Selasa, 28 September 2010

Sukarnya nak dapat talian tetap & internet dari TM nih!...Berjanggut tunggu!

    8:39:00 PG   13 comments


Sebagai salah seorang daripada rakyat Malaysia yang tidak ingin ketinggalan dalam menyahut seruan kerajaan supaya menjadi masyarkat yang berpengetahuan luas dalam bidang IT, melalui kempen yang tengah hangat dipromosikan sekarang ini, wak teruja untuk turut sama menjayakanya.

Tertarik dengan usaha promosi yang dilakukan oleh pihak TM, melalui pakej jalur lebar yang yang ditawarkan seperti dalam gambar promo di atas, tanpa berlengah lagi wak terus mendaftarkan diri untuk melanggan perkhidmatan internet tersebut di TM Point yang berdektan. Deretan orang beratur panjang sambil menunggu giliran untuk ditemubual oleh pelayan kaunter bagi mendapatkan penerangan serta panduan bagaimana untuk mengisi borang pendaftaran. Tanpa mengira latar belakang pekerjaan dan kelayakan tangga gaji yang ditetapkan bagi melanggan pakej jalur lebar ini, masing-masing tidak melepaskan peluang yang ada, walau ada segelintir daripadanya tahu yang dia memang tidak layak memohon pakej tersebut.

Pakej yang ditawarkan ini didatangkan sekali dengan komputer netbook percuma, selain dari kadar bayaran akses internetnya yang murah kalau hendak dibandingkan dengan syarikat yang menyediakan kemudahan internet lain. Siapa yang tak suka bila dengar perkataan 'FREE', kalau dalam bab makan, bila cakap free dan tak perlu bayar, makanan yang tak sedap pun boleh menajadi sedap, asalkan ia free. Begitulah juga dengan pakej jalur lebar ini. Yang memang dah terang tak layak pun turut sama juga melanggan pakej ini. Nak buat macam mana benda free, balun aja lah..Peringatan dari wak, tak baik ambil hak orang lain.

Beberapa bulan yang lepas wak telah memohon untuk melanggan pakej internet ini. Semasa proses pendaftaran semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Apa yang wak nak rungutkan di sini ialah proses panyambungan talian telefon yang mengambil masa begitu lama sehingga makan masa berbulan-bulan. Kerana tidak tahan menunggu, wak membuat keputusan menghubungi pihak TM. Jawapan yang wak terima dari pihak TM mengatakan bahawa kabel sambungan pada pencawang utama kawasan kediaman wak telah penuh. Untuk kali pertama mungkin kita boleh terima jawapan dan faham akan situasi tersbut. Tak boleh buat apa, kena tunggu lagi jawabnya.

Dah sebulan menunggu untuk kali kedua, kelibat orang telekom pasang kable pun tak nampak lagi. Apa pula masalahnya kali ini. Hati dah mula rasa tak puas hati kenapa lambat. Wak tak kisah sangat kalau komputer netbook free tu tiba lambat sebab wak dah ada komputer sendiri tapi kalau internet lambat pasang memang big problem. Banyak urusan-urusan yang wak lakukan seharian ada berkaitan dengan internet selain berblogger. Kalau tak ada internet di rumah, ibarat katak di bawah tempurung lah wak jawabnya. Buat masa ni wak terpaksa menggunakan Maxis broadband, walau terpaksa makan hati dengan kelajuan internetnya yang bukan sahaja perlahan, tapi sangat perlahan mengalahkan siput babi serta membazirkan elektrik kerana menunggu proses download page to page yang lama. Setelah menghubungi pihak TM, alasan yang diberikan kali ini ialah sebab tak cukup korum kerana target mereka kalau cukup 100 orang yang memohon talian tetap TM dalam sesuatu kawasan kediaman itu, barulah pihak TM akan membuat penyambungan kabel talian yang baru.

Sakit jiwa bila dengar alasan yang sebegitu rupa. Katakan lah lepas 10 tahun baru cukup korum 100 orang, masa tu lah baru terkial-kial nak dirikan pencawang kabel yang baru, kalau betul begini jadinya wak rasa tak perlu lah pihak TM mempromosikan pakje jalur lebar ini teralu awal, simpan sahaja buat pekasam. Apabila timbul masalah sebegini, ia akan membuatkan orang ramai mula mempersoal perkhidmatan yang ditawarkan oleh TM. Sekarang wak dengar dah ramai yang komplen berkenaan masalah kelambatan ini. Wak harap pihak TM dapat menyelesaikan masalah yang berbangkit dengan kadar segera sebelum orang ramai mula tawar hati untuk bersama TM. Selagai benda ni tak selesai, matlamat kerajaan tidak akan tercapai untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang celik IT pada tahun 2020.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
13 ulasan:
Write comments
  1. salam WJ
    buat aduan rakyatlah wak..
    memang lumrah kalau nak promote bukan main lagi diorang nih
    tapi bila dah sampai bab nak pasang
    kena tunggu..

    wak complain kat FB satu Msia.
    nanti diorang akan bg pendapat

    BalasPadam
  2. Biasalah Wak kalau syarikat kerajaan.... berbuih-buih mulut kita merungut akan khidmat mereka.... menda-menda macam ni la yang buatkan rakyar marah...

    BalasPadam
  3. tp wak sy ok je pas seminggu daftar terus dapat guna hehehe. tq TM

    BalasPadam
  4. Salam Wak.

    Benda ni lama dah. Kalu talian penuh, kena tunggu kasi cukup baru ada penyambungan baru. Kalu ikut pengalaman, dia bukan pasang kabel, dia 'buka' talian. Spare banyak, buka ikut keadaan semasa-itu lah yg selalunya.

    Kalu xsilap saya, talian tu berkait rapat dengan nombor. Contoh: 07-9999999 <--penuh, nk buka talian baru (jadi 8 digit) perlu ada kaota yg cukup, setidak2nya ada 100 seperti di cakapkan.

    Takpun kalau ada lebihan dari daerah sebelah (tak sebut bahasa teknikal, bahasa kg ni) , dia boleh tarik ke daerah Wak.

    Apapun, sabar wak. Pakai berukband dulu lah.

    BalasPadam
  5. Kesian wak...

    Wahai Orang Besar TM...dengarlah rayuan wak Jengkol ni...

    BalasPadam
  6. salam ziarah.samalah dgn masalah teman skrg.sampai hari ni teman letih dgn talian tmnet nya.jap ada jap putus jap ada jap putus.dah berbuih mulut buat aduan.kalau mcm ni bila malaysia nak maju?????

    BalasPadam
  7. saya lak wak percaya sgt le dengan pemasangan internet TM semoga dapatle notebook tuk anak2 belajar. dah le kat sekolah pun xdapat notebook. atlast TM cakap pe.. dia ckp kawasan saya tidak dibekalkan dengan program percuma ini. dalam iklan dia xde la pulak cerita benda ni..

    BalasPadam
  8. Salam semua..

    Nur Misnan
    Satu cadangan yang bagus tu..nt wak usahakan.

    Yang Gambi
    mulut sampai dah takde buih lg

    Leeguess
    waa beruntungya dapat awal..pinjam sat inter hang..

    Irs Hursaini

    Macam gitu ka..baru wak paham..tapi lama sngat tunggu.. xblh sabar lagi..

    ckLah
    tu pun klu orang atas ada teliga nak dengar..

    Rahman,Ah Chon,Muniandy
    deme pakai dail up ka? selalu putus2. klu streamyx jarang putus kut..melainkan klu x bayar bil je..

    Balqis
    tgh sabar lah ni sebelum wak bertukar jadi warna hijau..HULK

    ismail
    agakya TM buat gimik je kut. x boleh jadi mcm nih.

    BalasPadam
  9. salam:
    sabar je la wak..tggu la lg 2 3 thn...

    BalasPadam
  10. Wak disyorkan panjangkan aduan ni kat rrt@tm.com.my.

    tetapi mengikut pengalaman saya setiap pemasangan streamyx tu mesti dikawasan yang ada kekosongan talian. sebab talipon ni buka seperti letrik ada kabel dah ada api tapi didalam pemasangan talipon ataupun streamyx berpandukan kekosongan talian contoh kotak ditiang phones selalunya dibelakang rumah ada 10 talian je 2 selalu dibuat spare untuk lines kawasan tu yang rosak..kalau situ ada kosong kena tengok pulak yang selalu kita nampak seperti roket ataupun kotak ditepi jalan (ini adalah bagi talian bagi kawsan tersebut)..kalau penuh tak boleh jugak..sekiranya kedua2nya mempunyai kekosongan kena pulak tengok kapisiti didalam ibusawat TM..ada kekosongan ke tak...

    Selalunya kalau takde kekosongan pemohon tu akan diletakkan sebagai penunggu..tengok kalau ada kekosongan talian orang potong ke apa kee..kalau nak pasang kabel baru perbelanjaan bukan seribu dua so orang tm kena tengok pulak berapa banyak waiting list dikawasan tu yang ada..baru dilakukan pemasangan kabel baru..kalau tak tu nanti modal dah beratus ribu kuar tapi pelanggan takde..bungkus pulak tm...begitu lah serba ringkas yang saya boleh kasi tau ..ini pun berdasarkan pengalaman yang saya dapat daripada permohonan phones saya dulu.

    BalasPadam
  11. salam Anak Lengong

    Wak setuju dengan pengalaman Ank lenggong..terima kasih. yang wak tak berapa nak sedap hati..kenapa Pihak TM buat promosi seperti ini. beria-ia suruh orang langgan pakej tersebut, kemudian buat org lain tertungg-tungu, mcm nk tunggu bulan jatuh ke riba. Kalau wak tahu begini jadinya wak tak mohon awal-awal, takda la terasa ht sngt. klu wak yg tinggal dlm kawasan bandar pun mcm ni..apatah lagi yg tinggal kt kawasan kampung atau pendalaman. Wak nk tukar streamyx ni sebab beruk band wak dah x blh diharap..mahal pulak tu..apa la nasib..

    BalasPadam
  12. Sabar wak sabar..lambat laun akan dapat juga tu..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.