Khamis, 30 Jun 2011

Wardina: I Kasi WARNING Sama U All Semua..Jangan Nakal-Nakal...

    9:32:00 PG   No comments

“Saya tidak akan menjadi ceria jika saya dibebani dengan masalah. Jadi, adalah lebih baik saya berehat seketika dan perkara itu telah dipersetujui oleh pihak TV3,” katanya.

Sementara itu peguamnya Iylia Iqbal Ibrahim meminta pemilik blog yang menyiarkan gambar-gambar Wardina tidak bertudung agar mengeluarkannya segera dalam tempoh dua minggu sebelum tindakan ke atas mereka diambil.

Katanya, tindakan itu perlu untuk menjaga reputasi Wardina yang terjejas dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan gara-gara salah faham tersebut. SUMBER MSTAR ONline

Cerita pasal Wardina lagi..isk..isk tak sudah-sudah. Maklum la wak ni peminat CURANG (bukan setia) sejak dari zaman masa dia NAKAL dulu-dulu, hingga ke zaman dia menjadi wanita SOLEHA sekarang. Berbekalkan dengan wajah yang agak cantik juga, sudah pasti menjadi dambaan ramai lelaki di luar sana. Maap ler wak tak campur kalau bab damba-damba nih, sebab BINI orang wakakakakaka...

Betul-betul kepanasan bila baca statmen terbaru (rujuk petikan atas) Wardina di Mstar sebentar tadi, di mana peguamnya siap bagi warning kepada bloger-bloger Nyamuk, yang mana telah memaparkan gambar-gambar Wardina yang tidak menutup aurat masa zaman dia tengah NAKAL dulu.
Kalau setakat hukuman kena gantung dari berblogger selama beberapa bulan masih boleh terima lagi. Tapi kalu kena masuk lokap dan bayar saman, mahu masak dibuatnya. Mana nak cekau duit. Tak kan sampai nak kena jual tanah kebun kut. Adakah perlu diwujudkan tabung blogger NYAMUK untuk membela rakan-rakan blogger yang bakal dikenakan tindakan undang-undang nanti. Dah masuk kes berat nih..Mengalahkan orang politik yang kena hentam pula dia ni..Harap blogger sekalian bersiap sedia untuk menerima surat CINTA khas dari Wardina dipeti surat rumah masing-masing...hehehehe

Releks la Sis..Tu la gatai sangat nak beri ucapan, tazkirah depan orang ramai, main sambar je apa yang ditawarkan tanpa diselidik terlebih dahulu apa tujuan sebenar program tersebut dianjurkan. Kan dah terkena...amik kau sekali lagi. Dalam cerdik-cerdik dan petahnya berkata-kata dalam rancangan MHI. Ada juga terserlah ketidak pandaian (bahasa kasar orang sebut BODOH) si Wardina disebalik isu ini. Tak sedar diri dipergunakan (kalau betul lah dalam hati tu memang tak ada niat lansung nak berjinak dengan politik). Tak kan la si Wardina ni tak alert lansung pasal isu demo haram yang sering bermain di berita utama TV3 siang dan malam.

Penat Azwaliza Azman dan Kamaruddin Mape dok membebel hari-hari baca laporan berita pasal isu baju kuning dan demo haram Bersih 2.0. Tapi masih ada juga kaki tangan Media Prima yang tak tahu atau buat-buat tak tahu pasal isu semasa yang tengah hangat dibicarkan sekarang ini. Ramai yang kerja di TV3 mungkin segelintir daripadanya jarang dengar berita yang disampaikan. Sebab tu info banyak yang tak masuk dalam kepala otak. Maka terjadilah situasi seperti ini. Tak cukup tanah nak berkuntau bila buat pc. Dah terang-terangan mamat yang duduk semeja tu pakai baju kuning  berlogo Bersih. Sudah tentulah program yang dinajurkan mesti ada bersangkut paut dengan isu demo haram. Basic macam ni pun nak kena ajar dah tua-tua ni.
Jangan salahkan persepsi masyarakat jika mereka memandang serong atas perkara yang telah kamu lakukan sendiri, kerana kamu adalah seorang public figure. Apa sahaja yang dilakukan pasti akan mengundang cakap-cakap orang tidak kira baik atau buruk. Inilah harga yang perlu dibayar apabila berani-berani menjejakkan kaki di pentas politik.

Selaku peminat curang Wardina, kita tunggu apa pula respon dari penganjur iaitu Pakatan Haram untuk membela, sekali gus menafikan pembabitan Wardina dalam progarm tersebut bukan atas dasar politik atau tujuan tertentu, seperti untuk menarik minat orang ramai supaya menyertai demo BERSIH haram lagi suci yang bakal berlangsung July ini. Itu pun kalau dia orang nih nak tolong lah. Kesian wak negoknye...asal terlibat dengan Pakatan Haram..Demo Haram..Benda Haram...kasi pukul rata semuanya takira artis atau orang politik.

Wak J:
FYI wak peminat setia  Amy Mastura....hehehehehe

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.