Ahad, 20 Februari 2011

Ketua Penerangan PAS Pusat Yang Serba Serbi 'BUTA'

    6:01:00 PG   No comments

Ulasan Pelajar Sekolah Pondok Nik Ajis

KUALA LUMPUR, 19 Feb:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin disifatkan sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan PAS akan memecah belahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu yang pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945.

"Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Nak tahu lebih sampai tahap mana BUTA si Idirs Ahamad ni sila pergi Ke Haprak Daily

Ulasan Pelajar Sekolah Menengah Kerajaan (Wak J)

Ketua penerangan Pas pusat yang bernama Idris Ahamd ini memang serba serbi BUTA. Sekirnya ada satu juta perumpamaan yang berkaitan dengan BUTA, maka semuanya layak diumpamakan kepada ketua penerangan Pas ini. Buta sejarah, buta kayu, buta perut dll. Kalau lah ada budak lepasan SPM gred 3 yang hanya lulus subjek SEJARAH terbaca apa yang Idris Ahmad cakap dalam Harakah tu, sudah pasti dia orang akan tergelak sambil berkata dalam hati 'ingatkan aku ja yang tak pandai, rupanya ada juga manusia yang lagi BODOH dari aku'.

Disarankan juga supaya si Idris menyelak kembali buku teks SEJARAH Tingkatan 5 atau buku-buku teks lain sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan dalam media jika isu itu ada berkaitan dengan kisah-kisah lama. Jangan bikin malu orang Pas yang tekanal dangan sifat keCERDIKanya sampai tahap tak boleh nak diajar, dengan mengeluarkan kenyataan-kenyataan idiot seolah-olah seperti orang yang tak pernah masuk atau belajar di sekolah menengah atau universiti KERAJAAN (BN).

Susah..susah..susah kalau dapat ketua penerangan jenis yang suka bercakap seperti Idiris ni. Bila bercakap pulak tu main hentam tibai tanpa merujuk atau memberikan fakta yang tepat dan betul. Semunya main ambil sekerat-sekerat, mana ada fakta yang boleh menguntungkan Pas, itu je yang diguna pakai selebihnya tolak tepi. Jangan ingat orang lain yang dok baca dalam internet ni, minda dan otaknya sama size atau sama besar dengan size otak penyokong Pas, yang mana minda dan pemikiran mereka mudah pesongkan. Silap orang la..

Agaknya si Idris ni rujuk buku teks keluaran Indon atau Bangla kut, sebab tu banyak yang merapu dari yang betulnya. Jangan-jangan apa yang di cakap tu, dia sendiri pun tak paham. Kalau begini lah tahap IQ ketua penerangan Pas yang hanya setinggi 15 centimeter, sukar nak dibayangkan berapa agaknya tinggi tahap IQ pengikut bawahnya pula..Sama-sama la kita lihat pembaris atau kayu ukur.

Ulasan Pelajar Universiti Kerajaan ( Cucu Tok Wan)

Macam biasa... mentang-mentanglah bebudak PAS dan Pakatan Rakyat jenis buta sejarah dan tidak menerima fakta-fakta sejarah yang ada sekarang kerana tidak melibatkan PAS secara langsung, maka bersuka hatilah Idris Ahmad bermaharajalela dengan teori dan doktrin pembohongnya!

Idris Ahmad kata, Muhyiddin buta sejarah. Sebabnya, UMNO ditubuhkan ketika orang Melayu sudah ada parti pada tahun 1945 iaitu Partai Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM yang berkiblatkan Indonesia atau lebih tepat lagi Kebangsaan Melayu Sejagat melibatkan keseluruhan rantau Melayu di Asia Tenggara.... kalau diikutkan daripada definisi PAS sendiri, PKMM adalah sebuah parti yang SIFAT ASSOBIYYAH sangat ekstrim.

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946. UMNO bukannya ditubuhkan oleh orang perseorangan, sebaliknya penubuhan UMNO adalah himpunan para pemimpin politik, agama, dan sosial orang Melayu yang akhirnya menyaksikan seorang bangsawan iaitu Onn Jaafar dilantik sebagai Yang Dipertuanya yang pertama.
  Baca selanjutnya di SINI

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.