Isnin, 20 Disember 2010

Mazlan Aliman Bakal Calon Pas di DUN Tenang?

    2:37:00 PG   4 comments


KEPALA BATAS, 19 Dis: PAS sedia meletakkan calon pada pilihan raya kecil Dun Tenang, Johor yang akan diadakan nanti.
Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa berkata, beliau telah dihubungi oleh PAS Negeri Johor yang mahu meletakkan calon di Dun berkenaan.

“Saya telah dihubungi oleh Pesuruhjaya dan juga Setiausaha Perhubungan Johor yang memaklumkan bahawa PAS Perhubungan Johor telah mengadakan mesyuarat malam tadi dan membuat keputusan untuk bertanding di kawasan yang telah ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum lepas,” ujarnya.

“Insya Allah jentera pilihan raya akan mula digerakkan selepas Konvensyen Pakatan Rakyat esok,” ujarnya pada sidang media di sini, petang ini. SUMBER HAPRAK DAILY


Wak J: Elok benar la tu kalau Pas yang bertanding di kawasan tersebut masa PRK nanti. Ia boleh dijadikan sebagai kayu pengukur, sejauh mana penerimaan orang Johor terhadap pengaruh Pas terutama sekali buat warga penduduk Dun Tenang. Selain itu ia dapat menguji kekebalan dan ketahanan jentera Umno dan BN dalam mempertahankan kerusi DUN yang pernah dimiliki sebelum ini.

Wak ingin mencadangkan kepada Pas Negeri Johor supaya mencalonkan Mazlan Aliman sebagai calon  wakil DUN di kawasan tersebut. Jika dilihat sebelum ini, si Mazlan begitu bersunguh-sungguh dan bekerja keras demi menaikan namanya di mata pimpinan tinggi PR dan berharap satu hari nanti dirinya akan diberi peluang menjadi wakil rakyat. Kini peluang sudah terbuka buat Mazlan untuk menojolkan diri dalam arena politik ketahap yang lebih tinggi sedikit.

Kepada si Mazlan pula wak ingin sarankan supaya anda bekerja lebih keras lagi dengan mencari lebih banyak isu lagi untuk dijadikan sebagai bahan kempen pilihan raya, dan jangan terlupa juga menyediakan kipas yang lebih besar sedikit dari biasa untuk mengipas ke dalam kain pimpinan tertinggi Pas pusat supaya nama anda akan terpilih masuk dalam senarai pendek calon yang bakal bertanding pada PRK Dun Tenang itu nanti.

Buat Umno dan Barisan Nasional Negeri Johor, jika hendak menang, buatlah cara macam mana nak menang, Cuba keluar dari zon selesa, Biarpun negeri Johor merupakan tunjang dan kubu kuat Umno, ia tidak bermakna kubu itu akan dapat bertahan selama-lamanya sekiranya barisan kepimpinan Umno-BN dan ahli-ahlinya tidak berganding bahu dan bekerjasama dalam mempertahankan kuasa yang ada dari jatuh ke tangan pihak yang bakal membawa kemusnahan masa depan negara kelak. Ayuh!! bangkit dan berjuang. Kekalkan momentum kemenagan BN dalam PRK sehingga ke PRU13 nanti.

Wak Jengkol

Tentang Wak Jengkol

A Low Profile Blogger.

Previous
Next Post
4 ulasan:
Write comments
  1. Aku sambut cabaran Wak.

    agbr47: Aku anak Johor.

    BalasPadam
  2. Wak aku dengar Mazlan Aliman dah menabur janji kalau dia menang nak buat UNIVERSITI FELDA kat Dun Tenang gamaknya, maka akan berduyun-duyunlah pengundi Felda Tenang,Felda Chemplak dan Felda Chemplak Barat mengundi dia nanti......Bahlol nie ingat buat universiti tu ikut sesuka hati mak bapak dia aje. Dah berpuluh ribu anak-anak peneroka Felda dapat masuk Universiti walaupun tak de nama universiti Felda.

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Mana layak dia jadi calon WAK! Kan PAS dah cakap calon dia mesti maksum...

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.