Berita baik untuk pengguna internet yang tinggal di setiap daerah atau ceruk kampung yang berada dalam negeri Selangor. Kerajaan negeri di bawah kepimpinan Khalid Gagap akan menyediakan kemudahan internet PERCUMA kepada seluruh rakyatnya tidak lama lagi.
Pada masa akan datang rakyat Selangor tidak lagi perlu melanggan mana-mana syarikat telco yang menyediakan perkhidmatan kemudahan internet kerana syarat-syarat untuk mendapat kemudahan wifi percuma ini adalah mudah sekali iaitu dengan hanya mengundi semula Pakatan Haram yang diwakili oleh Dap, Pkr dan Pas pada PRU13 akan datang.
Untuk langkah permulaan kerajaan Negeri Selangor telah memilih beberapa lokasi strategik seperti di cawangan McDonal, KFC dan Kedai Mamak yang terpilih, bagi mempromosikan program wifi percuma untuk rakyat kerana tempat-tempat sebegini menjadi tumpuan orang ramai.
Sudah tentunya dengan kemudahan internet (wifi) percuma yang bakal dilaksana di seluruh Selangor ini, ia akan menggalakkan golongan miskin tegar dan berpendapatan rendah membeli gadjet IT semata-mata untuk merasai bertapa nikmatnya apabila dapat melayari internet secara percuma pada kadar kelajuan yang tinggi dan tanpa had. Dan yang paling hebat sekali ialah rakyat tidak perlu membayar sesen pun untuk kemudahan ini kerana ianya PERCUMA.
Dengan kemudahan wifi percuma yang bakal direalisasikan sekiranya Pakatan Haram menang sekali lagi pada PRU akan datang di Selangor, sedikit sebanyak akan membantu meringankan beban yang ditanggung oleh golongan rakyat yang kurang berkemampuan ini, kerana dengan meluangkan lebih banyak masa di rumah sambil melayari internet tanpa perlu bekerja mencari duit, sudah cukup membuatkan kita terlupa bahawa masih ada mulut lain yang perlu disuap dengan nasi, bukan dengan wifi.
Walau ia hanya sekadar janji pilihanraya namun penyokong tegar Pakatan Haram tetap gembira dengan pengumuman ini, seolah-olah ia memberi sinar baru dalam kehidupan mereka. Padahal setelah tiga tahun Pakatan Haram mentadbir di Selangor ini, masih banyak lagi janji-janji yang terkandung dalam menifesto pilihanraya pada tahun 2008 tidak ditunaikan lagi. Bila dengar percuma semua hilang ingatan sekejap.
Sekali lagi duit pembayar cukai di Selangor, akan digunakan untuk menampung segala kos penyediaan internet percuma sekiranya kerajaan Pakatan benar-benar ingin menunaikan janji baru yang telah ditaburnya ini. Sebelum ini juga, duit rakyat telah digunakan bagi membayar pampasan kepada keluaga mangsa yang mana anaknya didapati membunuh diri. Jangan kita terlupa akan hal ini.
Jangan mudah terpedaya dengan janji PERCUMA yang ditawarkan oleh Pakatan Haram. Kerana pada akhirnya nanti ia akan kekal sebagai janji. Jika benar pihak kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Haram ingin menyediakan kemudahan wifi percuma untuk rakyat Selangor, ia tidak perlu menunggu selepas menang PRU. Sekarang ini pun boleh dilaksanakan sebagai bukti dan jaminan bahawa kerajaan negeri benar-benar mampu menggotakan segala janjinya.
Buat rakyat Selangor terutama sekali gologan susah. Tolong fikirkan, adakah dengan kemudahan wifi yang tidak banyak memberi manfaat dalam hidup seharian anda ini boleh membuatkan perut berasa kenyang dan hidup akan lebih bahagia denganya?
Jangan gadaikan masa depan dengan hanya bermodalkan janji wifi percuma. Rakyat Selangor perlu lebih bijak dalam membuat pilihan. Kerana setiap yang kita buat itu, ia akan menentukan nasib kita pada masa akan datang. Pilih lah sama ada mahu, wifi percuma atau bebanan kos sara hidup diringankan.
Wak J: Nak dapat barang atau perkhidmatan PERCUMA sekarang ni pun kena bayar juga walau sedikit.
Tiada ulasan:
Write commentsSila komen yang murni-murni saja di sini..