Selasa, 28 September 2010
Sukarnya nak dapat talian tetap & internet dari TM nih!...Berjanggut tunggu!
WakJ Zoner
8:39:00 PG
13 comments
Sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tidak ingin ketinggalan dalam menyahut seruan kerajaan supaya menjadi masyarkat yang berpengetahuan luas dalam bidang IT, melalui kempen yang tengah hangat dipromosikan sekarang ini, wak teruja untuk turut sama menjayakanya.
Tertarik dengan usaha promosi yang dilakukan oleh pihak TM, melalui pakej jalur lebar yang yang ditawarkan seperti dalam gambar promo di atas, tanpa berlengah lagi wak terus mendaftarkan diri untuk melanggan perkhidmatan internet tersebut di TM Point yang berdektan. Deretan orang beratur panjang sambil menunggu giliran untuk ditemubual oleh pelayan kaunter bagi mendapatkan penerangan serta panduan bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran. Tanpa mengira latar belakang pekerjaan dan kelayakan tangga gaji yang ditetapkan bagi melanggan pakej jalur lebar ini, masing-masing tidak melepaskan peluang yang ada, walau ada segelintir daripadanya tahu yang dia memang tidak layak memohon pakej tersebut.
Pakej yang ditawarkan ini didatangkan sekali dengan komputer netbook percuma, selain dari kadar bayaran akses internetnya yang murah kalau hendak dibandingkan dengan syarikat yang menyediakan kemudahan internet lain. Siapa yang tak suka bila dengar perkataan 'FREE', kalau dalam bab makan, bila cakap free dan tak perlu bayar, makanan yang tak sedap pun boleh menajadi sedap, asalkan ia free. Begitulah juga dengan pakej jalur lebar ini. Yang memang dah terang tak layak pun turut sama juga melanggan pakej ini. Nak buat macam mana benda free, balun aja lah..Peringatan dari wak, tak baik ambil hak orang lain.
Beberapa bulan yang lepas wak telah memohon untuk melanggan pakej internet ini. Semasa proses pendaftaran semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Apa yang wak nak rungutkan di sini ialah proses panyambungan talian telefon yang mengambil masa begitu lama sehingga makan masa berbulan-bulan. Kerana tidak tahan menunggu, wak membuat keputusan menghubungi pihak TM. Jawapan yang wak terima dari pihak TM mengatakan bahawa kabel sambungan pada pencawang utama kawasan kediaman wak telah penuh. Untuk kali pertama mungkin kita boleh terima jawapan dan faham akan situasi tersbut. Tak boleh buat apa, kena tunggu lagi jawabnya.
Dah sebulan menunggu untuk kali kedua, kelibat orang telekom pasang kable pun tak nampak lagi. Apa pula masalahnya kali ini. Hati dah mula rasa tak puas hati kenapa lambat. Wak tak kisah sangat kalau komputer netbook free tu tiba lambat sebab wak dah ada komputer sendiri tapi kalau internet lambat pasang memang big problem. Banyak urusan-urusan yang wak lakukan seharian ada berkaitan dengan internet selain berblogger. Kalau tak ada internet di rumah, ibarat katak di bawah tempurung lah wak jawabnya. Buat masa ni wak terpaksa menggunakan Maxis broadband, walau terpaksa makan hati dengan kelajuan internetnya yang bukan sahaja perlahan, tapi sangat perlahan mengalahkan siput babi serta membazirkan elektrik kerana menunggu proses download page to page yang lama. Setelah menghubungi pihak TM, alasan yang diberikan kali ini ialah sebab tak cukup korum kerana target mereka kalau cukup 100 orang yang memohon talian tetap TM dalam sesuatu kawasan kediaman itu, barulah pihak TM akan membuat penyambungan kabel talian yang baru.
Sakit jiwa bila dengar alasan yang sebegitu rupa. Katakan lah lepas 10 tahun baru cukup korum 100 orang, masa tu lah baru terkial-kial nak dirikan pencawang kabel yang baru, kalau betul begini jadinya wak rasa tak perlu lah pihak TM mempromosikan pakje jalur lebar ini teralu awal, simpan sahaja buat pekasam. Apabila timbul masalah sebegini, ia akan membuatkan orang ramai mula mempersoal perkhidmatan yang ditawarkan oleh TM. Sekarang wak dengar dah ramai yang komplen berkenaan masalah kelambatan ini. Wak harap pihak TM dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan kadar segera sebelum orang ramai mula tawar hati untuk bersama TM. Selagai benda ni tak selesai, matlamat kerajaan tidak akan tercapai untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang celik IT pada tahun 2020.
Tentang WakJ Zoner
Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Bilik Sewa Murah
Pilihan Pembaca
-
Semenjak kena tinggal sorang2 di rumah tanpa ditemani isteri dan anak2 di sisi. Tak banyak aktiviti yang berfaedah dapat dilakukan diwaktu m...
-
Tajuk hangat..gambar panas..Benarkah wanita melayu zaman sekarang gemar membuat perkara sedemikian? Sejak mula wujudnya laman-laman sosi...
-
TAHNIAH buat skuad Harimau Malaya kerana berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir. Memang tidak sia-sia wak beli tiket yang berha...
-
Hari ini wak tak mahu bercerita bab politik. Tapi cerita kali ini lain sedikit, bukan sahaja orang biasa suka dengar cerita ni, malah o...
-
Kalau bab nak bagi orang ' STIM' atau 'NGANG' atau bab cerita tutuh menutuh orang serahkan aja pada Papa Gomo, semang...
Blogroll
-
-
BOIKOT KK MART BUKAN SPEEDMART!!!Sehari yang lalu
-
HARGA BUFFET RAMADHAN3 minggu yang lalu
-
-
Jawapan Kepada SST Naik & Cukai Baharu Diperkenalkan.Sebulan yang lalu
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh2 bulan yang lalu
-
5 perkara yang anda jangan buat dalam hidup ini!4 bulan yang lalu
-
Perubahan apa Bang Non?6 bulan yang lalu
-
Surah Al-'Isrā': 30Setahun yang lalu
-
Pengajaran buat parti2 jgn suka2 terima kayak?Setahun yang lalu
-
Pengendali Pergerakan Harga di Transaksi ForexSetahun yang lalu
-
2022 - PERUBAHAN ERA ZAMAN SETIAP 1 ALAF2 tahun yang lalu
-
Testing2 tahun yang lalu
-
Antara Kuasa Eksekutif & MPN2 tahun yang lalu
-
عين ازال للعطورات2 tahun yang lalu
-
Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan2 tahun yang lalu
-
-
Azure DevOps2 tahun yang lalu
-
Imam rempit boleh ajak mat rempit gi masjid!2 tahun yang lalu
-
-
-
-
Bajet: Antara gila kuasa dan titah tuanku3 tahun yang lalu
-
-
ANWAR PM TEPI TETAP DAN BERPENCEN?3 tahun yang lalu
-
CILI KASI TARUK! BLOG LAGI BAIK DARI FACEBOOK HARAMI3 tahun yang lalu
-
BAKAL KEMBALI3 tahun yang lalu
-
UMNO dalang memecahbelahkan kerajaan PH3 tahun yang lalu
-
Mukhriz dikorban kerana anwar3 tahun yang lalu
-
BELASUNGKAWA - AL FATIHAH BUAT FLYING KICK4 tahun yang lalu
-
-
Cara Daftar Fingo / Sign Up Fingo4 tahun yang lalu
-
ITIK DAGING UNTUK DI JUAL4 tahun yang lalu
-
#PAU2019 : TEKS UCAPAN NURUL AMAL, NAIB KETUA PUTERI UMNO MALAYSIA4 tahun yang lalu
-
Hapus Sekolah Cina, Tamil: DAP nak kecam siapa?4 tahun yang lalu
-
-
Top 10 isu melibatkan Mujahid Yusof Rawa5 tahun yang lalu
-
Larangan Merokok Di Premis Awam Wajar Disokong5 tahun yang lalu
-
TANPA DR MAHATHIR, KERAJAAN HARAPAN AKAN RUNTUH...5 tahun yang lalu
-
Rakyat Desak Prabakaran Letak Jawatan Ahli Parlimen Batu5 tahun yang lalu
-
Harga Rokok Meningkat 10 Peratus Selepas Perlaksanaan SST5 tahun yang lalu
-
-
-
Najib akan buka pejabat sendiri5 tahun yang lalu
-
-
-
Pembangkang Terlalu Berahi Jadikan Azeez Rahim Modal Fitnah5 tahun yang lalu
-
-
Video - Masalahnya Margin Simpanan Air Selangor "Kosong"6 tahun yang lalu
-
-
semakin dekat6 tahun yang lalu
-
Disangka iPhone Rupanya Ubi Kentang6 tahun yang lalu
-
-
-
-
BILA MAHKAMAH RAYUAN PUTUSKAN SPR MENANG.6 tahun yang lalu
-
Nasib Kanak-Kanak Lebih Terbela Hasil Usaha PERMATA6 tahun yang lalu
-
ANGGOTA POLIS DITEMBAK DI LEHER DI RANTAU PANJANG6 tahun yang lalu
-
BAJA TANAMAN YANG INOVATIF DAN TERBAIK PADA ALAF INI.6 tahun yang lalu
-
Kelebihan Mencuci Muka Sebelum Tidur7 tahun yang lalu
-
PAU 2016 : Ustaz Syamsul Debat - Wakil Negeri Sembilan7 tahun yang lalu
-
JAMAL PAK TONGKOL NAK APA LAGI ?7 tahun yang lalu
-
generator7 tahun yang lalu
-
BN MENANG DI 2 KERUSI7 tahun yang lalu
-
-
-
PELACUR UMUM BERTANDING CALON PILIHAN RAYA8 tahun yang lalu
-
-
TOL LEGASI MAHATHIR YANG MEMBEBANKAN RAKYAT8 tahun yang lalu
-
-
-
AL-AQSA MENANGIS DARAH!8 tahun yang lalu
-
CaRa MuDaH MeMiLiKi KoReAn DrAmA KeGeMaRaN AnDa8 tahun yang lalu
-
#DEIG: APA KAITANNYA DENGAN QUALITY HOTEL DAN BRISDALE HOTEL???8 tahun yang lalu
-
kisah SUAMI ROSMAH (RM)8 tahun yang lalu
-
POLITIK MALAYSIA TERKINI8 tahun yang lalu
-
TUN M JUGA SERING MELAKUKAN KESILAPAN8 tahun yang lalu
-
Hiburan - Bunga Bukan Sekuntum9 tahun yang lalu
-
-
WELCOME BACK TO SUNGAI BULOH ANWAR IBRAHIM !9 tahun yang lalu
-
HARAPAN DAP HURU-HARA KAN ORANG MELAYU BERHASIL..!!!9 tahun yang lalu
-
JANJI...9 tahun yang lalu
-
Kenapa tak hormat lagu kebangsaan kita?9 tahun yang lalu
-
Segalanya sudah berubah..9 tahun yang lalu
-
Pas Tawar Khalid Join PAS9 tahun yang lalu
-
BOIKOT BARANGAN ORANG KAFIR MENURUT SYARAK9 tahun yang lalu
-
Beras Keluaran Koperasi Majlis Belia FELDA Malaysia.9 tahun yang lalu
-
MANA UCAPAN TAKZIAH DAP ?????? !!!!!9 tahun yang lalu
-
Remaja Perempuan 17 Tahun Mangsa Rogol Antara Di Reman9 tahun yang lalu
-
-
Moral Anwar Menyesatkan Umat Islam10 tahun yang lalu
-
Anwar oh anwar10 tahun yang lalu
-
Laman penyokong RBA ditutup?10 tahun yang lalu
-
-
Masih di alun mimpi10 tahun yang lalu
-
ASYIK-ASYIK KANGKONG, JANGAN LUPA NASIB YANG LAIN SEPERTI ...10 tahun yang lalu
-
Latest Trends in Fashion and Jewelry10 tahun yang lalu
-
And this is UMNO i'm talking about. ROTTEN TO THE CORE.10 tahun yang lalu
-
Madonna Belajar Al-Quran & Bina Sekolah Untuk Anak-anak Islam10 tahun yang lalu
-
GERAM DENGAN JERAWAT KAT MUKA???10 tahun yang lalu
-
Cina DAP bangga guna nama AHMAD untuk produk Pau10 tahun yang lalu
-
PEJUANG MELAYU TERAKHIR10 tahun yang lalu
-
-
Rindu Untuk Melihat Cikgu Pa Duduk Sebelah TG Hadi10 tahun yang lalu
-
Penasihat PM Harus Dipecat-Tun Daim Zainuddin10 tahun yang lalu
-
JANGAN JADI AGEN YAHUDI...10 tahun yang lalu
-
-
Masih Ingat Tak Lagi......10 tahun yang lalu
-
Rahsia pernikahan ADUN PAS dengan wanita Kemboja terbongkar10 tahun yang lalu
-
-
Jeng..Jeng..jeng..Video adegan HOT di hotel dilepaskan pagi ini..11 tahun yang lalu
-
AIR - Khalid Membentangkan 6 Pihak Yang Salah. Kecuali Beliau Sendiri.11 tahun yang lalu
-
-
Sumber Terkini ... PAS Umum Keluar Pakatan Rakyat....!!!!11 tahun yang lalu
-
Bersama Sertai Kempen Dan Gunakan Logo Ini....11 tahun yang lalu
-
Rafizi boleh disaman lagi salah tuduh George Kent11 tahun yang lalu
-
Di dalam sepi itu.wmv11 tahun yang lalu
-
"KAWE Dah Buat Laporan Polis,DEMO Bila Lagi...!!!".12 tahun yang lalu
-
-
Aziz Bari Pun Jadi Rebutan PAS/PKR?12 tahun yang lalu
-
BURUKNYA PERANGAI SI ...12 tahun yang lalu
-
KIAMAT12 tahun yang lalu
-
Anwar Ibrahim Yang Hipokrit!13 tahun yang lalu
-
warlord, veteran, shaman and vacancies13 tahun yang lalu
-
KEGAGALAN PAS DIGALAS DAN TENANG PAS KEMBALI KESEKOLAH POLITIK13 tahun yang lalu
-
BUAT HAL LAGI. GUAN ENG AZAN?13 tahun yang lalu
-
ANWAR KECUT PERUT DENGAN RAHIMI !13 tahun yang lalu
-
Coca Cola & Israel : Is Not the Real Thing13 tahun yang lalu
-
Dilema Malaysia Bhg 2 - Isu Perkauman15 tahun yang lalu
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
salam WJ
BalasPadambuat aduan rakyatlah wak..
memang lumrah kalau nak promote bukan main lagi diorang nih
tapi bila dah sampai bab nak pasang
kena tunggu..
wak complain kat FB satu Msia.
nanti diorang akan bg pendapat
Biasalah Wak kalau syarikat kerajaan.... berbuih-buih mulut kita merungut akan khidmat mereka.... menda-menda macam ni la yang buatkan rakyar marah...
BalasPadamtp wak sy ok je pas seminggu daftar terus dapat guna hehehe. tq TM
BalasPadamSalam Wak.
BalasPadamBenda ni lama dah. Kalu talian penuh, kena tunggu kasi cukup baru ada penyambungan baru. Kalu ikut pengalaman, dia bukan pasang kabel, dia 'buka' talian. Spare banyak, buka ikut keadaan semasa-itu lah yg selalunya.
Kalu xsilap saya, talian tu berkait rapat dengan nombor. Contoh: 07-9999999 <--penuh, nk buka talian baru (jadi 8 digit) perlu ada kaota yg cukup, setidak2nya ada 100 seperti di cakapkan.
Takpun kalau ada lebihan dari daerah sebelah (tak sebut bahasa teknikal, bahasa kg ni) , dia boleh tarik ke daerah Wak.
Apapun, sabar wak. Pakai berukband dulu lah.
Kesian wak...
BalasPadamWahai Orang Besar TM...dengarlah rayuan wak Jengkol ni...
salam ziarah.samalah dgn masalah teman skrg.sampai hari ni teman letih dgn talian tmnet nya.jap ada jap putus jap ada jap putus.dah berbuih mulut buat aduan.kalau mcm ni bila malaysia nak maju?????
BalasPadamhuhu..sabar jela wak~~
BalasPadamsaya lak wak percaya sgt le dengan pemasangan internet TM semoga dapatle notebook tuk anak2 belajar. dah le kat sekolah pun xdapat notebook. atlast TM cakap pe.. dia ckp kawasan saya tidak dibekalkan dengan program percuma ini. dalam iklan dia xde la pulak cerita benda ni..
BalasPadamSalam semua..
BalasPadamNur Misnan
Satu cadangan yang bagus tu..nt wak usahakan.
Yang Gambi
mulut sampai dah takde buih lg
Leeguess
waa beruntungya dapat awal..pinjam sat inter hang..
Irs Hursaini
Macam gitu ka..baru wak paham..tapi lama sngat tunggu.. xblh sabar lagi..
ckLah
tu pun klu orang atas ada teliga nak dengar..
Rahman,Ah Chon,Muniandy
deme pakai dail up ka? selalu putus2. klu streamyx jarang putus kut..melainkan klu x bayar bil je..
Balqis
tgh sabar lah ni sebelum wak bertukar jadi warna hijau..HULK
ismail
agakya TM buat gimik je kut. x boleh jadi mcm nih.
salam:
BalasPadamsabar je la wak..tggu la lg 2 3 thn...
Wak disyorkan panjangkan aduan ni kat rrt@tm.com.my.
BalasPadamtetapi mengikut pengalaman saya setiap pemasangan streamyx tu mesti dikawasan yang ada kekosongan talian. sebab talipon ni buka seperti letrik ada kabel dah ada api tapi didalam pemasangan talipon ataupun streamyx berpandukan kekosongan talian contoh kotak ditiang phones selalunya dibelakang rumah ada 10 talian je 2 selalu dibuat spare untuk lines kawasan tu yang rosak..kalau situ ada kosong kena tengok pulak yang selalu kita nampak seperti roket ataupun kotak ditepi jalan (ini adalah bagi talian bagi kawsan tersebut)..kalau penuh tak boleh jugak..sekiranya kedua2nya mempunyai kekosongan kena pulak tengok kapisiti didalam ibusawat TM..ada kekosongan ke tak...
Selalunya kalau takde kekosongan pemohon tu akan diletakkan sebagai penunggu..tengok kalau ada kekosongan talian orang potong ke apa kee..kalau nak pasang kabel baru perbelanjaan bukan seribu dua so orang tm kena tengok pulak berapa banyak waiting list dikawasan tu yang ada..baru dilakukan pemasangan kabel baru..kalau tak tu nanti modal dah beratus ribu kuar tapi pelanggan takde..bungkus pulak tm...begitu lah serba ringkas yang saya boleh kasi tau ..ini pun berdasarkan pengalaman yang saya dapat daripada permohonan phones saya dulu.
salam Anak Lengong
BalasPadamWak setuju dengan pengalaman Ank lenggong..terima kasih. yang wak tak berapa nak sedap hati..kenapa Pihak TM buat promosi seperti ini. beria-ia suruh orang langgan pakej tersebut, kemudian buat org lain tertungg-tungu, mcm nk tunggu bulan jatuh ke riba. Kalau wak tahu begini jadinya wak tak mohon awal-awal, takda la terasa ht sngt. klu wak yg tinggal dlm kawasan bandar pun mcm ni..apatah lagi yg tinggal kt kawasan kampung atau pendalaman. Wak nk tukar streamyx ni sebab beruk band wak dah x blh diharap..mahal pulak tu..apa la nasib..
Sabar wak sabar..lambat laun akan dapat juga tu..
BalasPadam