Khamis, 30 September 2010

Pandai tapi tidak berakal...

    2:03:00 PG   8 comments

BUANG sahaja keempat-empat makhluk tuhan ini dari Universiti, apabila kes ini selesai dibicarakan kelak. Itulah pengajaran yang terbaik buat diri mereka  dan pelajar IPT yang lain supaya tidak terlibat dengan mana-mana kegiatan parti politik sekiranya masih lagi menuntut atau belajar.

Walau pun hanya mempunyai sarjana SPM dan tak pernah belajar di universiti, wak menyokong penuh usaha kerajaan dalam menguatkuasakan akta AUKU ini. Tidak ada faedah atau kebaikan yang mampu diberikan oleh mahasiswa IPT, sekiranya akta ini dimansuhkan seperti yang selalu dikempen oleh parti politik pembangkang. Malah banyak keburukan yang akan menimpa mahasiswa tersebut selain daripada hilang tumpuan dalam pelajaran kerana sibuk dengan aktiviti politk dan berisiko besar dibuang dari kolej atau universiti.

Sedih melihat keadaan keempat-empat pelajar melayu ini yang sanggup diperkudakan untuk menajadi alat politik. Sudah diberi peluang melanjutkan pelajaran, tapi disia-siakan peluang yang ada begitu sahaja dengan meyertai kegiatan politik. Dengan menyertai kegiatan ini belum tentu lagi parti politik tersebut dapat menjamin masa hadapan mereka kelak. Itu pun kalau mereka ini sempat menghabiskan pengajian mereka.

Bagaimana agaknya perasaan ibubapa mereka yang selama ini telah banyak bekorban, bergolok gadai wang ringgit serta tanah-tanah kebun semata-mata ingin melihat anak mereka berlajar di universiti sehingga berjaya menggemgam segulung Ijazah, apabila mengetahui anak-anak mereka ini terpesong atau dipesongkan dari matlamat asal mereka apabila melangkah masuk ke universiti. Tak dapat nak bayangkan bertapa hancur luluh hati mereka.

Seandainya pihak universiti mengambil keputusan tatatertib untuk membuang pelajar tersebut, maka akan gelap lah masa hadapan pelajar ini selama-lamanya. Itu yang pasti!. Pada masa itu baru mereka akan sedar bahawa parti atau orang politik yang menjadi idola sanjungan mereka selama ini tidak akan memandang walau hanya sebelah mata, bila ditimpa kesusahan. Pi mampui lah..padan muka!


Walau pun wak bukan orang yang layak untuk memberikan nasihat kepada mahasiswa IPT yang mempunyai pendidikan lebih tinggi dari wak, tapi sebagai anak Melayu yang tidak mahu melihat rakan sebangsanya terus hanyut dibuai mimpi indah dengan perkara sebegini. Wak menyeru kepada mahasiswa yang baru mula nak berjinak-jinak dengan kegiatan parti politik di Malaysia ini. Lupakan buat sementara hasrat anda itu. Berikan lebih tumpuan kepada pelajaran dan jangan hancurkan harapan kedua ibubapa. Jadilah mahasiswa yang membina negara bukan penjahanam negara...salam
Wak J: Menyesal dulu tak belajar pandai-pandai..Ada sarjana SPM tapi gaji 2K je...

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
8 ulasan:
Write comments
  1. Suruh blajar, lain plak yang dibuatnya... kang failed, salahkan kerajaan jugak.. ishhh.. mentaliti apa lah nih..

    BalasPadam
  2. Ini spesi tak kenang budi dah masuk U pun kouta bumi kemudian beri taik kat orang. belajar dulu bogok baru jadi barua DApig jual agama.

    BalasPadam
  3. Salam, setahu saya budak2 ni adalah pelajar jurusan politik dan tergulung dlm pelajar pintar. Sebahagian dari matapelajaran akademik nya adalah mengenai pilihanraya dan di fahamkan juga mereka kesana utk melihat sendiri perjalanan pilihanraya di K.Selangor. mungkin silap mrk tidak memberitahu pihak pentadbiran U akan permegian mrk supaya ada surat rasmi (mungkin ada). Kita jgn cepat menuduh anak2 muda di perkudakan oleh parti2 politik. Yg saya lihat yang selalu kena kuda dan kena tipu ni org2 berumur dan terpelajar. Mungkin agaknya masa belajar tak di dedahkan dgn perkara2 begini. Skim cepat kaya, percaya ckp org politik dan selalu kena gula2 semua org tua. Yg mengundi ramai PKR PRU12 pun org tua. 4 juta org muda tak mendaftar sbg pengundi. Salah siapa? Yg menulis ni pun org tua. T. Kasih

    BalasPadam
  4. Kalau depa kena tindakan buang U pun tak per, asalkan jambu, suara lembut, pandai buat kopi dan karipap putar serta sedia pergi out station di Jakarta, Bangkok, Washington, Dubai dan London bila-bila masa jer dijamin depa akan dilamar kerja oleh bang Nuar.

    BalasPadam
  5. patutlah, masuk pun course sains politik, itu yg eksaited lebih. pi U suruh belajaq.


    tapi mujuq bukan budak UiTM.hehe.

    BalasPadam
  6. Ni lah jenis manusia yang tak mengenang budi dan bakal orang yang tak akan membayar pinjaman PTTN...kerajaan bela bagi pelajaran sehingga peringkat tertinggi ..belum dapat ijazah dah nak tunjuk lagak...pegi mampus laa dengan anak melayu yang seumpama ini..

    BalasPadam
  7. nak buat macam mane.. budak pandai belum tentu matang.. muda sangat lagi tu.. hingus pn meleleh lagi.. kalau betul pandai politik, mereka tau ke ape yang mereka buat tu? mereka sedar ke sape yang mereka saman tu?? pandai tapi tidak berakal.. belajar la duduk dalam dunia nyata.. jangan dok sibuk dunia fantasi jer..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.