang baru mula nak berjinak-jinak dengan parti politik yang berunsurkan mata Dajjal, lupakan sahaja hasrat anda itu. Biar hidup kita tidak berparti asalkan selamat dunia akhirat. Jadi lah seperti Ibrahim Ali. Tak kira atas atau bawah, depan atau belakang, semua kasi hentam..

 Semoga dengan apa yang wak kongsikan ini akan dapat menambahkan serba sedikit pengetahuan anda. Ingatlah hari kebangkitan pada akhir zaman di mana Dajjal akan bangkit menyeru pada seluruh pengikutnya untuk melakukan kerosakan ke atas muka bumi. Mana-mana tulisan wak yang tak berkenan di hati pembaca blog wak, harap jangan ambil hati yer...Salam..







WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

2 ulasan:
Write comments
  1. memang kekadang tak sedar tapi ada jer unsur jahat secara halus nak merosakkan umat islam kan wak :)

    BalasPadam
  2. mmg byk unsur2 dajjal dgn illuminati cuma kita yg xsedar @ buat2 xsedar..samada bnda ni jadi secara kebetulan @ dirancang, hanya Allah saja yang tau

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.