Selasa, 21 September 2010

Dulu doa pecah perut..Kini doa kerajaan terbalik pula..Pas dah rosak!

    6:37:00 PG   3 comments

KOTA BHARU, 20 Sept: Disamping berharap kepada tindakan saman terhadap Petronas, rakyat Kelantan turut diseru berdoa kepada Allah SWT agar hak royalti negeri ini dikembalikan semula.

Pengerusi Jawatankuasa Petroleum Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, biarpun kerajaan negeri sedia maklum dengan campurtangan politik dalam sistem kehakiman negara, namun yakin kuasa Allah mampu merubah segalanya.

"Kita tahu saman ini akan dibicarakan di mahkamah Malaysia, anda semua tahu mahkamah ini duduk dalam poket siapa.

"Memang betul duduk dalam poket kerajaan 'itu', parti itu, tetapi kerajaan itu, hakim itu duduk dalam kuasa Allah SWT," katanya pada satu ceramah di sini baru-baru ini.

Menurut beliau yang juga exco kerajaan negeri Kelantan, usaha dan doa harus selari sebagai syarat mencapai sesuatu kejayaan termasuk dalam kes menuntut royalti ini. Selebihnya baca di HAPRAK DAILY

Wak J say.

Tu diaaaa..kalau dahulu doa PECAH PERUT. Kini keluar pula doa supaya KERAJAAN MALAYSIA TERBALIK. Apa nak jadi dengan parti politik yang selama ini menggunakan jenama Islam sebagai wadah utama perjuagan mereka untuk mendapatkan kuasa. Wak doakan semoga doa-doa orang PAS ini akan dimakbulkan oleh Allah satu hari nanti. Kalau pihak Pas bercadang ingin mengadakan majlis bacaan doa tersebut, wak syorkan ia dibuat di kawasan yang lebih terbuka seperti di padang Golf, mungkin doa-doa orang Pas ini lebih mudah termakbul. Rosak!..Rosak!..

Dah tak ada doa yang elok-elok ke dalam PAS nih..buat malu orang islam betul

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
3 ulasan:
Write comments
  1. Salam wak..

    Husam banyak spin daaa..

    Dia macam tau dah duit royalti untuk pas kelantan takkan dapat. Sebab tu dia kasi balun saman badan kehakiman (poket siapa?)

    Wak..untuk makluman, duit royalti diganti dengan wang ihsan.. kerajaan sudah mengagihkan wang-wang ihsan ini kepada pelajar2 di seluruh negeri kelantan yg layak iaitu miskin dan berpendpatan sederhana. Tak kira samada dari PAS, PKR atau BN, semua diberi.

    Impak daripada pemberian ini, suara penyokong PAS dan PKR nampak kendur sikit. Banyak senyum mereka sbb kerajaan memberikan wang ihsan tanpa pilih ideologi politik.

    Yang sakit kepala sekarang ialah PAS dan PKR kelantan, rakyat ok jer..kecuali penyokong tegar yg tak dapat imbuhan tender dari hasil minyak tadi..

    Wassalam...

    BalasPadam
  2. Naka buat macam mana bro....... itulah kerja-kerja mereka sentiasa mendoakan keburukan sesama hamba... biarkanlah, Allah maha menentukan segala-galaNya...

    BalasPadam
  3. Sebenarnya PAS dah tau mereka akan kalah pabila membawa kes royalti ni kemahkamah sebab dari segi teknikal pun kelantan tak layak menerimanya...tetapi disebabkan sudah terlajak kata kepada penyokong mereka membawa juga kes ini kemahkamah sebab tu lah ianya dah tertangguh beberapa lama..mereka sengaja akan menjadikan isu ini untuk mengutuk kerajaan itu je motif sebenar puak pak lobai penipu ni....

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.