Ahad, 26 September 2010

Wak Jengkol kini sudah menjadi penjual ubat 'Kuat Wanita'?

    8:15:00 PG   1 comment


Biar betik!!..Diharap penjenguk blog wak tak ada yang terkejut dengan tajuk yang ditulis di atas. Ia hanya lah sekadar wake up call setelah sekian lama tidak meng-upadate blog.  Banyak kerja-kerja penting yang perlu wak beri keutmaan terlebih dahulu untuk diselesaikan. Selain daripada itu wak sibuk menguruskan satu projek baru bersama rakan-rakan untuk merangka masa hadapan yang lebih baik. Harap-harap ia menajdi dengan sokongan anda. Apa dia projek tu? Sabar! wak akan share dengan anda dalam post kali ni.

Cerita pasal projek yang wak nak bagi tahu ni, memang tidak ada kena-mengena langsung dengan projek MLM atau projek mengkayakan orang atas (piramid sistem) dan tidak ia memerlukan downline. Yang wak perlukan hanyalah sokongan dari anda. Barang siapa yang setia menyokong projek wak ni, insyAllah sekiranya ia berjaya, pasti ada sedikit 'barang' wak akan berikan kepada anda. Apa barang baik tu? Tungguuu..Kira projek yang wak buat ni macam projek member tolong member selain tolong diri sendiri.

Setelah melihat kemajuan teknologi blog pada hari ini, tiba-tiba kepala otak wak berpusing ligat tanpa henti siang dan malam berfikir macam mana nak tambah pendapatan sampingan dengan berbekalkan kemahiran dan pengalaman kerja yang wak miliki sekarang ini. Walaupun pengalaman wak tak lah sehebat mana kalau nak dibandingkan dengan mereka-mreka yang lebih berpengalaman diluar sana tu, tapi kalau kita ada usaha pasti ia akan menghasilkan kejayaan kelak.Tak boleh jadi nih! selagi idea yang kita ada tidak dikeluarkan pasti tidak akan mendatangkan apa-apa. Dengan kemudah blog yang ada pada hari ini, jika pandai menggunkanya pasti akan memberikan banyak faedah kepada kita. Itu yang membuatkan wak teruja untuk menyertainya. Selama tinjauan wak dari blog ke blog, kebanyakan bisnes yang dijalankan dalam bentuk penjualan hasil produk atau barangan, contohnya produk ubat kuat lelaki seperti yang kita selalu lihat diblog-blog yang berkiblatkan lambang bulan sebagai pengangan mereka.

Melihat keperluan dan permintaan dalam pasaran berkaitan dengan bidang kejuruteraan. Wak dan rakan-rakan telah membuat keputusan untuk memilih bisnes yang bersaskan penawaran perkhidmatan kepada pelanggan. Sebagai langkah permulaan dalam bisnes ini, segala kerja-kerja akan di buat secara sambilan dan online di rumah, memandangkan wak dan rakan-rakan sekarang ini masih lagi mempunyai kerja tetap dalam bidang masing-masing. Kalau ada semua hendak tahu dengan lebih lanjut bisnes part time apa yang wak buat dengan rakan-rakan wak, sila klik sini. Mohon jasa baik anda jadilah 'follower' pada blog tersebut sebagai tanda anda menyokong segala usha wak ini. InsyAllah, kalau projek ni berjaya, anda semua wak tak akan lupakan. Sesuai dengan misi utama penubuhan blog Wak Jengkol untuk membantu anak bangsa, terutama sekali yang berketurunan Melayu.

Semoga apa yang wak kongsikan ini, dapat memberikan sedikit inspirasi kepada anda untuk melakukan perubahan dalam hidup. Kalau anda bercita-cita ingin menjadi BOS pada masa hadapan, ikut lah jejak langkah mereka yang telah berjaya sebagai panduan unutk membawa anda ke arah kejayaan.Salam...

P/S: Kepada sahabat-sahabat blogger wak mempunyai lubang baik berkaitan dalam bidang kejuruteraan yang memerlukan khidmat CAD designer sambilan..Helo-helo lah wak kat sini. Kalau segan nak helo, hantar SMS pun boleh...Wak friendly user orangnya..tak percaya..TRY la kalau berani.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
1 ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.