Khamis, 30 Jun 2011

Ah!!!..Tak Kira Artis Atau Orang Politik..Kalau Tak Temberang Memang Tak Sah

    3:50:00 PG   No comments

 PETALING JAYA: Pengacara Wardina Safiyyah,32, amat kecewa apabila dikaitkan terlibat dengan pertubuhan politik termasuklah menyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Wardina berkata, imejnya tercemar apabila terdapat blog-blog tertentu yang mendakwa dia menyokong gerakan berkenaan sehingga menjejaskan reputasinya apabila banyak pihak yang mempersoalkan perbuatannya itu.

“Saya amat kecewa. Saya tidak terlibat dengan mana-mana perhimpunan haram. Ini semua salah faham pihak-pihak tertentu,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Selasa.

Ni dia lagi sorang makhluk bergelar artis yang sama spesis dengan Bob Lokman. Kalau Bob Lokman join Pas atas sebab kegagalan dalam hidupnya. Akan datang selepas ini giliran Wardina pula akan join PKR, tapi tak pasti atas alasan apa pula..Jangan tak percaya, tunggu je lah. Segala penafian yang dibuat tu hanyalah temberang semata-mata. Hehehe..nak jadi orang politik ni kena la lebih hebat kelentong daripada artis biasa. Dalam dunia ini hanya ada dua individu sahaja  yang kita tak perlu percaya pada kata-kata atau perbutannya bulat-bulat iaitu Artis (Hiburan) dan Orang Politik

Sudah terang lagi nak bersuluh-suluh. Standard artis Malaysia, ini perkara biasa dalam dunia mereka, tidak ada apa yang perlu dihairankan jika kita dengar pengakuan sebegini keluar dari mulut diaorang. Nafi dan nafi, kononya takut "SAHAM" jatuh kerana dibabitkan dengan politik. Tapi kebiasaanya memang begitu, mana-mana artis yang join politik, tahap kepopularan pasti akan jatuh perlahan-lahan jika tersalah pilih Platform parti politik, atau sekadar ingin mencari publisiti murahan. Tengok je la nasib yang bakal menimpa Wardina selepas ini jika dia benar-benar ingin terlibat dalam dunia politik.

Terbaru dalam kenyataan akhbarnya Wardina cuba menafikan dirinya terlibat dengan agenda haram iaitu Perhimpunan Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai akan datang. Pengakuan ini juga keluar di media setelah diasak bertubi-tubi oleh blogger pro kerajaan berkenaan pembabitanya dalam menjayakan propaganda parti pembangkang.

Lebih elok mengaku je la Wardina oiii..Tak perlu nak berselindung lagi, spin lah ikut celah kelengkang mana sekalipun, tetap akan berbau juga. Ramai sudah mata-mata melihat kelibat kamu di pentas politik pembangkang, kenapa susah sangat nak mengaku, takut periuk nasi yang berada di TV3 (Media Prima) tu nanti kena lempar keluar atas jalan ka?. Kalau yer pun teruja sangat dengan Pakatan Haram tu, cuba cover-cover sikit. Kamu tu masih lagi cari makan, di mana semua orang tahu, majikan yang membayar gaji kamu tu memang pro Kerajaan (BN).
Memang tak salah, kalau mana-mana artis yang ingin mengambil bahagian atau turut serta dalam mana-mana parti politik di Malaysia ini. Tapi biarlah secara low profile dan tidak perlu terlalu menonjol sangat sehingga mendatangkan persepsi yang tidak elok serta gosip-gosip liar terhadap diri sendiri. Amik kau....

Tok Guru tak ada pesan ka??..Tak kan kamu tak tahu, jika menceburi bidang politik ini boleh diibarat seperti menjerumuskan diri ke dalam lubang tahi. Diakhir zaman tiada lagi politik SUCI dan WANGI serta yang indah-indah belaka. Semuanya busuk dan bacin. Sekali kaki sudah melangkah ke dunia politik, bersiap sedialah dengan ketahanan mental dan fizikal yang cukup untuk meghadapi segala tohmahan dan caci maki dari masyarkat.
Kepada Media Prima Berhad, wak sarankan agar meneliti kembali setiap latar belakang pekerja yang makan gaji di sana. Pastikan tiada unsur-unsur yang boleh menyebabkan setesen TV kegemaran ramai ini menajadi tempat pembiak bakaan anasir-anasir jahat, di mana satu masa nanti akan mendatangkan porak peranda, malapetaka becana yang tidak diingini. Mana-mana pekerja yang cuba nak lawan taukey, buang je lah depa nih..Aman dunia, orang lain nak bekerja pun rasa seronok.

Wak J: Pakai tudung pun masih lagi nak kelentong...dunia..dunia

WakJ Zoner

Tentang WakJ Zoner

Seorang blogger kacak, kaya dengan senyuman dan sangat merendah diri. Ingin berkenalan sila PM wak di wakjon9@gmail.com

Previous
Next Post
Tiada ulasan:
Write comments

Sila komen yang murni-murni saja di sini..

Get updates in your email box

Complete the form below, and we'll send you our recent update.

Deliver via FeedBurner
© 2017 Wak Jengkol. WP Theme-junkie. Designed by Bloggertheme9
Proudly Powered by Blogger.