Sabtu, 18 Disember 2010

Siang Jumaat: Apabila Hijrah Rasul Bertukar Jadi Hijrah Politik..Layannnn

    7:22:00 PG   2 comments


Lega rasanya setalah selesai menunaikan solat Jumaat hari ini. Mata yang kuyu dan hampir nak terlelap, menjadi segar semula  apabila khutbah jumaat  yang disampaikan oleh khatib bertugas ada bau-bau politik. Memang syok betul sekali sekala dapat mendengar khutbah yang ada unsur islam dan ditambah sedikit dengan unsur-unsur politik serta sindir menyindir individu atau pemimpin tertentu. Layan je lah, janji fadilat jumaat kita dapat.

Dah masuk kali kedua di mesjid yang sama khutbah berbau politik dilaungkan. Tak tahulah macam mana pihak pengursan masjid di Selangor membuat pemilihan khatib yang sesuai untuk menyampaikan khutbah mingguan pada setiap hari Jumaat. Takkan main tangkap muat sahaja. Itu belum lagi masuk dengan isi kandaungan khutbah yang bakal didengarkan kepada jemaah yang hadir. Ada study dulu ke tak, atau main hentam sahaja. Ikut suka nak cakap pasal apa pun tanpa memikirkan sensitiviti jemaah yang hadir.

Nasib wak tak berapa ingat nama khatib tersebut, kalau tak, mahu wak tulis namanya dalam entri kali ni. Dan tak pasti juga penyampai khutbah tersebut dari sepisis Pas atau PKR..Ah! lantak lah labu..Tengah sedap-sedap dengar cerita pasal hijrah Rasulluah, tiba-tiba pula termasuk pula sologan 1 Malaysia yang ditukar selogan tersebut dalam bentuk sindiran. Tak cukup lagi masuk pulak bab tuntutan royalti minyak oleh kerajaan Kelantan. Nak bagi orang UMNO atau yang mesra BN yang hadir panas telinga dengar khutbah tersebut masuk pulak bab  APCO. Jadilah khutbah secukup rasa. Nasib la khatib tersebut tak masukan sekali bab WIKILEAKS yang tengah hangat diperkatan sekarang. Kalau tak memang berjela-jela panjang khutbah hari ini macama mana nak menerangkan bahawa 'ANUGERAH TUHAN' telah diperangkap dengan perangkap SEKS seperti yang ditunjukan dalam gambar di bawah..Rosak..rosak..


Dah lama tak dengar khutbah politik rasa rindu plak..hehehe.Apa-apa pun, bagi khatib jumaat yang dok atas pagar dan tidak menyebelahi mana-mana pihak, kekal mutu khutbah anda yang berkulaiti kerana sedikit sebnyak ia ada memberi kesan kepada jemaah yang hadir mendengar khutbah Jumaat yang disampaikan. Kepada pak lebai politik cukup-cukuplah tu jangan diseretkan sekali isu politik yang sedia kotor ke atas mimbar. Jemaah yang hadir ke masjid hanya untuk mencari ketenangan sambil beramal ibadat, dan bukan datang semata-mata ingin mendengar hasutan-hasutan yang boleh mengganggu tumpuan untuk melakukan ibadat kepada Allah

Wak J:
Harap-harap pihak yang berwajib dapat respon dalam isu ini. Jangan biarkan lebai-lebai yang bekepentingan ini mencemarkan kesucian masjid. Cukup lah dengan flyer-flyer ubat kuat,  flyer ceramah politik serta sampah sarap bertaburan di kaki lima masjid yang menyakitkan mata memandangnya.

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak J,

    Dah banyak kali dgr cerita begini dari jemaah di sekitar selangor, kalau wak sendiri dah alami memang sah la perkara ni.. Jangan sampai berjumaat dua sessi sudah. Satu sessi pr satu lg sessi bn. Jahanam nnt wak.

    BalasPadam
  2. Salam Double Y

    Apa diaorng ingat..Selangor ini ANA yang punya..

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.