Jumaat, 10 Disember 2010

Tongkat Ali..Tongkat Abu..Tongkat Karim

    4:32:00 PG   2 comments


Assalammualikum...
Sekali lagi entri wak kali ini tak ada kena mengena dengan politik. Kalau entri yang sebelumnya bercerita pasal rawatan tradisional untuk tenaga batin lelaki dengan menggunakan kaedah pisau cukur. Tapi yang ni lain sikit, ia berkenaan dengan Tongkat Ali.

Nak bercerita panjang lebar pun wak bukanya reti sangat pasal Tongkat Ali ni. Di ringkaskan cerita, ada seorang rakan sekerja wak dari oversea (Vietnam), dia minta tolong wak untuk carikan siapa-siapa yang ada mengusahakan barangan atau produk yang berasaskan tongkat ali, yang memerlukan atau kekurangan bekalan Tongkat Ali mentah. Rakan wak ni ada sumber untuk mendapatkan tongkat ali mentah di sana.
 
Mungkin pasaran di sana kurang mendapat sambutan berkenaan produk Tongkat Ali, atau orang-orang di sana sudah cukup "POWER" dan tidak memerlukan Tongkat Ali lagi. Apa pun tu cuma andaian wak je..hehehe..Jangan percaya sangat. Wak promote pasal Tongkat Ali dekat dalam blog ni sebab nak tolong member je. Sebelum ni pun dia dah banyak tolong dan beri tunjuk ajar wak dalam bidang 'Design'. So sekarang dah tiba giliran dia pula ditolong.

Bagi sesiapa yang tidak pernah melihat rupa bentuk tongkat ali mentah sebenar termasuk wak sekali. Dalam entri ini wak ada sediakan beberapa keping gambar untuk tatapan anda semua. Sekiranya gambar yang wak tunjuk ini bukan tongkat ali sebenar, wak harap, bagi anda yang pakar berkenaan tongkat ali dapat memberikan sedikit panduan macam mana nak kenal rupa bentuk tongkat ali sebenar. Al-maklumlah wak jahil sikit pasal tongkat ali ni semua. Yang wak tahu minum kopi tongkat ali je..hihi.


Akhir kalam, buat anda yang berminat untuk mendapatkan Tongkat Ali mentah. Boleh la berurusan dengan wak. Untuk sahabat blogger atau pelayar blog Wak Jengkol yang sudi atau berjaya, merekemenkan kepada usahawan-usahawan, berkenaan Tongkat Ali mentah ini. Sudah pasti ada ganjaran untuk anda semua..


Wak J: Harga untuk sekilogram Tongkat Ali di Vietnam dalam sekitar RM70. Bagaimana pula dengan pasaran tongkat ali di Malaysia...Ada siapa yang tahu?

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Similar Posts

2 ulasan:
Write comments
  1. Salam Wak, nama herba tongkat Ali, kacip Fatimah dan lain-lain hanya terkenal di Malysia saja, sedangkan di negara-negara lain pokok herba ini dikenali dengan nama lain... kenapa ?

    Mengikut cerita orang tua-tua, nama-nama ini wujud di zaman dulu-dulu di Tanah Melayu kerana sejak dulu ada unsur-unsur 'syi'ah' yang cuba dibawa oleh ilmuan/ulama yang berfahaman tersebut.... dan ianya kekal hingga kini..

    AYG-maaf kalau saya masih kurang arif dengan maksud GWGF dan di mana boleh saya mendaftarkannya...

    BalasPadam
  2. salam wak..
    dulu ambo ada buat jugak niagaan nih secara kecil-kecilan.tapi tak lama memandangkan permintaannya secara berkala dan bukan berterusanserta bayarannya banyak janji daripada memberi.3 kali hantar dan sampai sekarang tak buat dah lah.
    dulu saya dpatinya di kawasan asli gua musang dan membawa balik di kota baru yang prosesnya daripada membasuh,memotong kecil (3 inci) dan jemurnya sehingga kering sebelum hantar ke sungai buluh,krn d situ ada sebuah kilang yang memprosesnya dengan memesin,sehingga dalam bentuk debu sebelum terus d pasarkan kepada pelanggannya.
    ambo suka jugak kalau ianya berterusan.kerana dalam masa yang sama jiran sebelah rumah pun dapat kerja dari basuh dan potongnya secara halus.MASALAHNYA PEMASARANNYA D SINI.
    hari tu ada jugak saya ke selayang KL,yakni FAMA.tapi respondnya kurang.andaaikata ada pasaran yang baik jugak,ambo nak teruskan jugak kereja nih.tapi pasaran jer yang masalah.wak ada saing sobbat ker pasaL urusan jual nih.kalau ada,nanti kita buat kiRo.

    Mj

    www.suaratimur.blogspot.com

    BalasPadam

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.